baekhyun dan jennie duduk di sofa ruang tamu sambil menonton movie bersama-sama. tiba-tiba, baekhyun mula berdiri.
"jennie, mana tandas?" soalnya mencuit bahu jennie yang sedang fokus menatap televisyen.
"kat atas..." ujar jennie malas sambil mengunyah popcorn. wajah baekhyun langsung tidak dipandangnya.
lalu tanpa banyak tanya lagi, terus baekhyun mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. dia memasuki sebuah bilik bewarna pink yang sangat luas.
bilik tersebut sangat kemas dan teratur.
"ni mesti bilik tidur jennie. Besar jugak bilik dia ni." kata baekhyun sendirian sambil matanya melilau melihat sekeliling bilik jennie.
akhirnya tempat yang dicari dijumpai.
"wah, ada bilik mandi la dalam bilik dia ni. rumah aku takde pun semewah ni. apa kata aku ambil kesempatan ni? peluang tak datang dua kali. hehe." kata baekhyun sendirian sambil tersenyum jahat.
dia mengambil tuala pink milik jennie yang tersangkut kemas di sebelah katil gadis itu dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi yang terdapat di bilik tersebut.
•••
jennie yang mula perasan yang baekhyun sudah lama ke tandas, mula hairan. "lama betul si baekhyun gila tu pergi tandas. dia membuang batu ke apa?"
akhirnya dia mula mendaki anak tangga untuk mencari baekhyun.
dia mencari baekhyun di tandas.
tiada.
mana pula lelaki ini pergi.
"baekhyun, awak hilang mana pula?" soalku penuh curiga apabila kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan di tandas.
namun, jennie dapat mendengar air paip tandas biliknya kedengaran terbuka.
pantas jennie masuk ke dalam biliknya dan membuka pintu bilik mandi yang terdapat di biliknya itu.
"oh my god!" jennie terjerit kecil apabila melihat baekhyun dengan bahagianya mandi di tab mandinya.
tanpa pakaian.
pantas dia berpaling menghadap ke tempat lain sambil menekup wajahnya dengan telapak tangan.
terkejut baekhyun dengan kehadiran jennie. terus dia keluar dari tab mandi itu dan memakaikan tuala di pinggangnya.
"awak buat apa dalam bilik saya ni, hah!?" marah jennie.
baekhyun mendekati gadis itu dan berdiri menghadapnya. Perlahan-lahan jennie menurunkan tangannya dan mendongak memandang baekhyun yang agak tinggi darinya.
"saya nak mandi sebenarnya. takpe kan aku mandi dekat sini? bil air rumah saya kena potong la." ujar baekhyun bangga sambil tersengih.
"kalau ye pun, jangan lah mandi dekat bilik air saya! Kan banyak bilik air dekat rumah saya ni! bilik saya jugak yang awak pilih kenapa?" soal jennie geram.
baekhyun menyerabaikan rambutnya yang basah sehingga terpercik ke wajahku.
keningnya di angkat untuk mengusik aku. aku hanya beriak tanpa reaksi walaupun dalam hati sudah berlagu riang.
"kau dah kenapa pandang aku creepy macam tu? p-pergi pakai baju cepat!" aku menolak badannya yang sasa itu menjauhiku.
kelopak mataku ditutup rapat.
baekhyun berdecit halus. kedua-dua tangannya disilang ke dada. Hampir terkeluar biji mata aku melihat otot-otot kecil seksi yang terbentuk di perutnya.
malas-malas pun kau bela sixpack ye, anak byun.
"taknak lah. aku nak biarkan badan aku ni mengering semula jadi. Dengan bantuan udara yang nyaman gitu. jom lah sambung menonton televisyen bersama tuan byun anda yini, yong tou jen nie.” kata baekhyun dan berlalu keluar.
aku melepaskan keluhan lega.
wahai hati, boleh tak kau berdegup seacara normal?😵
ni semua angkara si baek seksi tu.
panas pulak hati aku.
aku mengikut langkah baekhyun yang hanya bertuala pink milik aku turun ke ruang tamu.
dia terlalu seksi sehingga membuatkan lidah aku terkelu untuk menghalau kehadirannya di rumah aku.
dasar anak byuntae.
💉💊
to be continued...
YOU ARE READING
√1 | Annoying Neighbour | Byun Baekhyun
Romansa[COMPLETED] Wajah tampannya langsung tidak mengusik hatiku kerana perangai gila dan jengkelnya yang mencecah level maksimum. Start : 10/04/20 End : 26/4/20