°| SeMbiLaN |°

51 10 66
                                    

" Hann ! Ohh Hann ! Mana kau ?! " jerit Ann. Rasanya satu Deep Ocean tu boleh dengar jeritan dia.

Kalau satu Deep Ocean boleh dengar, takkan Hann tak boleh dengar kan ?

" Hann ! Hann ! "

Masing-masing mencari Hann di setiap sudut Deep Ocean yang ada. Adli, Aaron, Hakim dan Naufal mencari di bahagian kanan manakala Ann, Zasha, Qai dan Bat mencari di bahagian kiri Deep Ocean.

Rea stayback dengan Mell dan Ashraf di main lounge kut kut Hann balik sana.

" HAANNN !! JANGAN SUSAHKAN ORANG BOLEH TAAAAKKK ?!?! " jerit Adli geram.

" Woi ! Amboi kaauuu, cuba kau fikir balik kalau kau tak usik Hann tak adanya dia hilang macam ni " ujar Hakim memukul lengan Adli.

" Aduh ! Isshh, kut ye pun tak payah lah pukul " balas Adli mencebik.

Hakim menjeling Adli sebelum memeriksa di sebalik pintu yang ada.

" HAANN ! KELUARLAH, OKAY? SORRY USIK KAU ! " jerit Adli lagi.

" Korang ! " panggil Zasha apabila mereka bertembung.

" Tak jumpa dho " ujar Ann sebaik sahaja jarak antara mereka sudah dekat.

" Korang dah cari semua tempat ke ? " soal Aaron menolak rambutnya ke belakang.

Bat di tepi sudah tergugat imannya melihat Aaron sebegitu rupa.

" Dah. Kitorang tak cari kat cage center je " ujar Zasha.

Terus mereka tersedar sesuatu. Jangan kata yang Hann pergi ke situ ?

" Aaahhhh " Hakim menepuk dahinya beberapa kali.

" Asal kau ni ? Memang nak dahi tu penyet ke ? " soal Zasha sambil menahan tangan Hakim dari terus menepuk dahi.

" Tak, tepi tandas yang Mell kata Hann pergi tu, ada satu pintu rahsia yang pergi straight ke cage center " ujar Hakim.

" Haa ? Ye ke ? Kenapa kitorang tak tahu pun ? " soal Qai yang terasa diperbodohkan di situ.

" Aku selalu pergi cage center guna pintu tu bila nak periksa dolphin waktu masa makan " terang Hakim.

" Wooo, Kebajikan function ! " sempat Ann bertepuk tangan di situ.

" Kau jangan cakap yang Hann pergi cage center ikut pintu tu ? " ujar Adli sudah cuak.

" Memang aku nak cakap benda tu. Tapi sebab kau dah dapat tak payahlah aku cakap " ujar Hakim.

Tiba-tiba, telefon Aaron berdering.

" Helo ? "

" AARON ! PERGI CAGE CENTER CEPAT ! ADA PENCEROBOH CUBA NAK BUKA PINTU CAGE ! HANN PUN ADA KAT SITU ! "

" Hah ? Weyy, kau jangan main-main.. "

" Nak main-main apa nya ?! Aku baru check cctv. WEYY HANN BERTEMBUNG DENGAN PENCEROBOH TU ! PERGI SANA CEPAT ! "

Terus panggilan dimatikan.

" AAARRGGGHHH !! "

----

" Wow ! Pintu apa ni ? " Hann menolak pintu yang dia nampak sebaik sahaja melangkah keluar dari tandas.

Pintu itu membawanya ke sebuah lorong  yang penuh dengan pintu-pintu lain. Di setiap pintu, ada plat besi yang tertera nombor siri di atasnya.

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now