BAB 13 MAK MERTUA

3.2K 178 0
                                        

Selepas saja mereka menghabiskan masa melihat permandangan Kuala Lumpur yang bokeh dikatakan tidak terlalu buruk itu, Eva terus tertidur di dalam kereta Haq kerana terlalu kepenatan.

Haw mengerling ke sebelah tempat penumpang di sebelahnya. Lah patut senyap, tidur rupanya. Dia memberhentikan keretanya di bahu jalan.

Lantas dia menurunkan tempat penyandar untuk menyelesakan Eva. Jaket kulit yang digantungkan dibelakang diambil dan menutup badan Eva bagi mengelakkan kesejukkan. Tali pinggang keledar juga ditarik untuk keselamatan Eva. Kepala menggelang perlahan.

Apabila sudah selesai semuanya, dia teruskan pemanduan. Memandangkan Eva tidak memberitahu dimana hotel dia duduk, jadi Haq balik ke rumah Emaknya.

Earpods di ambil dan diletakkan di telinga. Jarinya menari di atas screen telefon untuk mendail maknya.

"Assalamualaikum mak. Mak nak tidur dah ke?" Tanya Haq sejurus saja panggilannya dijawab.

"Waalaikumsalam. Haah nak tidur dah. Kenapa?" Emaknya yang berada di hujung talian menyahut.

"Mak jangan tidur lagi. Haq nak balik rumah mak. Mak tolong buka pintu depan. Haq ada bawa tetamu. Tapi dia tertidur pula. Nanti kalau Haq dukung dia siapa nak buka pintu?"

"Haq, Haq bawa balik anak dara orang ke?" Emaknya sudah kedengaran risau dihujung talian. Tak pernah-pernah Haq membawa balik tetamu lain kecuali Ziyad. Tak akanlah lelaki itu mahu menggendong Ziyad pula.

"Tak lah. Balik nanti Haq cerita. Mak tolong buka pintu. Tunggu Haq depan pintu. Haw dah nak sampai ni. Bye mak," terus panggilan dimatikan dan dia membelok ke arah jalan kampung. Kampung yang nyaman.

Setelah sampai dia memarkirkan keretanya di halaman rumah. Dia sudah nampak kelibat maknya di hadapan pintu.

Lantas enjin kereta ditutup dan dia berjalan ke arah penumpang bagi mengangkat Eva yang sedang tidur.
Tubuh Eva diangkat dengan berhati-hati supaya Eva tidak terjaga. Apabila dia lalu didepan maknya, Hajah Halimah menegur. "Haq anak dara orang ni," sudah dia takut akan anaknya itu. Janganlah Haq buat bukan-bukan.

"Masuk dulu mak, nanti Haq cerita dekat mak. Haw nak hantar dia masuk bilik kejap," Haq membawa Eva ke biliknya dan meletakkan Eva perlahan-lahan. Lalu selimut ditarik sehingga menutup dada Eva.

Telefon Eva yang berdering di poket hoodie di ambil. Lantas diangkat bila nama Zel terpancar di screen telefon itu.

"Hello Eva. Kau dekat mana? Dah malam. Tak balik rumah ke apa ha? Aku dengan papa dah risau ni! Kau balik sekarang!" Zel menyergah tanpa memberi salam.

"Zel , aku ni Haq. Eva ada dengan aku dekat rumah mak aku. Kau tak perlu risau. Oh btw Eva cakap dekat aku korang tinggal dekat hotel sekarang. Ni datang mana pula rumah papa?" Zel terus kejung dihujung talian. Kantoi!

"Er rumah papalah. Eva kan anak.. Eh rumah papalah rumah bodyguards tu," Ayat Zel sudah tunggang terbalik.

"Okay Haq, aku letak dulu," cepat-cepat Zel meletak telefon. Haq memandang screen telefon Eva dan meletakkannya kembali di dalam poket hoodie milik Eva. Mysterious girl!

Setelah itu dia keluar mendapatkan maknya bagi menjelaskan kenapa dia bawa balik Eva ke sini.

Selepas itu dia merebahkan badannya di atas sofa di ruang tamu. Disebabkan Eva tidur dibiliknya. Jadi dia tidur di ruang tamu sahaja. Lama dia termenung memikirkan Eva yang misteri sehinggalah dia tertidur.

^

Eva menguap sambil merenggangkan badannya. Matanya terbuka memerhati sekelilinh serta katil itu. Bilik yang dia duduk ini almost semuanya warna hitam dan kelabu. Bilik siapa ni?

1. Oxymoron | RE-DOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang