SPECIAL 2 <3

44 9 25
                                    

Mengandungi spoiler untuk projek akan datang :>

Bunyi loceng apabila pintu dibuka mengetuk gegendang telinga empat gadis yang sedang menunggu kehadiran si hero.

" Hakim ! " panggil Zasha apabila melihat kewujudan Hakim di depan pintu.

Pantas Hakim melangkah ke arah Zasha yang setia menunggu di meja bersama tiga rakannya.

" Apa cerita? " soal Rea sebaik sahaja Hakim tiba di meja mereka.

" Aku dah contact Seahorse yang lain, kejap lagi Aaron datang dengan Bat " ujar Hakim.

" Qai? " soal Qiela.

" Dia datang dengan Naufal " balas Hakim menarik kerusi lalu duduk di sebelah tunangnya.

" Kenapa dengan Naufal pula? " soal Rea.

" Oh tak tahu eh? Naufal dah jadi trainer pasukan bola sepak Universiti Malaya. Qai assistant dia. " ujar Hakim

" Bapak dia ! Aku tak tahu pula yang Qai dengan Naufal minat bola " luah Hann sambil menghirup kopi.

" Itulah, aku pun terkejut bila Naufal bagitahu " balas Hakim sambil menongkat dagu di atas meja.

Bunyi loceng apabila pintu dibuka menarik perhatian mereka berlima. Terus mereka menoleh serentak.

Kehadiran Aaron disambut mereka dengan senyuman. Sudah makin tinggi dah ketua seorang ini.

" Bro ! " tegur Hakim lalu bersalaman dengan Aaron.

" Yo ! Cantik kafe baru, Zasha " balas Aaron sambil memandang Zasha yang masih duduk di meja.

Zasha membalas dengan senyuman mesra. " Seorang je ke? Cik isteri tak ada ? " soal Hakim.

" ISTERI ?! BAPAK DIA KAHWIN TAK JEMPUT AKU ! " jerkah Qiela tiba-tiba.

" Dah tu kau ghaib entah ke mana. Nombor pun kau tukar kan? " soal Aaron memprovok.

" Kuajo, aku family kau kut. Kahwin tak bagitahu. Tak bagitahu tak ajak pula tu. " Qiela mula mencebik.

" Maaflah kakakku sayang, janji tak buat lagi " ujar Aaron mengangkat tangan kanannya seakan-akan nak berikrar.

" Janji tak buat lagi tu simpan cita-cita nak kahwin lagi ke apa? " soal Rea memerli.

Aaron tersengih kecil. Tiba-tiba tubuhnya seakan-akan ditolak perlahan dari belakang.

Mata Zasha menangkap susuk tubuh kecil tersembunyi di belakang tubuh Aaron yang sudah kekar itu.

" Eh, cik bini ke kat belakang tu? " soal Zasha menegur.

" Iya, cik bini ni malu nak tunjuk muka " ujar Aaron.

" Kau kahwin dengan siapa? Mana Bat ? " soal Hann.

" Lah, dengan siapa lagi? Dengan harimau betina ni lah " balas Aaron.

Tak pasal-pasal telinganya dipulas oleh Bat yang bersembunyi di belakang Aaron sedari tadi.

" Oh, sedap eh mengata saya. Ingat saya tak dengar? Saya duduk belakang awak je tau ni " bebel Bat sambil menarik telinga Aaron.

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now