+tw๏ 💔

177 26 4
                                    

» BAB 2 «

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

» BAB 2 «

kim jennie merenung bekas tteokbokki pedas yang sudah siap berbasuh di atas meja. Dia mengambil sehelai kain putih dan mula mengelap mangkuk tersebut agar cepat kering.

Sambil mengelap, mulut jennie tidak henti-henti mengutuk perilaku tak senonoh jiran barunya itu.

"dah lah pengotor. korek hidung je kerjanya. hobi pun suka mencarut. seriouslah muka dah handsome, comel pulak tu. tapi kesian, otak tak betul."

hari yang tidak disukainya sudah kunjung tiba. hari itu menandakan hari pertemuan pertama secara tidak rasmi antara kim jennie dan byun baekhyun.

Ketukan bertalu-talu di luar rumah menyadarkan gadis itu dari lamunan.

dia mengintai orang yang datang dari celah pintu tempat dia duduk.
haih.

datang dah si byuntae baekhyun ni.

baru je lepas mengutuk dia tadi, tiba-tiba dah muncul mamat ni? haih geram pulak aku!

aku terus berdiri dan membuka pintu.

aku melihat tubuh badan baekhyun dari atas sampai bawah. riak wajahnya kelihatan mamai dan masih lengkap berpakaian tidur disertai satu bantal busuk di tangannya.

rambutnya kelihatan serabai.

dia menggosok matanya.

ni mesti baru lepas bangun tidur. bangun je terus sergah rumah orang entah apa lah yang dia nak ni.

"awak na––"

kataku tidak dapat diteruskan apabila baekhyun selamba sahaja melanggar bahuku semasa melangkah masuk ke dalam rumah.

selamba badak dia je. aku tak pelawa pun dia masuk. dah lah datang tak diundang. aku hanya melihatnya yang sudah duduk di atas sofa panjang ruang tamu rumahku.

"siapa ajak awak datang sini?" soalku penuh sopan. cuba mengawal emosiku. namun dalam hati, sudah merungut geram.

senyap.

baekhyun hanya duduk sambil memeluk bantalnya manakala matanya terpejam rapat. kepalanya menunduk memandang bawah.

apa dia buat ni? tengah tidur ke apa?

"hey awak tak dengar ke saya ta---" sekali lagi aku terdiam seribu bahasa apabila jari telunjuk baekhyun naik tepat menyentuh bibirku. aku kaku.

"shhh, dahlah. tak payah memekak pagi-pagi buta ni. punggung saya ni yang menggedik nak datang rumah awak."

selesai berkata, terus jari baekhyun turun dari terus melekap di bibir aku. mata aku terkebil-kebil memandangnya.

√1 | Annoying Neighbour | Byun BaekhyunWhere stories live. Discover now