°| DuAPuLuH |°

18 7 0
                                    

Qai menekan punat hijau pada permukaan telefon pintarnya. Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum skrin telefon ditekapkan ke telinga.

" Ye, abah. Kenapa? " soalnya.

" Qairina, tadi pak lang call abah. Dia minta abah pergi rumah dia tapi abah busy sikit. Qairina tolong pergi rumah pak lang boleh? Nak minta ibu tapi ibu kata ibu kerja overtime hari ni " ujar ayah Qairina di hujung talian.

" Okey, tapi kenapa pak lang call ayah? " soal Qai kembali.

" Entah, tadi dia kata nak bagi apa benda tah. Nanti abah bagitahu pak lang yang Qai pergi " balas ayahnya.

" Okey okey, Qai pergi dengan kawan Qai. " ujarnya kembali sebelum menamatkan panggilan.

Telefon pintar disimpan ke dalam sling bag miliknya. Pantas dia pergi mendapatkan Ashraf di kaunter dapur.

" Ashraf, aku nak kena pergi rumah pak lang aku. Tolong hantarkan boleh? " pintanya.

Ashraf memandang Qai sebelum menutup komputer ribanya. "Okay, aku ambik jaket aku jap "

Suasana kekok memenuhi ruangan kereta itu. Qai setia memandang ke hadapan manakala Ashraf kekal fokus memandu.

" Pak lang kau ayah Aaron ke? " soal Ashraf ketika mereka sudah tiba di hadapan rumah yang dikatakan.

" Ha'ah, eventually aku dan Aaron sepupu. " balas Qai masih tiada tanda-tanda nak keluar.

" Seriously?! Makanya, kau dengan Qiela pun sepupu lah ni? " soal Ashraf lagi.

" Tiri. Tapi tulah, pak lang dah bercerai dengan mak Qiela kan? " soal Qai lagi.

Ashraf terpaku. Malam ni sahaja sudah terlalu banyak informasi yang dia dapat.

" Okaylah, aku masuk kejap. "

" Nak aku teman ? " soal Ashraf.

" Takpe, kau tunggu sini jap. Kejap je " balas Qai sebelum keluar dari kereta menuju ke rumah pak lang nya.

Pintu diketuk perlahan. Seminit dua dia menunggu, langsung tiada yang membuka pintu.

Tergerak hatinya ingin cuba mmebuka pintu. Bila dah buka, baru dia tahu pintu tak berkunci rupanya.

" Pak lang? " panggilnya. Namun, tiada sahutan.

Kling Klang

Bunyi yang berpunca dari dapur menarik perhatiannya. Sling bag dibaling entah ke mana sebelum dia berlari ke dapur.

" PAK LANG ! "

Terus dia mendapatkan pak langnya yang sudah terbaring berlumuran darah.

Dua bilah pisau tertusuk di perut pak langnya. Darah berlumuran keluar dari mulutnya.

" Pak lang ! Apa jadi, bagitahu Qai ! " tangan pak langnya di genggam erat.

" Q-Qai, to-tolong bagi kotak ke-kecil atas m-meja tu ke-kepada bekas is-isteri pak lang. " ujarnya tersekat-sekat menahan sakit yang kian mencengkam.

" Pak lang! Bagitahu Qai siapa buat ni kat paklang ! Pak lang, pak lang jangan mati dulu. Pak lang kuat kan, jangan mati dulu ! " air mata mula mengalir laju pada pipi.

Walaupun dia tak rapat mana dengan pak langnya yang seorang ini, pak lang selalu menyokongnya kalau ayahnya sering mengusiknya.

Argh ! Memori jangan flashback dulu !

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now