°| EnAm |°

42 11 15
                                    

" Dah jom. Kita kena cari Bat sebelum malam. " arah Zasha sambil menarik kepala hoodienya menutupi kepala.

Mereka tidak tahu apa yang Bat boleh buat terhadap dirinya sendiri.

TOK ! TOK !

Pintu Coral Field diketuk dari luar. Masing-masing memandang masing-masing. Bat ke ?

Terus Ann meluru ke pintu lalu dibuka luas.

" Miss me ? " soal gadis itu.

Ann mengerutkan dahinya. Salah rumah kot minah ni.

" Kau siapa eyk ? "

Tak semena lengan Ann dipukul agak kuat. Ann menggosok lengannya yanh dipukul tadi.

" Kuajo kau tak ingat aku. Ni Hann laaa " ujar Hann dengan senyuman yang semakin melebar.

" EH ?! YA TUHAN HANN MAKIN LAWA DHO KAU ! KUAJO KAU LARI 5 TAHUN TAK CONTACT KITORANG LANGSUNG EH ?! " terus tubuh Hann ditarik masuk dalam setelah mereka berpelukan.

" WEYYY KORANG, HANN !! " pekik Ann seakan-akan mereka berada di atas langit.

" Hah ? Hann ? Hann mana ni ? " soal Qai keliru.

Dasar Qai, memang otaknya cepat lupa. Mana simpan earphone pun tak ingat, apatah lagi identiti orang.

" WEYH ! ANAK SIAPA KAU COPET NI YA TUHAN COMELNYA !! " jerit Hann sambil mencubit-cubit pipi Qai.

Sejak dulu lagi memang itulah habits Hann apabila dia bersama Qai. Mungkin kerana kecil dahulu, Qai memang seorang yang berpipi tembam.

Pantas Qiela menarik tangan Hann.

" Kau jangan, dia ni dah pandai makan orang " ujar Qiela dengan nada berbisik.

" Comel-comel pun perangan hanat. Macam setan " ujar Rea kutuk depan-depan.

Qai memberikan jelingan maut dan dibalas dengan jeliran lidah khas dari Rea.

" Dah, dah. Gaduh je kerja " ujar Mell berdiri di antara Qai dan Rea yang akan mula berperang bila-bila sahaja.

" Dah, jom cari Bat. Hann, kalau kau tak nak ikut tak apa. Mesti kau penat dari airport " ujar Hann.

" Apa jadi dengan Bat ? " soal Hann polos.

" Qiela gaduh dengan Bat. Terus dia kata dia nak keluar " ujar Rea.

" Tapi kau pun tahu kan, once you merlembu you can't get out " sambung Mell.

" Tapi macam mana aku tahu kewujudan Coral Field ni kalau bukan ada orang bagitahu aku ? " balas Hann membuatkan mereka semua terbeliak serentak.

" Ha'ah lah ! Kita beli apartment ni selepas Hann pergi Korea " ujar Zasha memetik jari.

Mustahil Hann tahu kewujudan Coral Field kalau tak ada sesiapa yang memberitahunya.

Sejak Hann pergi ke Korea untuk menemani ayahnya mengambil rawatan khas di sana, mereka tidak pernah menghubunginya.

" Bat ke yang bagitahu kau ? " soal Ann dengan mata yang bersinar penuh harapan.

Hann mengangguk.

" Jap, Bat dengan Qiela gaduh sebab apa  hah ? " soal Hann semakin keliru.

Haih, lama dia tinggal Merlembu. Macam-macam dah jadi.

" Pasal Aaron "

" Hah ? Siapa Aaron ? "

Mereka menepuk dahi serentak. Terlupa pula Hann memang tak tahu apa-apa tentang kewujudan kegiatan mereka sekarang.

" Nanti, kitorang cerita. Sekarang kita kena cari Bat "

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now