+thirty. ๏ne 💔

49 9 0
                                    

» BAB 31 «

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

» BAB 31 «

selesai aku bertapa di butik eomma kainie untuk tempoh beberapa jam, kedatangan aku di sambut oleh senyuman mencuka oleh si anak byun.

"baek.. hyun..." ujarku takut-takut memandang wajah garangnya.

"kenapa tinggalkan aku?" soalnya serius. Matanya tajam menusuk anak mataku.

"sa–sa–saya..." kata-kataku terus mati apabila baekhyun menarik pergelangan tanganku dan membawa aku ke tempat parking kereta.

aku hanya mengikut langkahnya.

sehinggalah kami berdua kini berada di dalam kereta.

sunyi sepi.

aku agak takut mahu bersuara kerana melihat wajah menyeramkan yang ditayang baekhyun.

"jennie buat daddy byun geram." baekhyun memegang erat stereng kereta.

aku segera menjauhkan diri daripada duduk berdekatan dengannya. usai memasang tali pinggang keselamatan, kedua-dua kelopak mata aku pejam rapat.

aku sengaja biarkan mulut aku dibuka separuh. bunyi dengkuran palsu dikuatkan sedikit agar niat baekhyun untuk menyerangku tergendala sebentar.

at least, kasi aku kesempatan untuk jejak kaki di rumah dahulu. baekhyun bukannya jenis lelaki yang senang dibawa bergurau. api barannya lain macam.

silap cara, silap langkah. aku yang menerima padahnya.

"tidurlah sayang. aku dah tak sabar nak balas dendam nanti."

gulp.

aku memaksa diri untuk tetap duduk diam. telingaku menangkap bunyi rengusan kasar byun baekhyun. bunyi enjin kereta mengaum deras menegakkan setiap helaian bulu romaku.

laju-laju nak gi ane, wahai suamiku.

lebih rela aku berhadapan dengan baekhyun korek hidung daripada si daddy byun. seramnya boleh buat aku terkentut, tercirit dan seangkatan dengannya.

••

aku dapat rasakan kereta yang dipandu baekhyun akhirnya berhenti. dah sampai rumah ke?

oh no!

matilah aku.

mata aku masih dipejam rapat.

"kau selamat, sayang. nasib baik kau tidur." bisiknya perlahan di telinga aku.

kehangatan nafas halus baekhyun membuatkan bulu romaku berdiri tegak. tahan, jennie...

kalau kau nak selamat...

lakonan mesti diteruskan!

💉💊

to be continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

to be continued...

√1 | Annoying Neighbour | Byun BaekhyunWhere stories live. Discover now