Sebuah keluarga yg tinggal di Daegu, Korea Selatan. Si suami bernama Kim Saewon yg berumur 30 tahun dan si isteri bernama Shin / Kim Hye Ra yg berumur 32 tahun.
Mereka dikurniakan sepasang bayi kembar lelaki yg comel. Mereka membesar dengan kasih sayang yg tak pernah kurang. Si ayah membuka syarikat kecil iaitu syarikat pembekalan elektrik berdekatan Daegu.
Si ibu tukang jahit handalan. Sifat ibunya yg lemah lembut dan sifat ayah yg adil dan penyayang terhadap kedua anaknya.
Si abang bernama Kim Taehyun dan si adik bernama Kim Taehyung. Beza mereka hanyalah 3 minit, mereka saling menyayangi antara satu sama lain. Bermain bersama dan saling mengalah.
Membiasakan panggil si abang dengan panggilan singkat iaitu V.
Si abang bersifat dingin dan kasar namun apabila bersama adiknya dia berubah lembut kerana si abang berfikir matang dan mahu adiknya dibesarkan dengan kasih sayang.
Sifat mereka berbeza. Kim Taehyung adiknya, bersifat periang dan gembira. Sentiasa senyum dengan senyuman box yg dibanggakan oleh keluarganya. Dia bersifat manja dan disiplin. Dia tidak mahu berpisah dengan abangnya tapi situasi membuatkannya terpaksa.
Ketika mereka berumur 8 tahun mereka menerima kedatangan jiran baru diwaktu malam, mereka tidak menyangka mereka didatangi jiran di sebelah rumahnya.
Paginya rumah mereka didatangi sepasang suami isteri yg merupakan jiran mereka yg baru datang. Tentu saja mereka ada anak, budak lelaki yg beza 1 tahun dengan mereka. Budak lelaki itu comel dan cantik seperti perempuan.
Mereka meluangkan masa bersama sehingga menjadi sahabat dan pergi ke sekolah bersama-sama. V dan Taehyung menjaga budak itu sehingga mereka membesar.
Apabila V dan Taehyung berumur 13 tahun, mereka berpindah sekolah menengah dan terpaksa meninggalkan sahabat kesayangannya seorang di sekolah rendah.
V dan Taehyung kembar yg sentiasa bersama. Kepandaian mereka hampir sama. Kedudukan mereka dalam kelas sentiasa teratas, mereka berdua pandai bersukan, dalam jurus pertahan diri, taekwando, dan macam-macam lagi dan pandai dalam bab menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi impian ramai remaja.
Sahabat mereka akhirnya naik sekolah menengah walaupun kelas berlainan tak bermaksud mereka jarang bersama. Dan tahu kah mereka bahawa sahabatnya itu menyukai mereka berdua sekali gus.
Taehyung telah tidur waktu malam, V pula masih terbangun dan kehausan. Dia berjalan ke dapur tapi berhenti saat mendengar perbualan ibu bapanya.
"macam mana ni yang? Patutkah kita setuju dengan permintaan mereka?" Ibunya yg cantik mengurut dahinya. Si ayah pula mengusap bahu si isteri.
"Abang pun tak tahu sayang..tapi, kalau kita tunangkan antara salah satu dari mereka..mereka akan hidup senang sayang." V terkejut mendengar penyataan ayahnya.
V naik ke tingkat atas menemui adiknya yg masih tidur nyenyak tanpa diganggu. Dia sedar yg sahabatnya orang senang dan kaya, kalau ibunya mahu tunangkan antara mereka dengan sahabatnya kecilnya itu,
V akan menyuruh ibu dan ayahnya tunangkan Taehyung dengan sahabatnya itu. Bukan kerana dia pentingkan diri sendiri, tapi kerana dia menyayangi adiknya itu. Adiknya akan hidup senang tanpa harus bekerja menolong ayahnya.
V kembali kedapur untuk mendapatkan maklumat lagi.
"Tapi sayang..dia mahu bersama V..macam mana ni?" Kata ibunya. V yang mendengar tidak terkejut kerana memang sahabatnya itu lebih dekat dengan V berbanding Taehyung.
V dengan berani menunjukkan dirinya pada ibu bapanya. Ibu bapanya bangun dari kerusi, si ibu memandang ayahnya.
"V..kami ada-"
"Hantar adik, bukan abang. " V memandang tajam kearah ibunya supaya ibunya menyetujui permintaan V.
"Tapi sayang, dia nak bersama kamu," si ayah cuba menenangkan ibunya yg diselami rasa bersalah.
"Ayah, kami kembar seiras. Dan ayah boleh tunangkan adik, sebab adik lebih memerlukan hidup lebih baik," V berkata menundukkan mukanya. Si ibu melihatnya, langsung lari kearah anaknya.
"Kalau kamu nak kita boleh tolak pinangan mereka sayang, jangan paksa diri..ibu tahu kamu taknak lepaskan adik.." si ibu mengelus rambut putih anaknya. Bukan diwarnakan tapi memang dari lahir berwarna putih berlainan dengan Taehyung rambut kuning bercampur putih.
"Jangan tolak. Adik boleh besarkan syarikat ayah..Adik akan hidup senang tanpa dia harus tolong ibu menjahit lagi..abang kesian dengan adik," V disekolah dikenali sebagai putera sekolah yg bersifat dingin dan kasar tetapi apabila sesuatu melibatkan adiknya dia sanggup melakukan apa saja.
Kerana mereka adalah kembar. Merasakan apa yg mereka rasakan.
"Jangan risau ibu, Taehyung takkan tahu pasal ni. V akan ajar dia macam mana nak jadi V kerana dia bukan lagi Taehyung.." si anak yg matang itu memeluk ibunya. Si ayah juga memeluk isteri dan anaknya itu.Taehyung berubah seratus peratus kepada sifat menyerupai V. Walaupun selalu memasang wajah tak peduli namun hatinya lembut. Sahabatnya hampir keliru dengan mereka hampir bersikap sama.
Sebelum mereka genap berumur 15 tahun, ibu bapanya meninggal kerana kemalangan jalan raya. Taehyung menangis keras apabila peninggalan ibu bapa mereka yg menjaga mereka 15 tahun tanpa bosan. Menghidupkan mereka berdua cukup kasih sayang.
Untuk pertama kalinya mereka menyambut hari lahirnya tanpa kedua insan yg tersayang. Mereka tetap harus hidup menjalankan kehidupan bukan? Seperti perjanjian yg dibuat oleh ibubapanya pada V, iaitu V akan memberi tahu tentang pertunangan itu.
Taehyung tidak mahu bertunang dengan sahabatnya sendiri. Tapi apakan daya? Tidak mahu sia-siakan usaha arwah ibu bapa tercinta dan abangnya. Dia terima, abangnya tahu perasaan aik nya kerana mereka kembar sama-sama merasakan perasaan masing-masing.
V menyambung usaha berkerja di syarikat ayahnya, manakala adiknya berehat di rumah bersama dia jujur Taehyung tak suka dengan sahabatnya itu.
Syarikat itu berkembang atas kepintaran V akhirnya syarikat itu dibesarkan dan terkenal di Daegu, Busan dan Gwangju. Sehinggalah syarikat di Seoul ingin berkerjasama dengan syarikat milik syarikat. Atas nama sayang, kesemua syarikat yg V bina adalah atas nama Taehyung.
Dan 16 tahun, di mana V sepatutnya tinggal di Seoul berkerjasama disana tapi, dia menghantar adiknya kesana untuk meneruskan usahanya, kerana dia tahu perasaan adiknya yg tak menyukai sahabatnya itu. V bertunang dengan dia.
Disana lah, Taehyung menjadi pusat peminjam duit. Sehingga bertemu dengan ayah Seokjin sehingga dia berjumpa Seokjin.
Mereka berdua sepatutnya bertukar tempat, berganti-ganti. Separuh sebab mengapa V bertukar tempat dengan Taehyung semasa di England. Kerana sahabatnya yg menjadi tunangnya menggila. Kerana apa? Kerana V tangguhkan perkahwinan mereka.
Sementara di England Taehyung bersikap dingin, dan balik ke Daegu berjumpa dengan dia. Dan membantu menyelesaikan masalahnya.
Taehyung dan V adik beradik kembar seiras dan sedarah. Jika salah satu dari mereka mati, maka yg lagi satu akan menyusul.
So, hi? Sorry kalau masih tak faham😔😞ini pun dah pendekkan..sorry😥😫
-yana-
YOU ARE READING
coklat strawberi (malay) Taejin .End.
FanficKim Seokjin anak dari keluarga sederhana yg bercita-cita ingin menjadi chef. dia tinggal dgn 2 org adik perempuannya dan ayahnya yg suka berjudi dan minum arak. ayahnya diminta duit hutang itu tapi ayahnya ingin menggantikan dgn anak bongsunya iaitu...