°| TuJuHBeLaS |°

27 8 28
                                    

Rea masuk ke dalam perut kereta. Jarum jam di pergelangan tangan sudah menginjak ke pukul 10:50 malam.

Sedaya upaya Rea menahan kantuk. Dia kena pergi ke lokasi yang Ashraf beri tu lagi nanti.

" Rea, okay tak ni? Kalau kau dah penat takpe kita pergi esok je " ujar Phil menyedari keadaan Rea.

" Takpe, aku okay. Esok kan aku kerja pagi mana sempat nak pergi. Jom gerak sekarang " balas Rea lalu membuka lokasi yang dihantar Ashraf pada telefon pintarnya.

" Okay " terus enjin kereta dihidupkan lalu meluncur laju membelah jalan.

Akhirnya, mereka tiba di hadapan sebuah kelab malam. Inilah kelab malam tempat mereka jumpa telefon pakai buang euw tu.

" Eh, patutlah macam familiar je tempat ni. Pernah datang rupanya " ujar Rea.

" Kau pernah datang? " soal Phil terkejut.

" Eh, takdelah masuk dalam. Kitorang korek tong sampah luar dia je haaa " balas Rea mengelakkan Phil salah faham dengan mereka.

" Oohh, okay jom " Phil melangkah keluar dari kereta.

Ketika pintu kereta dibuka, kepala Rea terasa berat tiba-tiba. Haih, ni mesti kesan tak cukup tidur ataupun overworked.

" Eh jap Phil, aku pening " ujar Rea memegang bahu Phil, menahan badannya dari tumbang.

" Eh, kau asal ni? Jangan mati dulu ! " ujar Phil panik.

" Hottuck kau, aku pening jelah ! "

" Nah pegang tangan aku " ujar Phil menawarkan tangannya jadi penahan.

Baru sahaja tangan Phil mahu dicapainya, kepalanya seakan dihempap sesuatu yang berat. Berat sangat.

( Okey, bukan ada benda pun. Kepala Rea rasa berat je. Aku nak gak buat ayat berkias huehuehue )

" Eh, Rea ! "

Pandangan Rea kabur sebelum dia tidak sedarkan diri. Dahlah, rehatlah Rea. Author yang menulis pun penat buat ayat kau penat.

Tubuh Rea dicempung Phil sebelum dimasukkan ke dalam kereta.

" Rea, Rea. Aku dah kata kalau penat tak payah pergi, kau nak jugak pergi " ujar Phil sebelum menutup pintu kereta.

Pantas dia ke tempat pemandu sebelum keretanya memandu laju menuju ke Coral Field.

Nasib malang betul bila tiada sesiapa kat Coral Field masa-masa macam ni. Hann yang sepatutnya duduk kat Coral Field bermalam di rumah Ann pula.

Dahlah rumah Rea yang sebenarnya pun dia tak tahu. Zasha pulak shift sampai malam hari ni.

Nasib baik Phil bijak untuk cari kunci rumah bawah pasu. Bolehlah dia bawa Rea masuk berehat di atas katil.

Takkan nak tinggal je Rea kat sini seorang diri?

Akhirnya, Phil mengambil keputusan untuk tunggu teman Rea sampai Zasha balik.

-----

" MAKCIK! CEPATLAH! "

Qiela melangkah keluar dari rumahnya dengan tergesa-gesa.

" Ibu, Qiela pergi dulu! " jeritnya sebelum menutup pintu rumah.

Wajah Ashraf yang sedang menunggunya di samping kereta dijelingnya geram. Tak perlu kot jerit sampai macam tu sekali.

" Tak payahlah jerit adumak " ujarnya apabila dia tiba di hadapan Ashraf.

" Siapa suruh lambat " balas Ashraf terus masuk ke tempat pemandu.

[ C ] MERLEMBU : Begins ✓Where stories live. Discover now