°| EmPaT |°

54 10 4
                                    

Van pink bling bling dikunci sebelum serentak mereka memandang bangunan rumah sederhana besar yang usang itu.

" Dah lama tak datang jenguk sini, kan ? " soal Bat tidak lepas memandang villa di hadapan mereka.

Mereka serentak mengangguk sebelum memulakan langkah memasuki rumah usang itu.

Pintu yang hampir reput itu ditolak Zasha perlahan.

Kelam, gelap, sendu. Suasana rumah ini cukup untuk menakutkan mereka yang tidak pernah berkunjung ke sini.

Kosong, langsung tiada perabot di dalam rumah ini. Yang ada hanyalah tangga yang hampir reput dan sarang labah-labah yang mula memenuhi siling rumah.

Mereka mula melangkah ke bahagian bawah tangga. Terdapat stor kecil yang sepatutnya ada di rumah biasa.

Tetapi tidak bagi rumah ini, bahagian stor bawah tangga inilah lokasi penyeksaan mereka.

Ann membuka pintu stor itu sebelum satu batang besi yang panjang ke bawah menghiasi ruang mata. Batang besi itu berlanjutan panjangnya hingga ke lokasi rahsia mereka di bahagian bawah rumah usang ini.

" Okay, siapa nak turun dulu ? " soal Zasha.

" Ke tepi semua, biar aku turun dulu. Ganjaran untuk aku sebab rela patahkan tulang sendiri " ujar Qiela berpura-pura menolak mereka ketepi. Sedarkah dia bahawa dia hanya menolak angin ?

Qiela memegang batang tersebut sebelum melompat turun ke bawah tanah diikuti yang lain.

Zasha yang menjadi orang terakhir menutup pintu sebelum melompat turun.

-----

" SUDAH ! SUDAH ! "

Ann menarik-narik Qiela dan Rea, cuba memisahkan mereka dua yang dari tadi menarik rambut masing-masing.

Qai menepuk dahinya sebelum menghampiri mereka berdua.

Tangan Qiela dan Rea digigit menyebabkan mereka terpaksa melepaskan genggaman.

" WOI ! ASAL GIGIT ! "

" PADAN MUKA, TAK ADA KERJA GADUH PASAL SIAPA MENDARAT DULU. DAHLAH DEPAN BUDAK KECIL ! " balas Qai sambil menunding ke arah Bat.

" ASAL AKU PULAK BUDAK KECIL ?! " bentak Bat tidak puas hati.

Bat mencebikkan bibirnya. Tahulah dia paling muda di antara mereka, tapi dia sebaya dengan Qai. Bukan ke sepatutnya Qai dianggap budak kecil juga ?

" Kau kan mengada " balas Mell sambil menjelirkan lidah.

Zasha yang baru tiba terus mencepuk kepala Qiela, Rea, Qai dan Bat.

" Memekak macam tempat ni korang punya " ujar Zasha sambil mengunci pintu tempat mereka masuk tadi.

" Eh, memang tempat ni kita punya pun " balas Qai dengan sebuah fakta sahih.

Zasha memutarkan bebola matanya sebelum melangkah mendahului mereka.

Terus mereka gelabah dan mengejar Zasha di hadapan.

" Hari ni, nak bantai besar siapa ? " soal Bat sambil mengunyah gula-gula yang entah mana dia dapat.

" Budak-budak kelas Ann. Reef Turbo dah tangkap diorang semua " balas Zasha sambil menekan-nekan sesuatu di tepi pintu besi besar depan mereka.

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now