°| SeMbiLaNBeLaS |°

17 7 0
                                    

Sedaya-upaya Zasha menahan ngantuk. Haih.. sudahlah semalam dah kerja sampai pukul 12 tengah malam, hari ni kena kerja pukul 8 hingga 2 petang pula.

Kopi di tangan dihirupnya perlahan. Harapnya, kopi ni dapatlah membantu untuk hilangkan ngantuk sedikit.

" Zasha, kau okay? " soal Taylor, rakan kerjanya.

Zasha hanya membuat simbol 'ok' sebagai balasan. Taylor memandang Zasha serba salah.

" Weyy, sorry susahkan kau ganti aku semalam. Aku minta maaf sangat-sangat " ujar Taylor memegang kedua tangan Zasha.

Zasha menguntumkan senyuman manis. " No problem lah. Aku okay je " balasnya.

Matanya menangkap sesuatu pada bahagian leher Taylor.

" Taylor, apa ni? " soalnya menyelak sedikit rambut Taylor mendedahkan kesan lebam.

" Taylor, kau okay tak? " soal Zasha memegang kedua-dua bahu Taylor. Lebam teruk. Bukan satu, tapi banyak lagi kesan lebam pada leher gadis itu.

Habis seluruh tubuh Taylor Zasha belek. Semakin dibelek, semakin banyak kesan lebam itu. Di tangan, lengan, pipi pun ada.

" Taylor, kau fikir pakai foundation, concealer boleh sorok kesan lebam ni ke? " soal Zasha mula risau.

" Takde pape lah " Taylor menepis tangan Zasha perlahan seraya tersenyum.

" Taylor, kalau kau ada masalah cerita jelah kat aku. Aku boleh tolong " ujar Zasha semakin risau.

" Tak ada apa-apa lah.. Aku okay je " ujar Taylor.

Loceng pada pintu masuk kafe berbunyi menandakan ada pelanggan masuk.

" Ha, ada customer. Pergi buat kerja " ujar Taylor sebelum dia ke belakang untuk melakukan kerjanya.

Zasha mengeluh kecil. Taylor ni, cuba bagitahu je apa masalah dia? Takkan lah tiba-tiba je kesan lebam tu muncul?

" Jauh termenung, kak? " ujar pelanggan itu.

Zasha tersedar dari lamunan sesaatnya sebelum mula memfokuskan diri pada pelanggan.

" Eh, Hakim! Buat apa kat sini? " soal Zasha menyedari gerangan pelanggannya.

" Hurm.. Aku pun tak pasti " balas Hakim yang tua dua tahun daripada Zasha.

" Aik? Tak pasti macam mana tu? " soal Zasha kembali.

" Entah, Ashraf send location kafe ni kat aku. Aku pun tak tahu kenapa dia suruh aku ke sini " jawab Hakim memandang sekeliling.

" Just in case, Pak Amin pernah datang sini ke? " soal Hakim lagi.

" Entah. Aku mana tahu muka Pak Amin tu cam mana " balas Zasha.

Hakim mengerutkan dahinya sambil otak cuba memproses kenapa Ashraf memintanya ke sini.

" Alang-alang kau kat sini, tak nak minum dulu? " soal Zasha sudah bersedia di hadapan order tab seraya tersenyum.

Hakim tergelak kecil. " Caramel Macchiato satu " pesannya.

" Caramel Macchiato? Sejak bila pandai minum ni? " soal Zasha sambil memasukkan data pesanan Hakim ke dalam order tab.

" Entah, teringin juga nak rasa. Hehe " balas Hakim dengan senyuman petaknya. Tangan menghulurkan sejumlah wang.

Selesai pembayaran, resit diserahkan kepada Hakim.

" Eh yedo, aku tak pandai buat Caramel Macchiato. Anda sila tunggu sebentar ye? " ujar Zasha sebelum pergi mendapatkan Taylor di belakang.

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now