BAB 19 JAUH

2.7K 151 4
                                    

Love will find a way through paths where wolves fear to prey.

Selama seminggu Eva sibuk uruskan segalanya. Pertukaran universiti dan segalanya dia uruskan. Tuan Syahid dan Zel juga membantu dirinya. Dia sangat-sangat berterima kasih.

Selama seminggu itu juga, tiada panggilan dari Haq. Haq tidak mencarinya bahkan tidak menemui dirinya. Sekarang, dia tahu tidak ada apa yang perlu dia harapakn dari lelaki kacak itu.

Sempat juga selama seminggu ini, Eva ke kedah untuk melihat Mikhail dan Emak Haq buat kali terakhir. Dia juga menetap disana. Hari ini, dia pergi. Tinggalkan segalanya. Tinggalkan Haq, tinggalkan dirinya yang penuh dengan keceriaan.

Suatu hari nanti, dia balik. Dia pasti balik ke sini lagi. Tempat dia di lahirkan dan menjadi tempat dia membesar walaupun penuh dengan duka.

Eva memandang Afi yang berada di sebelahnya. Lelaki itu memejamkan mata. Matanya meliar di sekeliling pesawat yang dinaikinya. Pikirannya memikirkan hari dimana dia menetap di kedah.

IPhone dicapai lalu mendail nombor Mikhail mahu menanyakan jika lelaki itu ada dirumah mahupun tidak.

"Hello akak," sapa Mikhail dihujung talian apabila ternampak nama Eva di atas screen telephonenya.

"Hello Mikhail, ada dekat rumah tak? Akak nak pergi bermalam di sana. Akak bosan dan rindu mak," Eva yang berada di Restoran sedang duduk menggoyangkan kaki.

"Ha ada je, datanglah," jawab Mikhail dihujung talian.

"Hah esok tengah hari akak sampai!" Terus Eva menekan butang merah menutup panggilan telefon. Lalu dia keluar dari restoran untuk pulang ke rumah mengemas pakaiannya.

Setibanya dirumah, dia melihat Zel sedang bersenam di taman mini rumah Tuan Syahid. "Woi, cantik punggung," usik Eva apabila melihat Zel membuat push up.

"Otak kau biru. Blah! Aku nak senam ni," halau Zel apabila Eva mengusiknya.

"Oh sebelum aku lupa, esok pagi aku nak pergi kampung Haq," beritahu Eva lalu duduk di atas gazebo menghadap Zel.

"Nak ikut!" Zel sudah bertukar kepada gerak geri yoga.

"Tak boleh!" Zel mencebik mendengar jawapan Eva. "Lagipun aku rindu dekat mak Haq tu," jawab Eva lagi.

"Okay go on. Dah blah sana kalau kau tak nak join. Lebih baik kau pergi buat air dekat aku," halau Zel lagi sekali. Eva mencebik dan berlalu masuk ke dalam rumah untuk membuat air yang diminta Zel.

Lima minit berlalu, Eva keliar dengan dua mug ditangannya yang berisi air oren. "Nah fresh orange," Eva menghulurkan sebiji mug kepada Zel lalu duduk di atas karpet rumput disebelah Zel.

"Penat doh!" Keluh Zel selepas dia siap membuat senaman.

"Kau demand sangat. Dah cantik body nak lagi cantik."

"Eleh, kau pun samalah! Kalau tidak tak adalah tiap malam kau buat yoga dekat dalam bilik solat lepas solat isyak," ketawa Zel apabila mengingatkan Eva yang sedang membuat yoga bersama telekungnya.

"Hahaha aku buat sebab badan aku rasa sakit sakit," ucap Eva mempertahankan diri.
"Yelah tu. Aku nak masuk mandi," Zel berdiri dan berjalan masuk ke dalam rumah.

^

Eva menyimpan luggage nya di dalam boot kereta. Tidak lupa juga peralatannya yang selalu dibawa ke mana-mana.

"Bye Zel. Nanti uncle balik cakap aku dekat kampung Haq tau, nanti aku roger kau bila sampai," tangannya dilambaikan ke arah Zel yang sedang menunggu di hadapan pintu pagar bersama pak Hassan. Guard yang menjaga rumahnya.

1. Oxymoron | RE-DOWhere stories live. Discover now