BAB 22 KAPTEN HAQ

3.2K 160 1
                                        

Tiga tahun lepas...

Eva memandang syiling biliknya dan menghela nafas berat. Segala cerita yang papanya buka, membuatkan Eva merasa sakit di dada. Siapa sangka, lelaki yang menjadi pujaan hatinya, pernah sedekat nadi. Eva selalu tertanya-tanya apa hubungan Haq dan Anne selama ini sehingga dia tahu kebenarannya selama ini.

Dulu, jauh sebelum dia menaruh rasa pada Haq, ada Anne yang terlebih dahulu mengisi hati lelaki itu. Mereka hampir berkahwin. Tetapi pada hari akad nikah, Anne tidak lari, sangat cliche jika dia katakan Anne lari. Anne hanya membatalkan akad nikah mereka hari itu dengan alasan kalau gadis itu sudah tidak ada hati kepada Haq. Dia cuma kasihan melihat Haq yang mati-matian pertahankan cinta mereka.

Sehingga Anne dapat tahu kalau Haq menyukai Eva. Gadis itu segera mendominasi Haq dengan segala perbuatannya. Dan perbuatannya di malam Eva ke apartment milik Haq. Semuanya sudah dirancang. Entah kenapa Eva rasa, Anne banyak berubah.

Pada hari ini, dia banyak mengetahui hal-hal yang selama ini menghantui dirinya. Eva bangun dari tidurnya dan menuju ke balkoni rumah. Menatap langit kelam malam itu. Tiada bintang-bintang kecil yang turut menyinari bulan.

"Mama dah bahagiakan?" Eva mendongak memandang bulan dan terus merenung bulan yang berbentuk sabit itu. Bulan itu juga sepertinya turut tersakiti, merasakan apa yang Eva rasa. Tidak lengkap.

Bahkan dia baru saja mengetahui bahawa kematian mamanya, turut dirancang oleh Anne, dan maklongnya. Salah apa Eva kepada mereka? Tiada jawapan. Eva fikir selama ini, papanya tidak peduli tentang kematian mamanya. Tetapi Eva silap apabila mendengar Noah berbicara jika papanya turut sama berduka sampaikan tidak keluar bilik selama tiga bulan menangisi nasib sendiri yang ditinggal mati oleh isteri tercinta.

^

Pagi itu sewaktu Eva bangun, dia mendapat panggilan telefon daripada Zel mengatakan bahawa semalam Haq terlibat dengan kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Eva terduduk memandang lantai. Semuanya berlaku terlalu cepat ditambah lagi mendengar berita Haq kemungkinan buta kedua-dua belah mata apabila kaca kereta milik Haq pecah dan tercucuk kedua-dua matanya.

Eva bergegas turun kebawah, memesan tiket dan meminta izin pulang ke Malaysia ditemani oleh Afi dan Noah. Tiada siapa tahu dia ingin pulang ke Malaysia kecuali Afi, Noah dan papanya. "Eva akan dermakan mata Eva dekat Haq," kenyataan Eva mengejutkan seisi ruang makan.

"Kenapa perlu sampai macam ni sekali? Kalau Eva perlukan penderma, kita cari sama-sama," Eva menggeleng laju. Dia tidak mahu menunggu orang untuk menderma mata kepada Haq. Terlalu lama.

"Please kali ni je," semua menghela nafas berat dan mengangguk. Tidak tahu harus berkata apa supaya Eva mendengarkan mereka. Gadis itu tetap dengan keputusannya.

Akhirnya, selepas sepuluh jam sepuluh minit perjalanan, Eva sampai di HKL dan mencari bilik yang menempatkan Haq dan untung saja bilik itu kosong. Tiada penjaga. Eva menambil kerusi dan duduk di sebelah Haq. Tangan kekar lelaki itu digenggam dan menatap IV Drip yang melekat di kekura tangan Haq.

"Sorry for everything. Selepas ni, awak mungkin akan lebih benci dekat saya. Hiduplah dengan happy. Cari kebahagiaan awak sendiri. Anggap saja saya cuma tetamu yang singgah berteduh di rumah awak," selepas berkata itu, Eva menunggu di ruang Doktor Riyan. Doktor yang pernah merawat dirinya.

Riyan tersenyum memandang Eva. Gadis yang pernah menggodanya sewaktu di kem. Dia tertawa kecil. AH, gadis itu terlihat seperti kasut yang lama. Buruk dan lusuh (lesu). "Sorry, I tak boleh buat pembedahan malam ni, kita buat esok pagi ya. Secepat mungkin," Doktor Riyan tersenyum kecut. Gadis yang sanggup mengorbankan kedua bola matanya kepada Haq tanpa memikirkan dirinya sendiri.

1. Oxymoron | RE-DOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang