°| LiMa |°

42 12 7
                                    

" QIELA ! "

Qiela yang sedang duduk menonton televisyen selepas balik sekolah tersedak bertih jagung disergah sebegitu rupa.

Rea, Qai dan Mell yang sedang melepak dalam bilik terus berlari keluar mendengar jeritan sebegitu rupa.

" APA NI ?! " soal Bat kasar sambil menunjukkan skrin telefonnya yang memaparkan gambar.

merlembu.official

merlembu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

merlembu.official Qiela 🧜 : Dinner with my Aaron


"

Apa ? Gambar akulah " ujar Qiela selepas meneguk air.

" Tak. Kenapa caption kau macam tu ?! " soal Bat sedikit lembut berbanding tadi.

" Apa ? Betullah aku dinner dengan Aaron. Apa masalah kau ? " soal Qiela mula naik menyampah.

" No ! I mean, look 'my Aaron' ? Apa maksud kau ? "

" Maksud aku itulah , itu Aaron aku. Kau dah kenapa ?! " soal Qiela kembali mula rimas dengan Bat yang seakan mendesaknya.

Lidah Bat terkelu. Apa dia tak salah dengar ? ' Itu Aaron aku ' dia kata ?

" Fine. Ambillah dia. Nak sangat kan ? AMBILLAH AKU TAK HAMAK LAH ! " bentak Bat mula melangkah ke pintu utama Coral Field.

Tangannya mula mencapai kasutnya dan disarungkan pada kaki.

Qiela melangkah mendekati Bat.

" Wey, kau dah kenapa ? " soal Qiela menarik lengan Bat sebelum ditepisnya.

" APA KAU NAK HAH ?! AMBILLAH DIA, AKU DAH BAGI KAN ?! " gertak Bat menyandang begnya.

" Apa ? Apa siapa ? Ambil siapa ni ? " soal Qiela keliru.

" STOP PLAYING VICTIM LAH QIELA. "

" What ? Apa ni, Bat. Cuba cakap betul-betul "

" FINE ! AKU SUKA AARON KAU ! DAH PUAS HATI ?! " ujar Bat sebelum melangkah keluar dari Coral Field kasar.

Pintu ditutup kuat menyentakkan mereka semua.

Rea, Mell dan Qai yang hanya memerhati dari tadi turut kelu. Qiela menoleh memandang mereka.

Masing-masing memberikan pandangan yang sukar ditafsirkan. Keliru, geram. Tidak tahu bagaimana mahu mendefinisikan perasaan mereka sekarang.

Bat melangkah pantas meninggalkan Coral Field ketika dia terserempak dengan Ann dan Zasha.

" Eyyy, Bat-- "

" Zasha, aku keluar dari Merlembu " ujar Bat sebelum mengeluarkan hoodie rasmi mereka dari dalam begnya.

Hoodie itu diletakkan di atas tangan Zasha yang masih terkejut.

Terus dia berlari pergi dari situ. Tak sanggup dia berlama-lama lagi di situ.

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now