» BAB 8 «
aku baru lepas membuang sampah di luar rumah.
sebelum makan malam, ada baiknya juga jika aku kemaskan dulu apa-apa kerja yang patut dibuat. lagipun aku bosan duduk saja di rumah. mesti ada je benda aku terasa nak buat.
pintu rumah pula aku sengaja biarkan terbuka sebentar. lagipun tempat pembuangan sampah takdelah jauh dari kawasan pintu rumahku.
sampai sahaja di hadapan pintu rumah, aku terkejut apabila ada satu selipar di hadapan pintu rumahku.
"ni bukan ke selipar si anak Byun tu? kenapa pulak ada dekat depan rumah aku ni?” soalku pelik pada diri sendiri sambil merenung lama selipar Mickey Mouse milik baekhyun itu.
tiba-tiba hidungku mula menangkap bauan harum pencuci rambut haruman buah strawberi dari dalam rumah.
"weh, siapa pulak yang ceroboh masuk dalam bilik air aku dan sesuka hati guna syampu kesayangan aku!? Yah!" jeritku lantang.
tangan aku mencapai sebatang penyapu lantai untuk dijadikan alat serangan.
aku terus bergegas masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik mandi di bahagian dapur rumahku. tanpa dipinta, aku terus menendang kuat pintu bilik air yang tidak berkunci sehingga terbuka luas.
kelihatan satu susuk tubuh lelaki tinggi lampai sedang menggosok seluruh pelosok kepala dengan menggunakan pencuci rambut kesayangan aku.
"ah, leganya. hilang terus rasa kutu dan kelemumur di kepala kanda. yabedabedu." nyanyinya riang sambil punggungnya diayun mengikut rentak irama yang meletus keluar dari bibirnya.
nasib dia masih bertuala lagi.
sebelah tangannya ligat memicit-micit botol syampu agar segala isi keseluruhan pencuci mendarat di kepalanya.
“KAU SIAPA LAHANOT, KEDEKUT SANGAT BELI SYAMPU!? SAMPAI HABIS SYAMPU AKU KAU KERJAKAN!” aku menjerit lantang.
botol pencuci rambut itu terlepas daripada genggaman tangan lelaki itu.
apabila kepalanya berpaling ke belakang, aku sudah bersiap sedia menghayunkan penyapu ke arahnya.
aku terkejut apabila melihat wajahnya.
"Mr B-B!? apakah kevivaan ini!? keluar sekarang. balik rumah bossss!" satu ngauman singa betina keluar dari mulut comel aku.
baekhyun tersengih dengan muka tak bersalahnya.
"jennie... Kasi lah saya chance untuk basuh rambut dulu, ye? kutu pun tak sempat nak lari, tahu?" baekhyun berkata dalam nada tenang.
alasan kutu yang ditaburkan baekhyun menyebabkan hati aku panas membara.
aku menghayunkan penyapu kayu itu ke arah lelaki gila itu. dia sempat menepis. beberapa saat jugalah kami berperang antara satu sama lain.
sehinggalah pada satu saat yang malang...
kaki byun baekhyun tiba-tiba tergelincir dek buih-buih syampu di atas lantai bilik mandi.
aku tolak kau.
kau tolak aku.
too bad, nasib tidak menyebelahi sehinggalah tubuhnya jatuh menghempap badanku.
aku di bawah dan dia di atas.
dan apa yang lagi mengerikan...
bibir CEO syarikat boxer ini melekat secara tak rasminya pada bibir suci remaja aku.
💉💊
to be continued...
YOU ARE READING
√1 | Annoying Neighbour | Byun Baekhyun
عاطفية[COMPLETED] Wajah tampannya langsung tidak mengusik hatiku kerana perangai gila dan jengkelnya yang mencecah level maksimum. Start : 10/04/20 End : 26/4/20