Seokjin POV
Hari ni aku bangun sedikit awal dari biasanya. Cahaya matahari dah terangkan bilik aku dari celah langsir.
Benda pertama aku lihat waktu bangun adalah Kim Taehyung. Lelaki yg selama ini aku anggap kejam telah berubah menjadi lembut dan melayani aku seperti tuan puteri.
Dia tertidur nyenyak dengan tangannya masih memeluk pinggang aku. Perlahan-lahan aku capai tangan aku dan sentuh hidung mancung dan matanya yg tertutup rapat.
"Handsome~" aku berkata perlahan. Dia memegang handsome cuma aku lebih sikit darinya. Biasa lah mr. World wide handsome kan..
Tengah asyik sgt melamun sepasang mata terbuka. "selamat pagi manis," Taehyung berkata dan mengusap pipi aku.
Aku jamin pipi aku dah merah. Aku mengangguk perlahan dan mahu bangun.
Dia menarik aku, dan memeluk aku lebih erat.
"Jgn ke mana-mana.." suara dia masih mengantuk. "masak.." hanya itu yg aku kata, dan dia masih diam, dia taknak sarapan ke? Aku nak kedapur sekarang ni.
"Nak makan apa? Nanti saya boleh suruh eomma buatkan," aku bertanya dan tangan aku bermain jarinya yg besar. Kenapa aku rasa aku ni yg kecil? Atau dia yg besar?
Dia merapatkan mukanya ke leher aku dan menghembuskan nafasnya.
"Saya mahu kamu,hyung," dia kata. Eh kejap! Aku?! Apa maksud dia?
Tengah aku bercakap dalam hati dia sempat ketawa, kami terdiam. Dia makin mendekatkan wajahnya di leher aku dan sehinggakan aku merasakan belahan bibirnya mencium leher aku.
Aku membiarkan apa yg dia buat. Lagipun dia bayarkan? Yes, itu tugas aku kat sini. Buat apa yg dia nak dan bayar aku.
Perkara tu buat aku ragu, dia buat benda yg boleh buat aku berdebar tapi dia bayar. Itu menyakitkan hati aku sbb aku rasa macam terjual dekat dia. Walaupun dia tak paksa.
"Ahh~" sebaik saja suara aneh itu keluar aku menggigit bibir bawah aku menahan kerana perbuatan Taehyung.
Dia buat sesuatu kat leher aku, dia macam menghisap. Aku pun pukul bahu dia dan dia terus berhenti.
"Kenapa?" Dia bertanya sedikit tak suka.
Aku ketawa kecil dan menjawab "ada nyamuk gigit" dia juga ketawa.
Dia cubit hidung aku, aku gelak dan tentunya dia juga gelakkan aku. Aku rasa inilah Moment terindah aku, dia disisi aku, dan buat aku ketawa pagi-pagi.
Sejak bila dia ada atas aku? Dia menindih aku dengan tangannya memegang kedua tangan aku dan meletakkan di atas kepala aku. Aku terkunci!!
Apa dia nak buat? Alamak tolong! Takkan punya, masih pagi ni lagipun aku belum mandi, please bagilah aku bersedia dulu,
Chup~
Ciuman singkat melekat di bibir aku. Dengan smirk nya seolah mengejek aku. Dia melepaskan aku dan aku terus bangun dari katil dan keluar dari bilik tu.
Apa yg berlaku?
End of Seokjin POV
Seokjin dengan keadaan malu bergerak ke dapur dan menyapa eomma.
"Ada sesuatu yg terjadi ke? Malam tadi takde pulak dengar bising-bising kat atas, nak kata pgi ni takkan lah selalunya sampai tengahari atau petang," kata si eomma memandang Seokjin dgn penuh tanda tanya, Seokjin menoleh pada eomma.
"Apa eomma cakap ni?" Seokjin bertanya senyumannya melekat di wajahnya. Sang eomma tersenyum nakal dan mencuit leher Seokjin.
"Ni apa ni? Takkan kene gigit nyamuk?" Eomma berkata dengan suara nakalnya. Seokjin membulatkan matanya.
Dia berlari ke bilik air terdekat melihat lehernya di pantulan cermin.
"What the hell?!" Seokjin mencarut.Dia kembali kepada eommanya dan tersenyum kekok.
"Ada nyamuk gigit tadi, nyamuk besar!" Ucap Seokjin memegang chopstick dengan erat.
Hari ini menu sarapan ialah pancake dengan madu semestinya. Berserta strawberi segar dan siap dicelup dengan coklat. Itu merupakan kegemaran Seokjin yg baru, coklat dan strawberi semenjak dia memijak rumah ini.
"Eomma! Seokjin!" Panggil Taehyung dari tingkat atas, lantas berlari turun dari tangga dan memeluk eomma dan Seokjin eratnya.
"Saya dapat berkolaborasi dengan syarikat terkenal di England eomma!" Taehyung berkata dengan gembira.
Eomma mengusap pipi mulus Taehyung dan tersenyum. "itu sudah tentu, siapa yg taknak berkerjasama dengan syarikat terbesar di Korea huh?" Eomma mencuit bahu Taehyung.
Taehyung menatap wajah Seokjin. Wajah Taehyung kembali sedih.
"Tapi..saya perlu meninggalkan Korea dlm beberapa hari, saya taknak tinggalkan eomma dan Seokjin hyung..macam mana ni?"Taehyung memeluk Seokjin lembut dan Seokjin membalas pelukannya.
"Alaahh, bawak saja Seokjin kesana, apa susah bro? Lagipun Seokjin mesti tak pernah tengok dunia luar kan?" Eomma menayangkan senyum yg bermaksud.
"Hyung boleh tak ikut? Saya tak sanggup tinggalkan hyung kat sini," Taehyung memujuk dan menunjukkan pupy eyes nya.
"Emm, b-boleh ke? Nnti kalau dia rasa kita ni orang luar macam mana? Kalau dia batalkan macam mana?" Ucap Seokjin memegang chopstick di tangannya.
Taehyung ketawa dan mencium dahi Seokjin. "ikut saja baby," Taehyung berkata seksi di telinga merah Seokjin.
Seokjin mencubit pinggang Taehyung dan eomma melihat mereka dengan tatapan malas ,"dah mula lah drama diorang," eomma dan mula mengadun tepung pancake membiarkan dua org tu berdrama komedi cinta itu.
Jumpa malam nnti,
Love you 💖
-yana-
YOU ARE READING
coklat strawberi (malay) Taejin .End.
FanficKim Seokjin anak dari keluarga sederhana yg bercita-cita ingin menjadi chef. dia tinggal dgn 2 org adik perempuannya dan ayahnya yg suka berjudi dan minum arak. ayahnya diminta duit hutang itu tapi ayahnya ingin menggantikan dgn anak bongsunya iaitu...