mimpi

314 25 3
                                    

"pn. Maria, ini maklumat mereka. Dan juga, semalam adalah ulangtahun kelahiran dia. " Kata lelaki menunduk kepada wanita tua yg berumur antara 49 tahun.

"Hum, kau boleh pergi." Ucapnya. Lelaki tadi langsung keluar dari tempat itu. Sinaran matahari dihalang oleh langsir besar dan hanya tinggal wanita bernama Maria sahaja.

Maria membuka fail yg diberi oleh lelaki yg baru saja pergi tadi.

"Kim Seokjin..anak Kim Minhoo dan Lee Seokmin..tak sangka anak kau dah besar Minhoo, 3 orang anak. Tertanya-tanya kau masih ingat aku tak? Pengkhianat!!" Habis semua barang diatas meja berselerak kerana perbuatan Maria.

🍫
🍓

Seokjin terbangun dari tidurnya apabila seseorang menyelak langsir dari tingkap yg besar. Seokjin hanya tersenyum dan masih menutup matanya kerana dia tahu siapa orang itu.

"Bangun tuan puteri," katanya. Seokjin menarik selimut menutupi mukanya. "bangun kalau tak, saya simbah air, nak?" Katanya lagi.

Seokjin membuka selimut itu dan memuncungkan bibirnya comel. "dah pukul berapa, Taehyung?" Tanya Seokjin masih baring di atas katilnya.

Taehyung ketawa kecil melihat kelakuan lelaki yg lebih tua darinya. "9 sayang, jom lah bangun. Eomma dah masak sedap tu," ucap Taehyung membelai rambut serabai Seokjin. Seokjin mengangguk.

Dia hendak bangun tetapi lengannya di tarik oleh Taehyung. "morning kiss?" Tanya Taehyung. Seokjin mendekat diwajahnya dan memberi kuncupan laju dibibir Taehyung.

Seokjin dengan wajahnyaa yg merah bangun dan  meninggalkan Taehyung yg masih berada di tepi katil.

Seokjin turun dari tangga dan melihat wanita yg digelar eomma sedang menyiapkan sarapan. Seokjin memeluk eomma dari belakang.

"Uh, dah bangun? Pergilah kejut adik-adik kamu sana, mereka mesti dah lapar. " Seokjin menangguk dan melepaskan pelukannya dan beredar dari dapur. Dia menaiki tangga sekali lagi dan pergi ke bilik sebelah biliknya.

Seokjin membuka pintu dan masih terlihat Jisoo dan Jirin tertidur nyenyak. Seokjin duduk dihujung katil dan membelai rambut Jirin.

"Dah besar korang berdua..maafkan oppa, oppa tak boleh bagi kehidupan senang pada kamu, mianhe," Seokjin berkata. Seokjin yang leka membelai rambut adiknya terkejut saat tangan besar di atas kepalanya.

Seokjin menoleh pada orang itu. Taehyung. Seokjin bangun dari katil itu dan memeluknya. Terasa selesa apabila berpelukan dengan Taehyung. Taehyung membalas pelukan itu dan cium puncak kepala Seokjin.

"Huahh, eh. Oppa?" Jisoo menguap dan menunjuk pada oppanya didalam pelukan lelaki yg handsome.

"Ekhem," Jisoo berdehem dan Seokjin yg mendengar segera melepaskan pelukannya. Seokjin menggosok lehernya, malu.

"Emm, sarapan. Kamu kejutkan ayah sekali ya, oppa turun dulu," Seokjin berkata dan keluar dari bilik itu. Pandangan Jisoo beralih tajam pada Taehyung pula.

"Err, aku pun ada kerja nak buat..tataa titi tutu, pergi dulu,"

Zroumm

Taehyung pula menghilang.

Jisoo hanya menggelengkan kepalanya dan mengejut kakaknya yang masih dibuai mimpi. "kakak, bangun. Sarapan. Kakak?" Jisoo menggoncang badan Jirin.

"Jangan..jangan..ibu..ayah..makcik!" Jirin terbangun dari tidurnya. Jirin menangis. Jisoo masih terkejut dengan Jirin. Sudah banyak kali kakaknya bermimpi buruk semenjak Seokjin pergi dari rumah mengikut lelaki handsome itu.

Jisoo memeluk kakaknya untuk menenangkan si cantik itu.

"Shh, jangan risau kak..oppa selamat..kita selamat, jangan takut. Okay?" Jisoo memegang kedua tangan kakaknya dan mengusap air mata yg keluar dari kelopak mata.

"Dia..dia yang bunuh ibu..dia nak bunuh oppa..dia,..dia jahat.." Jirin berkata dan memeluk Jisoo ketakutan. Mimpi Jirin sangat menyeramkan dimana melihat wanita membunuh ibunya tanpa belas kasihan dan ayahnya pula melihat itu dan ketawa kejam. Dan..

Oppa yg disayangi melihat kejadian itu tetapi lama kelamaan penglihatan Jirin mulai kabur dan terbangun Jisoo mengejutkannya.

"Adik..sakit kepala.." Jirin memegang kepalanya. Jisoo panik, Jisoo melepaskan pelukannya dan langsung keluar dari bilik itu.

"Oppa! Kakak sakit kepala!" Jerit Jisoo dari atas. Seokjin yg mendengar lari semula ke tangga dan diikuti Taehyung dan eomma di belakang. Seokjin masuk ke bilik itu semula dan melihat Jirin memegang kepalanya.

"Jirin..kenapa sayang? Cakap dengan oppa.." Seokjin memujuk dan memeluk Jirin. Jirin hanya menggeleng dan tidak membalas pelukan itu.

"Dia..kacau ibu, dia bunuh ibu..hiks, oppa..Jirin takut..Hiks," Jirin mulai menangis. Eomma didepan ikut menangis. Mengingati kejadian anaknya yg pernah meninggal kerana penyakit mental seperti Jirin.

"Siapa sayang?..tak apa, oppa ada kat sini. Adik pun ada..shhh, jgn menangis.." Seokjin membelai rambut Jirin. Jirin menutup matanya. Terasa lega diperbuat bergitu.

"Apa dah jadi?" Sebaik saja mendengar suara itu, Jirin kembali menangis dan menyorokkan wajahnya di dada Seokjin.

"Dia..dia bunuh ibu..oppa, dia dan makcik jahat.." Jirin menunjukkan jarinya pada si ayah yg baru sampai. Si ayah terkejut besar.

"K-kenapa Jirin? Siapa yg bunuh ibu? Bagi tahu ayah,sayang.." si ayah mendekat pada Jirin dan Seokjin.

Seokjin menjauhkan Jirin dari si ayah yg mendekat. Jirin bertambah menangis. Dengan mendengar suara oppanya sayup-sayup, seperti seseorang memanggil namanya dan sehinggalah matanya tertutup rapat.

"Kim Jirin!"

🍫
🍓

Tbc

Hai, uhh, ok lah takde apa nak ckp so..

Bye🤭

-yana-

coklat strawberi (malay) Taejin .End.Where stories live. Discover now