°| DuAEmPaT |°

24 10 0
                                    

Zasha menenung skrin telefonnya lama. Kaki disilangkan. Sungguh dia tak betah duduk begitu sahaja

Perasaan risau asyik menghentam jiwa. Bagai cacing kepanasan, dia tak boleh duduk diam. Naik pening Ann yang duduk di sebelahnya.

" Okay, Zasha. Boleh tak cerita? Kau ni kenapa? Tak duduk diam macam ada selipar mak jemah kat tepi " soal Ann sudah tidak tahan.

" Haish, aku risau Mel ni. " luah Zasha.

" HAH?! MEL?! HA MANA MEL APA JADI KAT MEL?! " Ann menggoncang badan Zasha panik.

Sudah lama dia tidak dengar nama Mel apatah lagi nampak batang hidungnya.

" Aish, sabarlah. Ni, dia send message ni tadi. Risau aku jadinya " ujar Zasha pantas menunjukkan mesej Mel yang diterimanya tadi.

" BYE?! KENAPA DIA CAKAP BYE?! DIA NAK TINGGALKAN KITA KE ?! " soal Ann lagi dengan suara yang memang naik habis.

" ITULAH AKU TAK TAHU! RISAU DO! " balas Zasha turut menjerit.

" Zasha? " panggil Taylor keluar dari bilik persalinan.

" Ha ye kenapa? " soal Zasha bangkit dari duduk.

" Kenapa jerit-jerit? Ada masalah ke? " soal Taylor prihatin.

" Eh, tak ada apa-apa. Kitorang test vocal je. Eh, Taylor banyak gila lebam kau meh kita bubuh ubat meh " Ann menjawab lalu menarik Taylor menuju ke bilik rawatan di sebelah ruang persalinan ini.

Zasha menggeleng kecil lalu membuntuti langkah Ann dan Taylor. Mujur Ann pandai cover.

" Eh, Ashraf. Hai! " sapa Ann ketika mendapati Ashraf sudah berada di dalam bilik rawatan itu bersama Caleb.

Kini, Ashraf sedang merawat kesan lebam yang memenuhi kedua lengan Caleb.

" Eyyow, masuklah. Tu first aid aku dah sediakan " ujar Ashraf menunjuk ke arah kotak putih di atas meja kedua menggunakan isyarat mata.

Tangannya ligat menyapu minyak pada lengan Caleb.

Zasha mengambil tempat di atas kerusi berdekatan Taylor dan Ann.

" Taylor, apa jadi sebenarnya? " soal Zasha berhati-hati. Tak naklah nampak macam dia terlalu desperate nak tahu walhal realitinya memang begitu.

Taylor menggigit bibir bawah sebelum mengerling ke arah Caleb yang memandangnya.

" Kami didera " jawab Caleb apabila mendapati kakaknya teragak-agak nak jawab.

" DERA? SIAPA DERA? PAK AMIN SETAN TU? " soal Ann dengan suara yang naik lagi.

Lengan Ann dipukul perlahan. Menyedari salahnya, Ann menekup mulut sekejap sebelum menyambung kerjanya.

" Setiap hari syaitan tu akan balik rumah marah-marah selagi dia tak dapat apa yang dia nak. Kami pun taktahu kenapa kami ditakdirkan untuk ada dia sebagai ayah angkat " Taylor menyambung.

" Apa yang dia nak, maksud kau mak Qiela? " soal Ashraf.

Caleb mengangguk. " Sejak mak angkat kami meninggal, dia jadi gila. Dia nak cari isteri baru tapi bila dia jadi gila tak ada sesiapa nak "

" Gila? Sebab tu ke dia ada kad temu janji di hospital mental? " soal Zasha pula lalu dia mengeluarkan kad yang dimaksudkan dari dalam poketnya.

Taylor mengangguk. " Pihak hospital discaj dia sebab dia tak melukakan sesiapa. Tapi apa yang hospital tak tahu, selama ni dia tipu. Dia akan bunuh semua yang menghalang dia dari dapatkan apa yang dia nak " terang Taylor lagi

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now