BAB 15 MERAJUK

3.1K 184 1
                                        

Easy to love but hard to stay forever

Pagi melabuhkan tirainya. Eva sudah bangun sejak pukul 5:09 tadi. Entah kenapa dia tidak boleh tidur selepas dia terjaga. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 7:00 pagi. Dia sudah menyiapkan pakaiannya dan bersiap pagi-pagi selepas solat subuh.

Dia membawa kakinya keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Sudah di agak Hajah Halimah pasti sedang memasak. Hajah Halimah tidak pernah lewat membuat sarapan.

Laju sahaja tangannya menolong Hajah Halimah. Dia menuju ke kabinet daput dan membuat air manakala Hajah Halimah hanya membiarkannya.

Selepas siap, sarapan dihidangkan. Barulah muncul muka Mikhail. Apabila melihatkan Mikhail seorang diri membuatkan Eva berkerut dahi. 'Mana Haq?' Soalan itu diajukan di dalam hati. Nanti kalau tanya mesti Mikhail cakap dia merenyam tak boleh nak berenggang dengan abangnya.

"Mana Haq Mikhail?" Tanya mak kepada anak lelakinya yang kedua.

"Oh dia pergi bertugas. Dia nak kejutkan mak semalam, tapi dia cakap tak sampai hati pula, tu yang dia pergi je. Tapi dia ada pesan juga suruh Mikhail tengokkan mak dan kak Eva. Lepastu dia ada bagi duit buat mak belanja," Mikhail tenang menjawab lalu nasi goreng buat sarapan mereka dimasukkan ke dalam mulut. Sedap!

"Pukul berapa dia pergi semalam? Kenapa kereta dia dekat luar?" Tanya Hajah Halimah lagi.

"Dalam pukul dua pagi macam tu dia dapat panggilan dari abang Ziyad. Abang Ziyad yang ambil dia. Lepas tu dia pesan dekat Eva stay dekat sini sampai dia balik," selepas berkata begitu, telefon Eva berbunyi nyaring. Yes, dia bolehlah keluar dari rumah ini. Dia tak mahu menyusahkan Hajah Halimah dan Mikhail dengan ketiadaan Haq. Lagipun dia dan Haq tidak bertegur sapa sejak kelmarin. Jadi dia rasa tak perlu dia tunggu Haq.

Punat hijau dilorotkan ke atas bagi menjawab panggilan yang dibuat. "Aku dekat kampung ni," Eva menjawab.

"Oh kau nak ambil aku?" Terasa mahu ketawa terbahak-bahak sahaja Eva bila Zel cakap dia gila. Lain yang Zel cakap, lain yang Eva balas.

"Oh urgent? Ok ok nanti aku share location kau datang pick up aku," Eva terus meletak panggilan phone. Jadi dia ada sebab yang boleh membuatkan dia keluar dari rumah Hajah Halimah ini. Lagipun sekarang dia tengah merajuk dengan Haq.

"Siapa tu Eva?" Hajah Halimah bertanya apabila Eva melabuhkan punggung ingin menyambung makanannya.

"Er...ha kawan! Dia cakap ada benda penting dan Eva kena balik. Kejap lagi dia datang. Melihatkan Hajah Halimah hanya mengangguk, Eva terus membuka whatsapp lalu membuka chat Zel.

Zel👻

+Zel tengok lokasi aku bagi then datang ambil aku. Ajak Afi dan Shah sekali. Kalau kau tak nak datang pun takpa. Kau suruh Afi dan Shah datang ambil aku. Balik aku cerita. Dekat kau. Secepat mungkin tau. Petang ni aku nak diaorang dah sampai.
✅✅

-ok

Eva menghembus nafas lega apabila Zel tidak bertanya banyak. "Haq pergi berapa hari Mikhail? Lupa pula mak nak tanya tadi," Eva hanya mendengar.

"Dalam dua minggu macam tu dia kata sebab semua pesalah tu dah ada dekat pulau kena tangkap. Ada sorang pesalah lemas dan hilang dalam air. Jadi mereka kena pergi mencari," Mikhail menyuapkan makan sambil mulutnya berkata sesuatu ke arah Eva apabila Eva melihatnya.

'How dare you!'

Lebih kurang begitulah ayat yang Eva dapat tangkap. Selepas makan dia masuk dan mengemas barang-barangnya. Tak lupa juga akan baby glocknya yang Haq simpan. Baju juga sudah ditukar kepada hoodie dan jeans yabg dipakainya apabila sampai dirumah ini tempoh hari. Baju kurung kedah dimasukkan ke dalam bag packnya. Mak kata dia bagi terus kepada Eva.

Selepas siap, dia keluar dari bilik Haq itu dan menuju ke ruang tamu yang menempatkan Mikhail.

"Kau nak larikan Eva?" Mikhail menduga mana taknya dia sudah tahu bahawa Eva sedang merajuk dengan Haq.

"Betul aku ada hal penting Mikhail. Aku kena balik. Jadi kau jagalah mak. Nanti aku bagitahu Haq sendiri," Eva cuba meyakinkan Mikhail. Mana boleh Mikhail senang-senang tahu bahawa dia mahu lari dari Haq membawa rajuknya.

Mikhail mengangguk walaupun tidak percaya dengan kata-kata Eva. Mikhail mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. "Kunci apartment Haq. Dia cakap kalau kau free, pergilah sana. Password dia nanti malam dia chat kau," Eva mengambil dengan wajah bingung. Tapi, lantas dia mengangguk. Nanti kalau dia free, dia pergi. Lagipun, masanya masih banyak sebelum dia sambung semester terakhir.

Lama mereka berdiam sehinggalah mendengar orang memberi salam. Mikhail mengangkat punggungnya dan berlalu ke muka pintu untuk melihat siapa yang datang.

"Ya? Cari siapa?" Eva hanya memasang telinga dari dalam. Dia tahu siapa yang datang. Tapi biarlah Mikhail mengetahui siapa dia yang sebenarnya. Mak yang baru keluar dari bilik juga terus ke pintu.

"Cik Eva here?" Tanya Afi bajet omputeh!

"Yah. Who are you?" Tidak mahu dilihat lekeh, Mikhail juga berbahasa inggeris. Hajah Halimah hanya menggaru kepala tidak faham.

"I'm Afi and this is Shah. Eva's bodyguard," lantas kepala Mikhail dialihkan ke arah Eva dan kakinya melangkah ke arah Eva.

"I don't even know that you have bodyguard because you look so simple when you come here dan kau langsung tak tunjuk yang kau kaya!" Seakan terkejut Mikhail berkata-kata. Afi dan Shah sudah masuk apabila di jemput oleh Hajah Halimah.

"HAHAHAHAHA you don't ask me, anything bout myself," Afi dan Shah sudah tersenyum. Eva tetap Eva.

"Okay my fault sebab tak kenal bakal kakak ipar aku," seloroh Mikhail. Hajah Halimah baru keluar dari dapur datang dengan dulang di tangan.

"Kawan Eva ke?" Hajah Halimah bertanya meminta kepastian. Serba hitam je diaorang pakai masuk rumah dia macam pencuri pula.

"Tak lah mak cik. Kitaorang bodyguard dia. Datang nak ambil dia sebab dia ada something urgent. Kami perlukan dia sekarang. Tu yang datang ambil ni," Shah menerangkan manakala Afi rakus meneguk air. Wow nampak macam sebulan kau tak minum Afi!

Hajah Halimah mengangguk dan melihat ke arah Eva. "Balik ni jangan lupakan mak. Datanglah bila Eva lapang ye. Mak tunggu Eva!" Eva mengangguk dan memeluk Hajah Halimah.

"Mak kami pergi dulu ye, jom Eva," Shah mengambil bag pack Eva dan berjalan di belakang Eva manakala Afi di depan.

Kereta Vellfire didekati dan Afi membuka pintu belakang untuk Eva. "Bye assalamualaikum mak. Nanti Eva datang lagi," selesai berpesan kereta itu terus keluar dari perkarangan rumah Hajah Halimah.

Sempat juga Eva bertukar nombor telefon dengan Mikhail. Akan ku ingat kamu Mikhail! HAHAHAHAHA over gila

1. Oxymoron | RE-DOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang