» BAB 28 «
anak mata coklat itu melemparkan pandangan ke luar tingkap.
kedua-dua telapak tangannya menggenggam kuat hujung permukaan singki. mujur ubat sudah selamat ditelan masuk ke dalam kerongkong.
sakit yang ditanggung mula beransur pergi.
perlahan-lahan, lelaki itu membawa diri ke bilik air. baekhyun mengelap pantas manik-manik peluh yang mula muncul di permukaan dahi dan lehernya.
"aku tak boleh dedahkan perkara ni pada jennie. t–tak boleh! aku taknak dia sedih. tuhan, aku mohon... Biar semua kesakitan ni berlalu pergi buat sementara waktu. aku masih belum puas bersama jennie.. tolong, beri aku masa sedikit sahaja lagi. demi jennie.." rintihan baekhyun terhenti tatkala telinga menangkap pintu bilik air diketuk oleh seseorang dari luar.
plastik berisi ubat penyakit kroniknya disimpan ke dalam sebuah almari kecil. lalu, dia biarkan almari tersebut terkunci.
pintu bilik air dibuka perlahan. terpacul wajah risau buah hatinya itu.
"awak kenapa, baekhyun? Awak okay tak ni?" omel jennie risau.
"saya sakit perut je, sayang. aku hilang sekejap pun, awak dahh rindu. susahlah saya nak pergi nanti.” baekhyun memperlahankan nada suaranya apabila ayat yang terakhir meniti di bibirnya.
"mestilah saya rindu. saya risau awak tinggalkan saya.” balas jennie. Entah kenapa hatinya rasa tidak enak.
baekhyun hanya tersenyum nipis.telapak tangannya mengurut bahagian dada yang terasa sangat sakit. kesakitan itu terpaksa dilupakan apabila wajah jennie muncul di ruangan anak mata.
"baekki... kenapa pucat sangat muka awak ni?” jari-jemari jennie mula mengelus lembut dagu suaminya.
baekhyun menggelengkan kepala.
pinggang jennie dirangkulnya begitu erat membuatkan kepala gadis itu mendongak memandang wajahnya.
sebentuk cincin yang tersarung kemas di jari manis jennie ditenungnya sayu. jika diberi secebis peluang di dalam mimpi, sudah pasti dia ingin menangis di hadapan isterinya.
tapi, dia tidak sanggup.
lebih baik dia menanggungnya bersendirian.
janjinya hanya satu. dia ingin menemani jennie dan bersama gadis kesayangannya itu sehingga usia mereka mencecah puluhan abad.
tapi, janji-janji itu akan musnah jua.
dia takut. dia yakin yang dia pasti akan meninggalkan Jennie kesorangan semula nanti.
"maafkan saya, jennie.” ucap baekhyun lemah.
dahi Jennie berkerut seribu. "saya rasa awak tak pernah buat salah dengan saya. Kenapa awak tiba-tiba minta maaf, baek?"
baekhyun menggeleng kecil sambil mengukirkan senyuman palsu.
"saya cintakan awak, jennie. saya betul-betul ikhlas cintakan awak.” ujar baekhyun memandang ke dalam anak mata jennie.
ucapan selamat tinggal tidak mampu dikeluarkan daripada tutur katanya.ucapan kasih sayangnya itu menjadi salah satu cara untuk baekhyun menghilangkan rasa bersalah dan kesedihan yang menggunung tinggi.
"awak tak sorokkan apa-apa lagi, kan daripada pengetahuan saya?" soalan jennie membuatkan baekhyun terdiam.
suasana bertukar sepi.
dia menunduk tidak sanggup menatap anak mata ingin tahu jennie.
baekhyun diam membisu tanpa membalas soalan daripada isterinya itu.💉💊
to be continued...
YOU ARE READING
√1 | Annoying Neighbour | Byun Baekhyun
Romance[COMPLETED] Wajah tampannya langsung tidak mengusik hatiku kerana perangai gila dan jengkelnya yang mencecah level maksimum. Start : 10/04/20 End : 26/4/20