» BAB 12 «
byun baekhyun baring di sofa rumahnya menonton televisyen sambil menggaru-garu punggungnya.
seterusnya, tangan aktif lelaki itu beralih pula pada destinasi kesayangannya, iaitu lubang hidungnya.
"fuh, asyiknya. baru idea bertambah mantap, tak gitu?" ujar baekhyun apabila dia mengecapi kepuasan setelah mengorek hidung.
laporan kewangan syarikat boxernya ditenung lama. bulan ini sahaja, prestasi jualan syarikat boxer berjenama Gucci Mr C laku keras melebihi jualan syarikat Baekhyun.
sekaligus, kedudukan Mr. B sebagai salah satu CEO berjaya turun dua anak tangga. mana tidaknya, bang sejat berjaya melariskan jualan produk bontot mantopnya dan merampas kedudukan kedua tersebut.
"erghh! otak aku dah tepu. perut pulak dah kebulur. kalau aku goda jennie, agaknya dapat makan ramyeon percuma tak?" idea jahat muncul pantas di fikiran Baekhyun.lelaki itu membuka langkah luas keluar dari rumahnya menuju ke rumah sebelah. stok makanan di rumahnya sudah kering.
•••
aku mengerutkan dahi. fokusku pada laptop yang menonton drama Descendants Of The Sun lakonan hero aku terganggu dengan deringan bunyi loceng rumahku yang ditekan di luar rumah.
siapa pulak manusia yang datang tengah-tengah malam ni?
dengan langkah malas, aku terpaksa juga bangun dari dudukku dan berjalan menuju ke arah pintu. tombol pintu dipulas dan terpacul lah seorang lelaki yang cukup dikenali sedang berdiri tegak di hadapanku disetai senyuman jengkelnya.
sangkaku ada hal penting.
rupanya, Mr B yang datang ke mari.
lahanot.
apa yang syaiton ni nak lagi?
aku seakan dapat meneka apa yang bermain di minda lelaki ini apabila melihat senyumannya.
"saya tak ada stok lebih untuk legakan perut Mr B. pergi baliklah. Selamat mal---"
kataku tergantung apabila Baekhyun tiba-tiba menolak bahuku. Dia terus menyelit masuk melalui pintu yang dibuka separuh olehku.
lalu tangannya laju sahaja menutup pintu rumahku.
"si Nopal. si Nopal. anaknya si bahennol. bahenol, bahenol, bahenol hiyyahhh!!!~~" laung baekhyun menyanyi riang dan lantang, penuh bersemangat.
kus semangat.
aku menyumpah seranah baekhyun geram di dalam hati. mulut dia ni memang tak boleh diam agaknya.
baekhyun memusingkan badannya laju menghadapku tiba-tiba.
aku terkejut beruk melihat wajah jengkelnya.
Muka Mr. B memberikan reaksi yang cukup mengejutkan.
berulang kali dia menyebut perkataan 'BAHENOL' sehingga permukaan kulitku menegak.
lidahnya membasahkan bibir yang kering.
baekhyun menapak selangkah mendekatiku.
"nak ramyeon. Perut saya lapar. Kasihan kan saya?" katanya sambil memegang perut buncitnya.
Pftt.
"takde. saya bukan orang suruhan Mr. B untuk masak ramyeon malam-malam buta ni." balasku malas sambil menjelingnya.
reaksi wajah byun baekhyun berubah tidak puas hati kepada aku. telapak tangannya menepuk perutnya yang sudah mendendangkan irama lagu kelaparan tahap infiniti.
"saranghae jennie, Saranghae Ramyeon. saranghae jennie, saranghae ramyeon. saranghae jennie, saranghae cute girl. yeheii, kanda sayang dinda. baby lemak minta makanan. bahenol, bahenol, bahenol."
baekhyun bernyanyi riang sambil menggoyangkan pinggulnya penuh perasaan. kedua-dua tangannya melemparkan sebanyak-banyaknya mini love kepadaku.
aku hanya memandang dengan pandangan tidak berminat.
menyampah pulak tengok pinggul dia menari-nari tu. rasa nak sepak pun ada."kasihan sama aku dong. aku lapar gini, kau tak kasihan sama aku ka? please, jen? satu bungkus je~ jennie, meowwww~~~" baekhyun masih berusaha menarik perhatian aku dengan muka manisnya.
tangan jennie mencapai penyapu lantai yang terletak berhampiran di dinding ruang tamu. Sudah bersiap sedia untuk memberi tamparan padu buat Mr. B sengal ni.
manakala baekhyun kekal bersama otak yang tidak normal. kali ini, dia dirasuk hantu bahenol semata-mata ingin menggoda jennie demi sepaket ramyeon.
💉💊
to be continued...
YOU ARE READING
√1 | Annoying Neighbour | Byun Baekhyun
Romansa[COMPLETED] Wajah tampannya langsung tidak mengusik hatiku kerana perangai gila dan jengkelnya yang mencecah level maksimum. Start : 10/04/20 End : 26/4/20