°| DuA |°

67 13 8
                                    

1.07 k words !!






PAP !

Selipar putih miliknya dibaling ke pintu masuk. Tepat ketika Zasha membuka pintu itu.

Zasha memandang selipar yang dibaling tadi dengan mata yang terbeliak. Pandangannya difokuskan kepada gengnya yang lain yang melihat kepadanya kecuali Ann.

" Asal korang ni? Wey, Ann. Kau pergi mana waktu rehat tadi? Aku cari kau merata " soal Zasha bertalu-talu sambil membaling kunci motosikalnya ke atas meja.

Semua senyap membeku. Mereka memandang Ann yang masam mencuka.

" Okay, i know there's something wrong. Pahal nih ? " soal Zasha mengambil tempat di satu-satunya kerusi yang tinggal. Kerusi yang lain semua mereka dah copet.

" Aku tak puas hati lahhh " Ann membuka mulut.

Zasha terus bangkit menuju ke biliknya yang dikongsi dengan Ann. Nama je bilik kongsi, katil satu seorang. Saiz queen lagi.

Dalam apartment miliknya yang digelar Coral Field ini, mereka ada tiga bilik dan dibahagikan mengikut umur masing-masing.

Batang baseball dicapainya lalu dia melangkah ke ruang tamu seluas padang itu.

Wah ! Aku guna hiperbola.

Zasha duduk semula sambil menongkat batang itu. Gengnya yang lain mula memandangnya dengan mata yang bersinar-sinar.

" Haa.. apa yang tak puas hatinya ? " ujar Zasha.

Ann sudah tersenyum semula.

" YEAAYY !! HUWAA AKU TAK PUAS AHTI DENGAN BUDAK KELAS AKU TUU . PAGI TADI AKU UCAP SELAMAT PAGI TAK ADA SESIAPA YANG JAWAB !! PASTU BOLEH PULA DIA KATA AKU NI SIAPA. LIKE SERIOUSLY ?! YOU DON'T KNOW MEH ?! " luah Ann mengeluarkan semua suara yang dia ada.

Qai membaling sebotol air kepadanya. Terus Ann sambut dan meneguknya rakus.

" Haaahhh.. puas hati lepas luah " ujar Ann lagi.

" Kau nak buat apa dengan kayu tu ? " soal Bat.

Walaupun mereka berbeza umur, mereka tidak kisah menggunakan panggilan 'aku-kau'. Memang dianggap kasar, tapi itulah yang buatkan mereka selesa sesama sendiri.

" Apa lagi. Kita kasi bantai lah " ujar Zasha mula memakai hoodie putih rasmi geng mereka.

" YEAY ! BANTAII WEYYY DAH LAMA AKU TAK BANTAII !! " jerit Rea excited.

" Woi woi ! Kau bantai-bantai ni tak takut kerjaya kau musnah ke ? " soal Mell.

" Alaahh.. kau rilek je.. dia nak kick aku panggil Zasha kasi bantai "

Haaa , inilah Rea. Apa-apa, memang dia akan minta tolong Zasha. Mentang-mentang Zasha ni mak dalam geng mereka, banyak songeh pulak dia.

" Eh, tak ada kau. Mintalah pil kau tu " Zasha yang terdengar membalas.

" Eeee, nama dia Philip okay ? Philip James " ujar Rea membetulkan Zasha.

" Eleh, tahulah tu boyfriend kau " balas Qiela muncul dari dalam bilik mereka.

" Jsjsjajsjsjsj, dia tu kawan je okay ? " balas Rea sambil mengikat rambutnya tocang satu selepas menyarungkan hoodie putih rasmi geng mereka.

" Weyyy , asal korang pakai hoodie tu ? " soal Qiela, blur.

" AQIELA NATASYA ! KAU TAK DENGAR KE ZASHA KATA APA TADIII " soal Qai menggoncang badan Qiela.

Mell menarik Qai dari terus menggoncang Qiela. Kalau biar, tak ke mampus budak tu nanti ?

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now