EPILOG

3.8K 141 13
                                    

"Biy!" Haq yang terlelap di sofa pantas bangun apabila mendengar suara nyaring Eva.

"Sayang! Kenapa?" Eva yang bersandar di kitchen island di pandang. Berkerut-kerut dahi yang dibasahi peluh itu.

"Sa-sakit!" Eva tergagap bercakap sambil menahan sakit.

"Kenapa? Sakit apa?"

"Ish! Sakit perut ni ha! Anak-anak awak nak keluar dah ni!"

"Sakit dekat bahagian mana?"

"Dekat bahagian leher," sarkastik Eva bagi. Haq buat muka menyampah. Dalam sakit-sakit nak terberanak pun boleh provok orang isterinya ni.

"Awak tunggu apa? Nak suruh saya beranak dekat sini ke?" Eva menaikkan suaranya seoktaf apabila melihat Haq yang masih berdiri tanpa ingin menolong dirinya yang bermati-matian menahan sakit.

Sekali lagi!

"Habis tu, saya nak buat apa ni?" Eva tepuk dahi. Selalu otak Haq cepat je berfungsi, sekarang lambat pula wayar dia nak bersambung.

"Bawa sakit pergi rumah orang gila." Haq garu kepala. Apa ni? Ada ke orang beranak dekat rumah orang gila?

"Bawa saya pergi hospital Encik Me'on Baihaqi! Saya nak beranak bukan nak pergi berjoli!" Terus tubuh Eva diangkat dan diletakkan di dalam kereta. Kunci kereta yang berada di meja sebelah pintu dicapai.

Laju sahaja kereta itu meluncur diatas jalan. Habis kesemua lampu merah dia langgar. Baru sekarang otak di berfungsi. Tadi gelabah sangat kot.

Tak kisah saman ke apa ke. Yang penting anak-anak dia dah nak keluar. Biar kena saman sampai kena jual kereta pun dia sanggup. Ceh, sanggup konon.

^

"Tahniah, kembar sepasang," Haa mengucap syukur. Hajah Halimah yang sedang duduk di ruang menunggu juga mengucap syukur.

"Isteri saya doktor?" Haq bertanya apabila doktor tersebut tidak memberi tahu apa-apa

"Puan Eva baik-baik saja, nanti saya pindahkan dia di wad biasa biar dia berehat dulu. Encik Haq ikut saya azankan anak," Haq membuntuti langkah Dr. Rara. Ye, tahulah dari nametag doktor itu, Haq tak gatal lagi nak tanya.

Selesai azan, dia meletakkan kedua-dua anaknya di dalam katil bayi yang disediakan oleh pihak hospital.

Mekar senyumannya melihat bidadari dan bidadara kecilnya. "Ilya, Iman," sebut Haq berbisik kepada anak-anak nya.

Hajah Halimah di belakang di pandang dengan pandangan gembira. Sumpah dia bersyukur dengan Allah yang mengurniakannya keluarga kecil ini.

"Apa nama anak-anak kamu?"

"Yang kakak Ilya Adriana. Adik pula Iman Adrian." Mereka keluar menuju bilik yang menempatkan Eva selepas menjenguk bayi kecil itu.

Eva tersenyum melihat Haq yang masuk menghampirinya.

"Thank you sayang!" Ucap Haq bahagia melihat moment indah di hadapan mata.

"Ya most welcome." Haq mengusup dahi Eva lama. Belum sempat dia mahu menempelkan bibirnya di atas bibir delima milik Eva, dia sudah ditarik oleh Noah.

"Gelojoh kau Haq. Baru beranak tu," Tuan Ammar hanya menggelengkan kepalanya saja melihat tingkah laku Haq.

"Rehatlah, nanti nurse bawa masuk anak-anak kita," Eva mengangguk dan membetulkan kepala di atas bantal supaya selesa. Mata dipejam dengan hati yang gembira. Syukur!

^

empat tahun kemudian <

"Ilya Adriana!" Suara Eva memetir di segenap ruang rumah. "Tak boleh ke main jangan sepah-sepah? Mama dah cakap kan? Kalau tak nak main, simpan dalam bakul. Ambil yang nak main ja!" Haq yang sedang berada di luar rumah terus masuk ke dalam rumah. Ilya yang sedang menangis Haq dukung.

"Why sayang?" Haq bertanya lembut. Kalau dia pun jerit-jerit, tidak makan mereka tengah hari ini.

"Awak tengok anak awak biy. Sepah sana, sepah sini," lagi bertambah meraung Ilya di celah leher Haq.

Haq pun pening, isterinya kalau sedih, nak sangat duduk melekat di dadanya. Anak perempuannya pula sibuk melekat dilehernya.

"Ma, don't scold," kaki Eva Iman usap lembut. Yeah, Iman lebih kepada manja dan mendengar kata. Manakala Ilya yang keras kepala. Argh pening nak melayan kembarnya ini! Bikin pusing!

Iman , Eva angkat supaya berada di dalam dukungan. "Ya sorry i wouldn't scold," Eva mengalihkan pandangannya kepada Ilya pula. Nafas dihela berat. Baru dia tahu susahnya menjaga anak.

"Sorry my lil princess," lagi meraung Ilya. Perempuan ni kan, lagi orang pujuk lagi tulah nak melalak, macam kena rasuk. Mereka bertukar anak. Eh? I mean Ilya di dukungan Eva manakala Iman di dukungan Haq.

"Iman, jom ikut papa basuh kereta dekat luar," Haq membawa Ilman keluar dan yang tinggal hanyalah Eva dan Ilya. Budak kecil berumur 4 tahun itu tersenyum gembira

"Ma, I'm sorry," ujarnya pelat. Habis semua bahasa melayu lingkup, yang diaorang tahu bahasa english. Haq punya pasallah ni. Nak sangat ajar anak-anak english, kononnya.

"Biy nak ajar anak-anak bahasa english je nanti. Tak payah bahasa melayu. Nanti diaorang sekolah biar cikgu je yang ajar bahasa melayu."

"Lah kenapa pula?"

"Kena pupuk bahasa english dari awal, nanti tak adalah terkial-kial." Jadi, Eva pun ikutkan sahaja. Sampaikan Hajah Halimah dah pening. Diaorang faham bahasa melayu, tapi tak pandai cakap.

Nasiblah Tuan Ammar memang tinggal di negara orang, kalau tidak, dua kali lima tak faham. Anak-anak Zel juga bukan main mengikut cakap english. Pening Ziyad dibuatnya.

"Ya, it's okay. But, please don't mess it up again," pinta Eva memujuk Ilya. Anaknya yang ini rapat dengan Haq. Kadang dia jealous melihat Haq layan Ilya lebih daripadanya. Macam Haq kena rampas dengan musuhnya. Padahal anak sendiri.

Semakin anak-anak mereka besar, semakin dia mengerti akan perilaku kembar itu. Ilya yang degil, keras kepala. Semua nak ikut kepala dia saja. Lagi di larang, lagilah dia buat. Tak tahulah ambil baka siapa.

Iman yang lebih tenang dan menenangkan. Setiap apa yang anak lelakinya kerjakan, mesti smooth saja kerjanya. Kemas! Banyak mulut berceloteh. Sentiasa sabar. Ikut baka Eva mungkin?

Ilya yang melentok dibahu dia tenung. Cantik sungguh anak gadisnya itu. Persis anak orang putih. Kening yang tebal, alis mata yang cantik, iris mata berwarna koko muda, hidung yang mancung dan bibir kecil.

Punggung Ilya ditepuk perlahan membiarkan mata cantik itu tertutup perlahan-lahan. Cukup indah baginya mempunyai keluarga kecil yang bahagia.

^

Petang itu, Eva menghantar anak-anaknya ke rumah Zel. Kata Zel, anak-anak dia ingin bermain dengan anak-anak Eva. Eva hanya setuju.

Haq yang baru pulang, Eva sambut dengan penuh senyuman. Mereka berpelukan seketika. Haq masih sama, mencium segenap wajahnya apabila lelaki itu pulang dari kerja. Menyalurkan segala rasa rindu kepasa sang isteri.

Haq berkerut hairan. Selalunya jika dia pulang jam sebegini, anak-anaknya sudah merengek menyuruhnya cepat-cepat bersihkan diri dan minum petang. Tetapi, hari ini tiada suara anak-anak mereka.

"Anak-anak mana?" Eva menayangkan barisan gigi putihnya kepada Haq dan meletakkan kepalanya bersandar di dada bidanh itu.

"Rumah Zel," Haq hanya mengangguk dan meminta izin membersihkan badannya. Anak-anak tak ada ni, bolehlah dia menjalinkan kasih sayang dengan Eva.

Orang kata biar bertambah bahagia. Kalau ada dua ketul Ilya dan Iman tu, memang tak bolehlah nak menjalinkan kasih sayang bersama isteri tercinta.





Hye, nak tanya. Kalau aku buat chapter untuk what if? Korang nak?

WEH SORRY LUPA NAK UPDATE HAHAHAHA

1. Oxymoron | RE-DOWhere stories live. Discover now