Never knew that he is my destiny
"Yeah!" Eva dan Zel menjerit kegirangan.
"Bestnya!" Eva meletakkan punggung di atas sofa. Telefonnya dipandang sekilas.
Pengunguman yang di hantar melalui massage whatsapp menggembirakan dia dan Zel.
Prof Zakir: kepada kesemua peserta kawad kaki, diminta esok pakai full uniform. Ada latihan.
Itulah antara kata-kata Prof! Maklumlah esok takdak kelas! Yes.
"Japlah Eva, aku nak pergi cari uniform polis aku kejap! Entah dekat mana!" Zel terus berlalu naik ke atas meninggalkan Eva yang sedang menonton tv.
Selepas beberapa minit, Eva terlelap di atas sofa sehingga keesokkan paginya.
"Eva! Bangun. Mandi! Kenapa tidur dekat sofa ni?" Gerak Zel sambil menggoyangkan punggung Eva. Eva susah sangat nak bangun tidur.
"Aku tertidur kot. Tak palah, aku naik atas dulu nak mandi and nak solat," Eva menaiki tangga satu persatu. Nampak sangat penatnya.
Selepas bersiap, Eva turun dengan pakaian lengkap kadet polisnya! Dia hanya ahli persatuan je, belajar dia ambil law. Nak try benda lain katanya.
Kerusi makan ditarik dan didudukinya. Beret di tangan di letakkan disisi meja. Selepas itu terus dia menjamu selera.
"Eva, naik kereta kaulah harini! Aku malas nak drive. Kau bawa hari ini!"
"Hah? Yelah" Eva terus mengangkat pinggan dan ke sinki membasuh pinggan. Lantas beretnya diambil dan menunggu Zel di dalam kereta.
^
"Hah sampai dah Zel. Jom turun!" Eva mengambil parking dekat dengan dataran kawad! Senang nanti. Dekat je pecut balik.
"Jom!" Beretnya diletakkan diatas kepala dan Eva membetulkan kedudukannya sedikit.
'Perfect!'
Mereka masuk ke dalam barisan. Eva dan Zel depan sekali kerana pangkat yang disandang oleh mereka. Sudah 6 sem mereka menyertai kawad kaki ini! Jadinya, mereka orang lama. Yang lain semua junior ataupun senior yang baru masuk.
"Okay hari ini, bukan saya yang ajar, tapi akan ada 2 orang tentera akan mengajar kamu semua ya. Okay perkenalkan Kapten Me'on Baihaqi dan Komando Zayid Amzan!"
"Assalamualaikum, hai good morning everyone. My name is Me'on Baihaqi, you all can called me Kapten Haq. And this is my friend, Komando Zayid Amzan. So today, korang dah tahukan korang ada latihan?" Selepas ditanya, barula Eva mengangkat muka. Oh my !
Tidak semena-mena jantung Eva berdegup laju. Ni.. Ni buka dekat restoran haritu ke? Zayid Amzan ni!
Haq terperasankan Eva juga terkejut. Tapi dikawal mukanya. Muka ketat! Muka untuk mengajar sekarang ni.
"So, boleh mula?" Tanya komando Zayid.
"Yes sir!" Jawab semua kadet. Uish muka garang!
"Okay saya nak bagitahu, tak ada siapa-siapa boleh main! And saya akan bagi arahan! Selainnya kapten Haq yang akan menilai. One more, saya nak tanya, siapa leftenan muda?" Eva dan Zel mengangkat tangan.
"Okay, lepas ni, jumpa saya!"
"Baik komando!"
"Okay kita mulakan sekarang! Senang diri rehatkan diri!" Ziyad memulakan arahannya.
Semua yang disitu mengikut arahannya. Garang kot. Kang kena ketuk ketampi nanti. Tiba-tiba Haq menegur Eva.
"Siapa nama awak?"
"Eva," jawab Eva tenang. Eysh dia ni nak mainkan aku ke apa?
"Kaki kenapa tak betul?" Provok Haq pada Eva. Bukanlah tak betul. Tapi lebih kepada sengaja. Sengaja nak cari salah Eva. Sebab Haq tengok dari tadi, Eva punya pergerakkan terlalu perfect!
"Mana ada kapten! Betullah ni!" Eva cuba melawan.
"Siapa suruh menjawab?" Haq tanya Eva balik. Dia nak usik Eva.
"Habis takkan saya nak bagi kapten cakap kaki saya tak betul sedangkan kaki saya lurus? Mana ada bengkok?" Balas Eva sarkastik. Eleh nak cari salah akulah tu!
"Awak melawan eh? Turun sepuluh!" Haq membuat muka garangnya. Muka yang ditakuti oleh anak-anak buahnya semasa latihan.
Eva hanya menurut. 'Eh, kau tunggu kau! Nak kenakan aku sangat kan? Ha tunggu lepas habis je ni, aku jumpa dengan Prof! Kau tunggu,' cik Diva Hati sudah bermonolog.
"Okay sambung!" Zayid terus menyambung arahan selepas Eva sudah habis membuat denda!
^
Selepas itu, semua diminta berehat seketika dan pulang ke rumah!
Eva dengan geram terus melangkah ke arah Prof! Tak kisahlah kapten ada ke tak de!
"Prof, saya tak nak kapten ni ajar!" Eva meluahkan ketidakpuasan hatinya sambil menjeling kapten Q di sebelah. Kau jangan main-main dengan Eva punya gila!
"Lah, kenapa pula?" Prof melihat Eva dan Haq silih ganti. Ni mesti ada sebab, kalau tak, Eva tak marah. Eva seorang yang tenang dan lembut je!
"Prof tanyalah kapten ni! Orang dah buat kaki tu betul dah. Pastu katanya salah. Bila menjawab bagi denda. Dia nak saya kilas kaki saya kot," Ziyad dan Zel sudah ketawa di belakang.
Ah sudah!
"Er.. Minta maaf, Eva jom balik. Benda kecil je," Zel terus menarik Eva. Mahunya Eva mengamuk di sini nanti.
Bukan tak pernah Eva membuat perangai dengan menumbuk pelajar lelaki. Gila kau! Boleh buat drama kot.
Kang tak pasal-pasal kapten ni kena penumbuk wanita bersulung-sulung Eva.
"Kau diam kejap Zel. Aku tak puas hati lagi!" Kunci kereta Eva serah kepada Zel. Tak boleh dah ni, lengan uniformnya disintin. Heh kau jangan main-main ni Evalah!
"Betullah, siapa suruh melawan?" Prof tanya Eva kembali.
"Mahunya tak melawan prof. Saya dah buat benda betul katanya salah. Saya buat benda salah lagilah salah. Ni saya buat macam ni tadi!" Eva masih tak puas hati dan menunjukkan gerak gerinya.
Haq menguntum senyum. Alahai comelnya marah-marah ni!
"Tak bolehlah macam tu Eva!" Prof pula yang buat muka comel. "Nak kena cari yang lain pula nanti! Sikit je tu! Macam tak biasa pula awak ni. Tak apalah sekali-sekala kena dengan kapten handsome ni," Prof cuba memujuk Eva.
"Hah? Tak. Tak kira! Biar jelah komando Ziyad sorang! Kalau prof tak nak gantikan dia dengan orang lain, saya keluar dari kadet ni!" Eva cuba mengugut. Haq disebelah tersenyum sinis. Eleh, ugut pula. Takutnya tite!
"Jangan macam tu Eva!" Pujuk Prof lagi.
"Prof ganti or saya yang keluar?" Eva cuba memprovok Profnya.
"Nanti saya fikir dulu!" Akhirnya prof membuat keputusan.
"Yelah prof, minta maaf buat kecoh. Geram saya! Saya balik dulu, bye assalamualaikum prof!" Terus dihadiahkan sebuah senyuman kepada prof dan satu jelingan padu kepada kapten Haq.
Auch! Haq kerut muka tanda sakit hati dengan jelingan comel Eva.
"Ye, balik elok-elok Eva, Zel. Hati-hati memandu. Esok jangan lupa yer Zel. Eva pun!" Peringat prof.
"Er. Ada apa?" Tanya mereka serentak.
"Korang ada tournament kan?"
"Oh, okay ingat prof. Balik dulu assalamualaikum profku!" Eva dan Zel ketawa. Terlupa sebentar akan kapten dan komando yang berada di situ.
Satu dehemen menyentakkan mereka. Ada orang rupanya!
"Balik dulu prof!" Mereka melambai-lambai prof dan masuk kedalam kereta.
ANDA SEDANG MEMBACA
1. Oxymoron | RE-DO
Storie d'amoreAS KNOWN AS SAYANGKU KAPTEN Q [RE-DO] {HIGHEST RANKING 🎖} {1 in Romeo 🥇} {1 in Juliet 🥇} {1 in Mine 🥇} {3 in Kapten 🥉} Beginilah hidup seorang gadis apabila bertemu sang jejaka. Eva gadis yang cepat gelabah dan takut akan hantu. Bayang-bayang j...
