°| TiGaPuLuH |°

19 7 55
                                    

Pintu dibuka lalu tubuh reporter itu diletakkan ke bumi di samping dua orang reporter lagi.

Bilik yang penuh dengan kerusi buruk memberi aura seram. Ada yang dah patah ada yang masih teguh berdiri tetapi sudah dipenuhi dengan kesan tompokan merah.

Tali diambil lalu tangan dan kakinya diikat. Pelapor itu langsung tak bergerak ketika diikat dek kerana takut.

Siapa sahaja yang tak takut apabila dirinya diangkat seakan-akan sebuah kapas? Diangkat begitu sahaja seakan-akan perkataan 'berat' itu tidak wujud.

" Eh, kau? " soal pelapor itu apabila melihat wajah dua orang di sampingnya.

" Eh kau pun ada ? " soal pelapor kedua.

" Haa, dah berkenalan? " soal Zasha dengan pemukul besbol di tangan. Kesan merah jelas kelihatan di permukaan kayu tersebut.

" K-kau siapa ? " soal pelapor ketiga yang merupakan seorang perempuan.

" Eh yelah, aku tak perkenalkan diri lagi sekejap ye " ujar Zasha lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.

Seketika, dia melangkah masuk bersama semua ahli Merlembu dan Rea.

" Ha ni, kau kenal dia ni? " soal Zasha memeluk bahu Rea.

" Eh, dia ni bukan model yang kita tangkap kena bawak masuk kereta tu kan? " pelapor pertama bertanya kepada pelapor kedua.

" Eh yelah. Gambar hari tu ada lagi dalam kamera aku " balas pelapor kedua.

" Aku pun ada lagi. Bagus bekerja dengan korang, dapat juga kita gambar tu dari sudut yang berbeza hahaha "

PAM !

Dinding kayu tersebut dipukul Zasha sehingga kayu besbol tersebut terpatah sedikit dihujungnya.

" Orang tanya dia main-main pula adumakk " ujar Zasha mendongak sedikit. Melepaskan sedikit tekanan pada lehernya.

" Qiela, Mell. Pergi " arah Zasha.

Qiela dan Bat terus melangkah keluar lalu mengambil empat kayu besbol lain milik Qiela, Mell, Zasha dan Rea.

" Alaaa, bila aku nak ada aku punya? Zasha punya berlambak do dalam stor " Bat mencebik lalu memeluk tubuh.

Kepala Bat diketuk Hann perlahan. " Eh kau ni, kau baru 16 mana boleh main kasar-kasar, tumbuk tendang tu boleh lagi " ujar Hann.

" Apa-- k-korang nak buat? " soal pelapor pertama ketakutan.

" Eh, tak ada apa-apa. Kitorang nak tanya je mana korang dapat berita palsu tu? Siap siarkan kat dalam Internet lagi. Fitnah tu salah tau. Berdosa besar " ujar Ann tiba-tiba duduk bersila di hadapan pelapor pertama.

" Hmm, betul tu. Jadi kenapa korang buat berita palsu pasal kawan kitorang ni? " soal Qai bercangkung di sebelah Ann sambil menunding jarinya ke arah Rea.

" Eh. Ermm, kitorang tak tahu pun benda tu palsu " ujar

" DAH TAKTAHU BENDA TU PALSU KENAPA BUAT MASUK BERITA ?! " marah Mell sambil mengetuk kayu besbolnya pada salah satu kerusi buruk berdekatan mereka.

Pelapor-pelapor itu menelan air liur kesat. Badan mula menggigil menahan ketakutan.

" Eh, eh. Takut ke? Janganlah takut. Eh, Mell janganlah diorang takut ni " ujar Ann mula kabut.

" Haa Rea, cakaplah sesuatu " ujar Hann menyiku lengan Rea perlahan.

Rea melangkah mendekati ketiganya lalu bercangkung di hadapan mereka.

" Sebenarnya, tu bodyguard saya. Saya tak sihat lepastu masa tu saya pitam. Saya datang kelab tu sebab nak cari barang saya kat dalam tong sampah luar kelab tu. Haa, tiba-tiba saya pitam. Jadi bodyguard saya bawak lah saya balik. Takkan dia nak seret saya pulak jadi dia angkatlah saya haa faham tak anak-anak? " terang Rea dengan senyuman.

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now