°| DuAEnAm |°

24 10 0
                                    

Pintu beranda dikunci menghalang sesiapa masuk. Tersangkutlah dia di beranda itu seorang diri.

Pintu biliknya yang diketuk kuat berkali-kali diendahkan. Sungguh, dia dah tak kuat nak hadap semua ini.

" Mell! Tolong, Mell! Jangan buat ayah macam ni! Ayah minta maaf! " tombol pintu bergoncang menandakan ada yang cuba membuka.

Bunyi kunci berlaga menyapa gegendang telinga.

" Ayah terlalu memaksa Mell. Mell minta maaf " kata-kata itu diulangnya banyak kali.

Tangannya yang penuh dengan luka akibat cuba mencederakan diri sendiri dia tenung lama.

" Merlembu tak risaukan aku, mesti diorang tak kisah " ujar Mell lagi dengan senyuman.

Walaupun tersenyum, air mata tetao membasahi pipinya. Sungguh, dia dah tak sanggup.

Hanya kerana nombor di atas kertas peperiksaan, ayahnya sanggup memaksanya belajar sehinggakan waktu tidur dan makannya tidak terurus. Dia penat.

Mell memegang besi beranda lalu menunduk. Lantai di halaman rumahnya dia tenung lama.

" Tunggu aku ye lantai, nanti aku teman kau baring kat bawah tu " ujarnya.

Sebuah van berhenti di hadapan rumahnya. Merlembu masing-masing keluar dari van tersebut tergesa-gesa.

" MELL ! TURUN SEKARANG ! " jerit Zasha dari luar pagar.

" Zasha ! " ibu Mell membuka pagar, membenarkan mereka semua masuk.

" Apa jadi ni makcik !? " soal Qai.

" Makcik, makcik tak tahu. Kalaulah makcik cepat sedar yang kami terlalu memaksa dia, Mell takkan jadi macam ni " ujar ibu Mel dengan air mata yang menuruni pipi.

" MAKCIK ! JANGAN NANGIS DULU, MELL NAK LOMPAT DAH NI ! " ujar Bat menunding ke arah Mel diberanda.

" WOI ! SEDAP KAU JE JERIT ! " tegur Rea di sebelah Bat lalu memukul bahu Bat.

Bat mengadu kesakitan. Aih, tengah waktu macam nilah dia nak pukul-pukul.

" Sabar ye makcik, biar kami tolong " Hann memujuk.

Bagus, contohilah Hann.

" MELL ! KENAPA KAU BUAT BENDA NI?! KAU TAK INGAT KITORANG KE?! KENAPA KAU TAK CERITA KAT KITORANG ?! " Ann mendongak memandang Mell yang berada di beranda biliknya di tingkat 2.

" Korang takkan faham kalau aku cerita " ujar Mell cukup kuat untuk mereka dengar.

" HEI ! KALAU KAU TAK CERITA, MACAM MANA KAMI NAK FAHAM ?! " soal balas Qai.

" Korang nak dengar ke? Mesti korang rasa aku ni menyusahkan je " balas Mell lagi.

" WOI ! KAU MENYUSAHKAN MACAM MANA PUN, BAT LAGI MENYUSAHKAN " jerit Rea.

" WOI ! ASAL AKU ! " ujar Bat tidak puas hati.

" TAK, MAKSUD AKU, MENYUSAHKAN MACAM MANA PUN, KITORANG AKAN HADAP! SEBAB KAU KAWAN KITORANG. APA SALAHNYA BERSUSAH SIKIT DEMI KAWAN YANG ADA WAKTU SUSAH SENANG KITA ?! "  Rea menyambung.

Air mata semakin deras menyelusuri pipi. Bagaikan ada bluetooth, Merlembu turut menangis. Nilah orang kata, kau nangis aku nangis.

" Tolong-- jangan tinggalkan kitorang dulu-- " ujar Ann dengan nada tersekat-sekat menahan tangis.

" Merlembu tak lengkap kalau ada yang tak ada " ujar Hann pula.

Mell terduduk. Wajahnya ditekup. Apa ni? Apa yang dia buat ni?

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now