°| LaPaN |°

38 9 24
                                    

Air kosong di dalam gelas diteguknya perlahan.

Hari-hari pun dia buat kerja sekolah, tapi hari ini punya lain macam penat dia.

TOK ! TOK !

" Weyy, Hann. Adli nak jumpa aku, kau dengan Qiela sekarang kat kafe Zasha. Cepatlah siap " ujar Rea sambil mencari baju di dalam almarinya.

Erggh, Adli. Memang taklah dia nak pergi. Sebab Adli, dia yang dapat malu.

" Tak apalah, tak nak pergi " ujar Hann kembali fokus pada bukunya.

" Eh, mana boleh. Kena pergi, dia nak siasat pasal kes dolphin terlepas tu " ujar Rea memandang Hann.

" Dia yang nak siasat, kenapa kita yabg kena pergi ? " soal Hann memandang Rea.

" Dia nak panggil Merlembu semua, tapi kita je yang free sekarang jadi dia minta tolong kita " ujar Rea.

Hann mengeluh berat. Eeee kalau ikutkan memang taknak pergi.

Tapi akhirnya, di sinilah dia. Di kafe Zasha duduk berhadapan dengan orang pertama yang dia benci sejak rejoin Merlembu.

Tak benci, menyampah.

" Okay, korang pernah nampak atau masuk cage dia ni sebelum ni ? " soal Adli menunjuk skrin komputer ribanya.

Hann mengerutkan dahinya sementara Rea dan Qiela menggeleng. Asal macam pernah nampak eh dia ni ?

" Kau pernah nampak dia ke ? " soal Adli perasan perubahan reaksi wajah Hann.

" Kalau ada pun kenapa ? " soal Hann.

Serentak Qiela dan Rea memandang Hann.

" Kau jangan cakap yang kau.... " kata-kata Rea tergantung.

Hann membuntangkan matanya.

" Hey ! Memang taklah aku yang lepaskan dia. Aku baru first time datang Deep Ocean masa kau-- " kata-kata Hann tergantung sambil memandang Adli.

Haih, mengingatkan kembali kejadian tu, makin dia menyampah dengan Adli.

David Adli. Memang wajahnya sahaja yang nampak tegang. Mungkin disebabkan dia memegang jawatan sebagai ketua disiplin di situ.

Tapi kalau nak tengok perangai dia, tak ada langsung ciri-ciri orang yang berdisiplin. Nak dibandingkan dengan semua Seahorse, dialah yang paling rebel selepas Naufal.

" Apa, aku apa ? " soal Adli polos.

Wajah Hann memerah menahan marah. Aish, dia ini memang mencari pasal.

" Tak ada apa-apa lah " balas Hann tak jadi nak sambung ayat.

" Ha'ah lah. Hann first time datang Deep Ocean. Tak akan dia yang lepaskan ? " soal Qiela.

Adli mendiamkan diri. Jadi siapa yang lepaskan ?

" Yow, dah habis fikir ? " soal Zasha. Dia baru sahaja habis shift nya.

" Belum dho, tak tahu nak syak siapa " balas Adli memicit dahinya.

" Dahlah tu, jom pergi Deep Ocean. Aaron mesej aku minta kumpul sana. Yang lain semua dah ada " ujar Zasha.

" Eh, jap " Rea menarik lengan baju Zasha.

" Kitorang datang sini tadi naik teksi. Takkan nak naik teksi pergi Deep Ocean. Kantoilah nanti "

Zasha terdiam. Ada betulnya kata Rea. Lokasi Deep Ocean tak boleh dibocorkan.

" Kalau kita balik pun, mesti van dah tak ada Ann bawa " sambung Qiela.

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now