» BAB 36 «
baekhyun tersenyum bahagia. sejambak bunga sweet pea itu di sorokkan tanpa pengetahuan isterinya.
kalau awal-awal dah bagi surprise, tak sweet lah nanti kan?
"baekki, kenapa tiba-tiba je nak dinner ni? tell me, baek ada sorokkan sesuatu ke?" jennie menyoal lelaki itu dengan sopan. bimbang jika hati suaminya itu terguris tanpa sedar.
kepala baekhyun menggeleng laju.
dia bawa bibirnya mendekati bibir gadis yang dicintainya. lalu, bibir merah gadis itu dikucupnya lembut.
dalam diam, jennie tersenyum bahagia. dia membalas ciuman baekhyun dengan penuh kasih sayang. dia biarkan telapak tangannya melekap di dada bidang byun baekhyun.
beberapa saat kemudian, Baekhyun meleraikan ciuman.
anak mata gadis itu ditenung lama.
"awak... saya sayang awak sangat-sangat. awak sayang saya tak?" soal jennie seikhlas sanubari hatinya.
"baekhyun sentiasa sayangkan jennie. sampai bila-bila pun. ingat ayat ni. tanam dalam hati kau, byun jennie. boleh?"
jennie menjauhkan badannya yang masih melekat dengan baekhyun. garfu di ambil dan menyuapkan gulungan pasta itu ke dalam mulut baekhyun.
baekhyun menyambut suapan jennie. matanya masih tajam memandang gadis itu. seluruh pelusuk wajah jennie dipandang lama bersama reaksi wajah mendung.
“saya berjanji, baek. hanya awak seorang yang bertakhta di hati saya dan bakal anak kita nanti.”
baekhyun terdiam. dia mengetap bibirnya. lirikan matanya memerhati pergerakan jarum jam di dinding. masa semakin mencemburui. dia tak akan sia-siakan sedikitpun peluang yang ada.
malam masih panjang.
adakah sempat dia menunggu hari siang? adakah sempat dia luangkan masa-masa terakhirnya bersama gadis itu?
"baekhyun, stop it! buang tabiat ke dari tadi asyik tenung muka saya. esok masih ada, suamiku." aku mencubit manja lengan suamiku.
aku segera membantu lelaki itu memakai hoodie tebal tatkala tubuh badannya menggigil kesejukan. padahal, angin di luar ini biasa-biasa sahaja.
"saya sejuk. baek nak jennie peluk boleh?” manja suara lelaki itu menusuk gegendang telingaku.
aku rapatkan kedudukan tubuhku sehingga bahu kami saling bersentuhan. kemudian, aku memeluk erat tubuhnya dari arah belakang.
dengusan nafas baekhyun berbunyi agak kasar. telapak tanganku segera menggosok perlahan dada lelaki itu.
“baek... sakit kan?” dugaku dalam nada memujuk. berharap agar hati Baekhyun mudah cair.
YOU ARE READING
√1 | Annoying Neighbour | Byun Baekhyun
Romansa[COMPLETED] Wajah tampannya langsung tidak mengusik hatiku kerana perangai gila dan jengkelnya yang mencecah level maksimum. Start : 10/04/20 End : 26/4/20