°| DuADuA |°

19 9 79
                                    

" Hai, selamat datang. Anda kini berada dalam rancangaaaannnn 'Gayteen 13 Beranak' ! Bersama idola jemputan kita minggu ini-- "

Terus televisyen ditutup. Bat yang sedang khusyuk menonton acara kegemaran remaja zaman kini mencebik.

" Oi! Suka-suka hati kau je tutup, aku nak tengoklah! " ujar Bat merampas remote dari tangan Aaron.

" Eh, marah aku pula. Aku panggil kau banyak kali tak dengar, telinga dah penuh dengan gajah ke apa? " balas Aaron bercekak pinggang.

" Asal do kau panggil aku, dah tepi aku nak tengok cerita ni. Abe Mingyu dengan Abe Wonwoo jadi tetamu jemputan ni-- " ujar Bat pantas menolak Aaron yang menghalangnya ke tepi.

" Ah tak ada, sila pergi main lounge sekarang juga " ujar Aaron merampas semula remote .

" Ish, nak buat apa? Qiela dengan Ashraf keluar pergi rumah Pak Amin, Zasha kirija, Hann dengan Ann lepiyak tak ajiak gue, Rea baliyek rumiah tarak sihiat. Haa kat sini jelah akiyu boliyeh lepiyak sensorang " ujar Bat tidak berpuas hati dengan bahasa mamak celupnya.

" Eh, jangan keling sangat boleh tak? Aku nak ajak kau duduk main lounge biar selamat sikit. Kang jadi macam Hann ritu, aku yang kena tanggung " balas Aaron sudah mencampak remote entah ke mana.

" Eh, bukan jauh pun bilik TV ni dengan main lounge. Yang kau nak gelabah bontot sangat ni dah kenapa? " soal Bat hairan. Dalam otak dah fikir macam-macam dah ni.

" Still bahaya sebab tak ada aku " balas Aaron tegak di tempatnya berdiri.

Bat memandang Aaron atas bawah. Eh, hensem pula encik crushnya hari ini. Wajah yang hampir memerah disorokkan.

" Haa, dah kenapa sorok-sorok muka? Ada jantan hensem ke kat belakang aku? " soal Aaron mula memandang ke belakang, mencari entiti yang tak wujud.

" Tak ada apa-apalah " balas Bat bangkit dari duduknya.

" Ha dah, nak pergi mana tu? " soal Aaron.

" Nak pergi ke gua cinta hatiku hanya kamu si putera huduh. Eyy, nak pergi main lounge lah, tadi ajak sangat " jawab Bat sempat memerli.

Terus kakinya menyambung langkah menuju ke main lounge. Tak sanggup duduk situ dengan Aaron berdua je, mahu terbalik kepalanya nanti.

Setibanya dia di main lounge, Bat disapa oleh pemandangan yang sangat tidak menyenangkan.

Kelihatan Adli dan Naufal sedang berlawan joget goyang dumang biar hati tak senang ewaahh. Bunyi muzik yang kuat membingitkan ruang mereka selalu lepak tu.

" Astaghfirullah, apa aku tengok nih " Bat memejam matanya sambil tangan menepuk dahi.

" EH, BAT?! AKU TAK SALAH DENGAR KE?! " ujar Adli tiba-tiba. Eh, tadi berjoget tak ingat dunia.

" Apahal kau? "

" K-K-KAU.. ISTIGHFAR??? " soal Naufal seakan tidak percaya.

" Kalau ye pun kenapa? "

Secara tiba-tiba, sejadah terbentang di atas lantai. Adli dan Naufal duduk bersimpuh di atas sejadah.

" Alhamdulillah, Ya Allah kau dah bukakan hati si mamak celup Aisara Batrisyia Kim untuk menerima agamamu yang lurus. Terima kasih ya Allah " tangannya yang ditadah disapu ke muka dengan penuh rasa ta'zim.

" Adli--- Naufal-- " aura gelap memenuhi sekeliling tubuh Bat.

" A-Adli, aku rasa kan.. Bat bela saka lah " ujar Naufal ketakutan.

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now