°| TuJuH |°

38 10 29
                                    

Zasha mengelap kaunter menggunakan sehelai kain.

Syukur kes minggu lepas dah selesai. Qiela dah berbaik dengan Bat dan Bat dah kembali ke pangkuan Merlembu.

Aaron masih tak tahu Bat minat dia dan rahsia ni selamat terkunci dalam otak Merlembu.

Hann pun dah tak ketinggalan zaman. Semua benda yang jadi kat Merlembu, semua dia dah tahu. Dan sekarang, dia bersekolah di Utopi High dan sama kelas dengan Mell, 5 Euphoria.

Pendek kata, semuanya dah normal. Sekejap jelah.

" Zasha, tolong ambil order customer yang baru sampai tu. Aku nak tolong Lia ambil blender jatuh dalam parit " ujar Taylor, rakan sekerja Zasha.

Zasha kerja kat sebuah kafe klasik yabg wujud kat dalam Malaysia ni.

" Okay " ujar Zasha pantas mencapai buku nota.

" Ye, encik. Nak order apa ? "

Selepas selesai ambil order, Zasha kembali ke kaunter untuk membuat air yang dipesan dan menyerahkan bahagian makanan kepada cef di dapur.

" Emm.. sorry nak tanya " ujar seseorang.

Zasha mendongak melihat seseorang di depannya yang hanya dipisahkan dengan kaunter.

" Ye ? Encik nak apa ? " soal Zasha.

" Taylor ada tak ? " soalnya.

" Sekejap "

Baru Zasha ingin menoleh, Taylor muncul di sebelahnya.

" Eh, Caleb. Hang buat apa kat sini ? " soal Taylor.

" Mama suruh balik sekarang. Aku datang nak ambil kau lah ni " ujarnya.

" Haa.. Okay, okay. Kejap aku ambil barang kat belakang. By the way, Zasha. Ni adik aku, Caleb, 16 " ujar Taylor sebelum menghilang ke bahagian belakang.

Mereka berbalas senyuman sebelum figura yang amat dikenali Zasha muncul di hadapan mata.

" Wey Zasha, shift kau tak habis lagi ke ? Seahorse minta kita berkumpul kat Deep Ocean. Mustahak katanya " ujar Qai direct.

Zasha mengerling jam tangannya. 2 minit sebelum shift nya tamat.

" Bolehlah, aku keluar awal sikit " balas Zasha. Alah, sekali sekala rebel apa salahnya.

" Caleb, nanti tolong cakap kat Taylor aku ciao dulu. Pape roger " ujar Zasha sebelum mengikuti langkah Qai keluar dari kafe.

Matanya menangkap van pink bling bling berada di parkir. Sekejap, siapa yang drive van kalau dalam Merlembu, dia seorang je yang pandai memandu ?

" Siapa drive van ? " soal Zasha.

" Annie Amanda " ujar Qai selamba.

Zasha membeliakkan mata. Mana tidaknya, kali terakhir dia cuba mengajar Ann memandu, mereka hampir bunuh diri lemas dalam laut.

" Ann ? Kau drive ? " soal Zasha.

Ann yang berada di tempat duduk pemandu tersengih menayang giginya sambil menunjukkan satu kad.

Lesen memandu. Awalla Ann dapat lesen.

" Eh, birthday kau dah lepas ke dapat buat lesen ni ? " soal Zasha memakai tali pinggang keledar di tempat duduk sebelah pemandu.

" Dahlah. Tak ingat kita sambut hari tu ? " soal Ann.

" Oh eh. Heheh " ujar Zasha ketawa kekok.

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now