tertangkap

325 25 2
                                    

"hyung!" Panggil Taehyung, Seokjin yg baru keluar dari bilik air melihat Taehyung yg berada didepan pintu yg menatapnya dengan penuh kerinduan.

"Uh, Taehyung kamu dah balik. Saya baru lepas mandi, dah nak keluar ke? Baru pukul 10. Kamu nak mandi du-"

Seokjin dipeluk erat oleh Taehyung. Seokjin terasa detak jantungnya tidak duduk diam. Seokjin membalas pelukan lelaki didepannya. Dia juga seolah melepaskan rindu yg dipendam dengan lelaki ini.

"Saya rindukan kamu hyung.." ucap Taehyung tak melepaskan pelukannya. Seokjin mendengar itu tersenyum kecil, dia mengusap belakang Taehyung.

"Mee too," mereka berpelukan sehingga telefon Seokjin berbunyi dari arah katil. Mereka melepaskan pelukan itu.

"Emm, Taehyung kamu kenapa? Perlu ke kita check ke doktor?" Tanya Seokjin. Dia mengambil telefonnya dan melihat panggilan yg terlepas tadi.

' adik Jisoo ' yg tertera di sana. Taehyung yg mendengar Seokjin berkata doktor terus menggelengkan laju.

Dia mendekati Seokjin. Ditarik pinggang Seokjin supaya mendekat. Seokjin tidak lagi berasa asing terhadap lelaki yg berada didepan mata itu. Dia berasa selesa dengan keberadaan lelaki kacak itu.

"Sejak bila kamu tukar rambut lagi huh? Tadi pagi kuning putih sekarang hitam? Sampai tutup mata pulak,"

"Sejak bila kamu tukar rambut lagi huh? Tadi pagi kuning putih sekarang hitam? Sampai tutup mata pulak,"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Taehyung hanya diam membiarkan lelaki lebih pendek dari nya bercakap lagi.

"Takkan setengah jam je dah panjang huh? Hehehe.." Seokjin ketawa kecil dan membingungkan Taehyung yg didepan.

"Wae?"

"Kamu mcm ni buat hyung saspens je..atau, kamu ni ada kembar?" Seokjin berkata setengah bergurau manakala Taehyung mengambil gurauan itu serius.

"Betul," Taehyung menjawab dan menunjukkan senyum kotaknya. Jawapan Taehyung tadi Seokjin tidak mendengar kerana jantungnya yg berdegup kencang.

"Hyung..saya berjaya dapatkan 55% dari syarikat itu, sekarang setiap bulan saya akan ambil perlahan-lahan syarikat itu. Dan itu syarikat fesyen, nama syarikat itu atas nama..hyung."
Seokjin terkejut mendengar penyataan Taehyung.

"Apa? Mana boleh! Hyung taknak pun syarikat itu," jawab Seokjin menolak pemberian Taehyung. Taehyung meletakkan jari telunjuknya didepan bibir merah Seokjin. Seokjin diam dengan perbuatan itu.

"Ini adalah kejutan yg saya cakap kan..ini ikhlas dari kami berdua. Hyung..terima kasih sayang dalam hidup saya," ucap Taehyung dan mencium tangan Seokjin.

Muka Seokjin dibiar merah kerana malu. "cukup kamu ada disisi hyung..itu adalah paling cukup Kim Taehyung.." gumam Seokjin tapi didengar oleh Taehyung.

Jari telunjuk dibibir Seokjin tadi berganti dengan ibu jari Taehyung. Diusap bibir itu dan menatap Seokjin.

"Saya rindu bibir strawberi ini hyung.." Seokjin tersenyum dengan kata Taehyung.

"Rasa lah, hyung dah banyak makan strawberi.." dengan kebenaran Seokjin, Taehyung menunduk sedikit dan merasai bibir kissable strawberi Seokjin.

Seokjin melilitkan tangannya di leher Taehyung. Taehyung pula menarik Seokjin supaya lebih dekat, mereka berkongsi ciuman antara coklat dan strawberi yg sesuai apabila disatukan.

🍫
🍓

"Aduh penatnya.." ucap Luhan mengurut lehernya. Baru seminit dia mengelap tingkap dah mengeluh penat. V yg duduk di sofa hanya memerhati.

"Lap sampai bersih Luhan tanpa seketul habuk pun," ucap V dingin.
V telah menerima aduan dari adiknya, yg Luhan mengerjakan Taehyung walaupun dia tidak tahu bahawa sebenarnya dirinya di England.

"Tapi..biarlah bibik tu tolong..tak kesian ke dengan I?" Kata Luhan meminta kasihan.

V membalas dengan tatapan sangat tajam lebih tajam dari Taehyung. Langsung Luhan menggigil ketakutan dan sambung mengelap tingkap. V senyap-senyap ketawa jahat dengan kelakuan Luhan itu.

"Lepas ni, ambil baju kotor dalam bilik, basuh semuanya dan pastikan kering petang ni," Luhan hanya mengangguk faham dengan arahan V.

V naik ke tingkat atas tanpa rasa bersalah. Luhan hanya melihat pemergian V. Bibik di dalam dapur semua ketawa kecil tapi boleh didengari oleh Luhan. Luhan dengan marah mengelap tingkap itu sehingga berkilat cantik.

"Ishh! Siap korang," Luhan berkata dan bangun dari tempat itu. Dia mengambil baldi yg ada disebelah nya itu dan menyeret ke bilik air berdekatan dengan dapur.

Kelima-lima bibik yg melihat hanya senyum ramah apabila Luhan melintasi mereka. Luhan hanya menjeling malas pada mereka.

Dibilik air, dia membuang air kotor yg ada didalam baldi itu. Dia menyumpah seranah pasal bibik yg ada didapur.

"Shit! Aku yg boss ke dorang?! Aku yg patut pagi arahan pada dia, aishh! Pabo! Huh, penatnya, apa lah salah aku? Semalam V yg nak tolong aku lap tingkap sekarang aku pulak? Geramnya!!" Marah Luhan pada baldi yg dipengangnya.

"Tuan, tuan V suruh tuan naik ke tingkat atas ambil baju kotor," ucap salah satu bibik. Luhan hanya menatap tajam pada pembantu perempuan itu dan membuatnya tunduk.

Luhan berjalan melepasi bibi itu dan naik tangga dengan berhati-hati. Dia membuka pintu bilik coklat milik V.

"Ni, baju kotor. I nak keluar, client I ada tawaran. I balik dalam pukul 7," ucapannya dan mengambil kunci kereta. Luhan hanya mengangguk perlahan dan membiarkan V melepasi dirinya.

"Siap kau Taehyung," gumam Luhan.

Hai😊 sorry kalau pendek, tapi ini yg saya boleh buat. Lagi pun cerita ni dah nak tamat. Tapi tulah masa pulak tak ada sbb dah mula belajar dekat rumah😥 byk keje..

Apa-apapun thanks ya😚💞

-yana-

coklat strawberi (malay) Taejin .End.Where stories live. Discover now