°| DuABeLaS |°

26 10 4
                                    

Pintu main lounge ditolaknya perlahan. Terus semua mata memandang tepat ke arahnya. Menunggu reaksinya terhadap berita yang baru diterima mereka petang tadi.

" Zasha, kau dah tahu kan? " soal Hakim sambil menyilangkan tangannya.

Zasha mengeluh berat sambil meramas rambut pendeknya perlahan sebelum mengangguk.

" Aaron macam mana ? " soal Zasha meletakkan kunci motosikalnya di atas kaunter dapur.

" Lepas dapat berita tadi terus dia balik, sampai sekarang dia tak ada mesej. Call pun tak " balas Ashraf mengalihkan pandangannya dari laptop.

" Kita tak boleh biar je, silap hari bulan diorang murung. Benda yang taknak lah akan jadi " kata Ann.

Bat dan Qai mengangguk bersetuju. Hann di sebelah Ann sudah mula keluarkan camcorder miliknya yang sempat dia bawa dari Coral Field tadi.

" Eh, kau bawa ? " soal Ann dibalas anggukan.

" Ingat nak buat vlog pertama kat sini. " ujar Hann dengan senyuman.

" Vlog ? Woooo kau nak jadi youtuber ke waahhhh nak join ! " ujar Adli mula mendekati mereka.

" Ish, sabarlah. Kan ada problem sekarang ni " ujar Qai menghalang Adli dari terus meluru ke arah Hann.

Adli mula mencebik lalu kembali ke tempatnya di sebelah Naufal.

" Okay, macam ni. Apa kata Seahorse pergi cari Aaron, kitorang cari Qiela. Cuba bawa diorang datang sini " cadang Bat.

" Ha betul tu. Jom gerak. Aku rasa aku tahu kat mana Aaron pergi " balas Adli sebelum menghilang di balik pintu.

Mereka terdiam. Yang dia mangat sangat ni dah kenapa? Tiba-tiba, kepala Adli muncul di sebalik pintu.

" Jomlah ! " gesanya. Terus Hakim mencapai kunci kereta lalu melangkah keluar diikuti Naufal.

" Ashraf dan Qai stayback boleh ? Mana tahu Aaron datang sini " ujar Zasha sebelum meneguk sebotol air mineral yang diambilnya dari dalam peti ais.

" Eh, asal aku pula? " soal Qai.

" Sebab kau je yang aku tahu takkan buat kerja gila " jawab Zasha.

Qai memandang Bat di sebelahnya. Ada betul juga, kalau tinggal Bat ni mahu dia meroyan sebab terlalu bosan. Nak tinggal Hann mahu Ashraf penat melayan kerenah dia yang nak buat vlog tu. Nak tinggal Ann, eh tak boleh. Ann penting untuk cari Qiela.

" Eh, jap. Mana Rea? " soal Qai.

" Rea tak join malam hari ni. Company dia buat majlis sambutan hari lahir anak pertama CEO syarikat tu. Lepas habis majlis ada briefing untuk future plans syarikat tu. " terang Ann sebelum melangkah keluar dari main lounge bersama Zasha dan Hann.

Qai membulatkan mulutnya.

" Okay, gerak lu. Pape roger " ujar Bat membuntuti langkah Zasha, Ann dan Hann yang sudah berada di hadapan.

Pintu dikatup rapat meninggalkan Ashraf dan Qai sendiri. Keadaan jadi kekok tiba-tiba. Qai menelan air liurnya yang terasa pahit di kerongkong.

First time rasa kekok dengan Ashraf. Mungkin sebab cuma mereka berdua je yang berada dalam main lounge yang luas ni. Mujur Ashraf ralit dengan laptopnya, tak adalah rasa tak selesa sangat.

Qai menyandarkan tubuhnya pada sofa. Matanya cuba dipejam sebelum dia teringat sesuatu.

" Eh, mana Mell ? "

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now