°| TiGa |°

64 10 13
                                    

Matahari mula terbenam. Bulan sudah bersedia untuk memunculkan diri. Seketul Rea baru selesai sesi shooting untuk majalah remaja baru.

" Dah habis ? " soal Philip sambil menghulurkan sebotol air Pepsi kepada Rea.

Rea mengangguk sebelum meneguk air bergas itu rakus.

" Kau nak terus balik ke ? Jom aku hantar. " pelawa Philip.

" HAHAHAH. Kalau aku nak pergi langit pun memang kau kena hantar " ujar Rea membaling botol Pepsi yang dah kosong ke dalam tong sampah.

Philip menggosok tengkuknya. Baru dia teringat memang tugasnya untuk menghantar Rea ke mana sahaja dia ingin pergi.

" Hmm. Aku nak balik Coral Field lah. Nanti aku minta Zasha hantarkan aku balik " ujar Rea ketika mereka melangkah ke kereta Range Rover milik Philip.

" Okay, okay. Kau nak pergi makan dulu tak ? " soal Philip prihatin.

" Alaaa baiknya kauuu. "

" Aku memang baik. Kau taktahu ke ? "

Naik kembang tekak Rea mendengar ucapan perah santan Philip.

" Kembang bontot aku dengar kau cakap centu. Takpelah weyy, aku nak makan dengan Merlembuuuu " ujar Rea sambil menutup pintu kereta.

" Haaa yelaahh.. " ujar Phil.

Setelah hampir 5 minit Philip tidak memulakan perjalanan lagi, Rea naik hairan.

" Weyy, asal tak gerak lagi ni ? " soal Rea ralit dengan Iphone 100 nya sambil tertawa sendiri.

Mermaid X Lembuu 🧜🐮

annieeee
Huwaaaa Zasha cepatlah balikk !

zashaaaa
asal kau niiyyy

annieeee
qai dengan qiela dah mula gigit sofaaa ! diorang lapaarrr ! kau tahu kan aku tak reti masaaakkk ! reaaa cepatlah balikkkkk

Rea tertawa kecil sendiri. Qai dengan Qiela memang jenis tak sabar lagi-lagi bab makan. Ada je nak gigit kalau tak ada makanan.

" Ehemm.. " Philip berdehem halus.

" Asal kau ni ? Sakit tekak ke ? " soal Rea baru memandang Philip setelah membalas mesej Merlembu.

" Haih.. kau ni. Asyik lupa jeee " ujar Philip lalu mendekatkan jarak antaranya dengan Rea.

Tali pinggang keledar dicapai lalu dipakaikan untuk Rea.

Rea sudah hampir kehilangan oksigen. Ingatkan dia untuk beli tong oksigen di kedai Mak Semah.

Philip memandu Range Rover nya laju meluncur di atas jalan raya.

------

" Huwaaaaa nasib baik kau balik awal kalau tak aku dah arwah kena makan dengan Qai " ujar Ann penuh drama sambil mengigit ayam KFC.

Qai hanya menjeling Ann di hadapannya sambil menikmati ayam itu dengan penuh selera.

Rea tersenyum kembang. Rasa macam dia ni sudah jadi putera yang menyelamatkan puteri.

Pintu utama dikuak dari luar. Wajah Zasha terpancul di sebalik pintu.

" Yeay ! Zasha dah balik !! " jerit Qiela lalu menempel pada kaki Zasha.

" Woi woi woi asal nih.. Kenapa korang tak balik rumah lagi nih ? " soal Zasha sambil meletakkan bungkusan makanan di atas meja.

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now