°| TiGaSaTu |°

21 7 82
                                    

" Kau nak bawa kitorang pergi mana ni Rea? Siap suruh pakai lawa-lawa ni nak pergi cari bakal jodoh ke ? " soal Hann hairan.

Selepas balik dari syarikat tempat dia bekerja tadi, Rea tak habis-habis tersenyum sampai ke telinga.

Terus dia menyuruh semua Seahorse dan Merlembu bersiap-siap untuk ke sesuatu tempat rahsia katanya.

Merlembu dan Seahorse, tanpa banyak tanya terus bersiap-siap. Pakaian terbaik yang mereka ada elok tersarung pada tubuh.

Yang lelaki semua bertuxedo kemas dan bertali leher berwarna biru gelap, yang perempuan berdress paras lutut berwarna biru pelbagai tona.

" Eh eh kau, jodoh dah ada depan mata nak cari jodoh lain buat apa " tegur Adli yang terdengar mereka bersembang.

Mana taknya, bersiap-siap di kaunter dapur. Habis berselerak barang-barang perhiasan dan makeup di atas kaunter dapur itu.

Seahorse watlek je melepak di ruang tamu. Semua dah siap, tinggal nak tunggu si gadis je bersiap.

" Senyaplah kau, cakap je lebih bukan nak tunjuk mana jodoh aku " ujar Hann mencebik sambil menepek sedikit compact powder pada wajah.

" Nilah jodoh kau " ujar Adli sambil menunding jari ke arah wajahnya.

" Eh, tak nak aku dengan kau. " ujar Hann terus menukar fokusnya ke rambutnya yang diikat sanggul.

Adli bangkit lalu mendekati Hann yang sedang mengemaskan sanggulnya. Pin bunga putih kecil dikeluarkan dari dalam poketnya.

" Apa kau nak? " soal Hann apabila Adli memandangnya lama.

Jarak antara mereka makin dihapuskan lalu pin bunga putih itu Adli letak pada sanggul milik Hann. " Haa, dah cantik dah bakal bini aku ni " ujar Adli tersenyum petak.

Pipi Hann memerah. " Dah sana kau " tubuh Adli ditolaknya menjauhi diri.

" Uyooo, Hann malu latew " ujar Bat sudah mula menganjing.

" Eh senyaplah kau "

" Elelelele, comelnya dia malu. Dah-dah, pergi kahwin terus tahun depan. Tunggu lama-lama pun tak elok juga " ujar Zasha dengan senyuman.

" AFUFUFU ZASHA DAH APPROVE APA LAGI? CARI WEDDING PLANNER CEPAT ! " ujar Ann mula mencari telefonnya.

" EH TAK PAYAH AKU TAK SPM LAGI WOI ! " marah Hann dengan pipi yang memerah.

" Alaaaa, apa susah? Lepas SPM kau tunang. Haa lepastu, kau kahwin terus. Setel ! Yeay, aku nak anak buah 3 dari setiap korang " ujar Bat kegirangan.

" HAMBOI, SEDAP MINTA KAU TU, PERGILAH CONFESS KAT AA-- hhmmphh " mulut Rea pantas ditekup Bat.

" Eh mulut tu jaga, dia kat depan tu je tau " ujar Bat berbisik sambil matanya menunjuk ke arah Aaron yang ralit dengan telefon pintarnya.

" Tak apa, tak apa. Dia tak dengar tu " ujar Mel lalu Bat melepaskan tekupan.

" HAH CEPATLAH SIAP-SIAP AKU KEMPUNAN NAK TAHU KEJUTAN REA NIH ! " ujar Ann menggesa mereka.

Sejak tadi, dia hanya membantu mereka bersolek bagai. Dari awal lagi Ann sudah siap kerana dia hanya memakai solekan ringan dan simple.

Tanpa disedari, hujung bibir merah milik Aaron naik sedikit. Rupa-rupanya, perasaannya tidak bertepuk sebelah tangan.

-----

" WEYH REA GEMPAK GILA. BAPAK BESAR RESTORAN NIH! " Qai dan Bat naik teruja.

" Oi oi, behave sikit eh. " ujar Rea dengan wajah acah sarkastiknya.

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now