» BAB 1 «
TOK! TOK! TOK!
bunyi ketukan kuat di luar pintu rumahku menyebabkan lamunan aku terhapus begitu sahaja.
aku membawa gerak kakiku yang begitu malas untuk dituju ke arah pintu. usai membuka pintu, terpacul seorang lelaki yang berdiri tegak membelakangiku.
dengan susuk tubuh yang lebih tinggi dari aku, bersama rambut coklat keperangan.
"erm. boleh saya tahu awak siapa?" soalku sopan padanya.
tubuh badannya segera berpusing menghadap aku. kepala aku mendongak sedikit memandang wajahnya.
"mulai harini, saya jiran baru awak. byun baekhyun, anak teruna tak laku. single, hobi garu punggung. awak?"
kening aku berkerut tatkala ayat pengenalan diri yang sangat aneh oleh lelaki itu mendesup masuk ke dalam gegendang telinga. baru beberapa saat hati aku sibuk memuji kekacakkan si anak byun ini, namun mataku mencerlung tajam memandangnya.
jari kelingking sebelah kirinya sibuk mengorek lubang hidungnya. sayang, muka dah handsome, tapi suka korek hidung.
Pft–
sebelah tangannya lagi menyuakan satu bekas berisi makanan.
“saya kim jennie. apa ni? awak masak sendiri ke, baekhyun? er...terima kasih. ergh.”
bekas berisi ttekboki pedas diserahkan kepada aku.
"tteokboki tu kawan aku, kai yang masak. tu rumah aku. baru je duduk harini." baekhyun menunjukkan rumahnya. bibirnya mengukir senyuman yang sangat manis bak gula.
"awak habiskan la makanan tu. saya malas nak basuh bekas. habis basuh, awak pulangkan semula bekas saya tu nanti. bye, kim yong yao jen nie."
berdesing telinga aku apabila lelaki ni bagi panggilan yong tao. bibirku mencebik kegeraman.
lelaki bernama byun baekhyun itu berhenti mengorek hidungnya. tangannya menampar sebelah permukaan punggungnya.
"tak perlulah pandang saya macam tu. saya tahu saya kacak dan menggoda. nanti aku datang rumah awak lagi. masak sedap sikit. duit saya untuk bulan ni tinggal sekeping je ni.” sengih Baekhyun lalu terus lari masuk ke dalam rumahnya.
aku hanya memerhatikan pintu rumahnya dengan hati yang membara apinya.
"h-hanatnya jiran baru aku ni."
💉💊
to be continued...
YOU ARE READING
√1 | Annoying Neighbour | Byun Baekhyun
Romance[COMPLETED] Wajah tampannya langsung tidak mengusik hatiku kerana perangai gila dan jengkelnya yang mencecah level maksimum. Start : 10/04/20 End : 26/4/20