°| DuASaTu |°

25 8 95
                                    

Suasana tegang memenuhi ruangan main lounge yang diduduki enam manusia itu. Pelbagai soalan mula terungkap satu persatu.

" Jadi, kau nak kata yang Pak Amin lari dari tempat kejadian ikut ruangan bawah tanggan rumah kau? " soal Ashraf kepada Aaron.

" I don't see another way for this " balas Aaron. Sungguh, semuanya sudah semakin jelas.

" So, teori aku mengatakan bahawa Pak Amin tikam ayah Aaron lepastu bila dia dengar bunyi Qai ketuk pintu dia cepat-cepat lari masuk dalam 'stor' bawah tangga tu lepastu lari, am I right? " soal Bat.

Haa ambil kau, Bat dah jadi penyiasat berjaya. Kau katak, bila lagi?

" Habis tu, apa yang ada dalam kotak yang kita jumpa hari tu? " soal Qiela kepada Ashraf.

" Entah, aku tak buka lagi " balas Ashraf.

Pantas Qiela pergi mengambil kotak itu lalu membawanya ke ruang hadapan.

Penutup kotak dibuka sebelum isi dalamnya terungkap jua. Beberapa keping gambar bersaiz 4R dan dua keping sampul berisi dituang keluar dari kotak.

" Ini bukan gambar mak Qiela? " soal Adli meneliti gambar tersebut.

" Ini ayah aku " ujar Aaron meneliti sekeping gambar.

" Ini gambar kita sekeluarga. Okey, aku dah cuak. Mana dia dapat gambar-gambar ni? " soal Qiela setelah meneliti semua gambar yang ada.

" Sah dia ni psiko " balas Bat sudah berundur ke belakang setapak.

Mana tak seram selepas jumpa gambar-gambar ini berada di tempat yang pelik.

" Mana Ann dengan Hakim? " soal Hann.

" Kejap lagi diorang sampai. Tadi Naufal ada whatsapp aku kata diorang dah on the way " balas Ashraf.

" Hakim? " soal Hann sekali lagi.

" Hakim... aku tak tahu. Tak ada khabar dari dia pun " balas Ashraf mula memeriksa telefonnya. Manalah tahu dia terlepas pandang mesej dari Hakim?

" Kau hantar dia ke mana? " soal Aaron.

" Ke kafe tempat Zasha kerja " balas Ashraf.

Satu idea muncul dalam kepala otaknya. Pantas dia mendial nombor Zasha.

" Eyyo Zasha. Hakim ada datang kafe kau? "

" Ada tadi. And aku rasa Pak Amin ada datang sini tadi " balas Zasha di hujung talian.

" Hah? "

Terus Ashraf membuka speaker bagi mereka yang lain dengar sekali.

" Entahlah, aku rasa macam tu Pak Amin. Hakim tengah ikut dia. Tapi aku tak tahu apa dah jadi. Dia tak call aku pun " jelas Zasha lagi.

" Zasha, shift kau lama lagi ke? " soal Hann.

" Lagi 10 minit shift aku habis. Korang dah jumpa banyak benda ke? " soal Zasha kembali.

" Banyak sangat. Sampai tak tahu macam mana nak cerita. " ujar Qiela.

" Kalau macam tu, boleh tak kau pergi kat tempat yang patutnya Rea pergi? " soal Ashraf.

" Tempat Rea? Kat mana tu? Kalau tak jauh boleh je.. "

" Kat kelab tempat korang korek tong sampah hari tu " balas Ashraf.

Bat, Hann dan Qiela mula naik hairan. Buat apa nak pergi ke sana? Kan mereka dah jumpa telefon lapuk tu, ada lagi ke bukti yang mereka terlepas?

" Oohh, okey. Nanti aku roger. Ciao "

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now