» BAB 33 «
aku meneguk air sejuk di dalam peti ais dapur itu dengan kadar yang laju. gelas dibiarkan tidak berbasuh di atas sinki.
hatiku memberi amaran keras.
damn!
baekhyun ada di belakang aku.
perlahan-lahan aku berpaling memandangnya.
"dahaga ke? tak ajak baekki turun sekali pun." serius ayat yang dituturkan oleh suamiku itu.
imej baekhyun sedang bersandar di peti ais bersama tuala mandi yang terlilit di pinggangnya membisukan mulut aku.
aku tersengih kekok.
aku capai semula gelas di dalam sinki. perlahan-lahan, aku biarkan air sinki mencurah di laju membasahi permukaan tanganku.
aku dapat rasakan tangan baekhyun mula melingkar kemas di kawasan pinggangku. langkah aku terhenti. dia memusingkan badan aku menghadapnya.
namun mata aku hanya tertumpu pada absnya, tidak berani mengangkat kepala memandang wajahnya.
tangan pula masih setia memegang gelas yang belum siap dibasuh.
"esok lah awak basuh. saya lebih penting atau gelas tu?" soalnya dengan suara garaunya.
aku mendongak memandangnya.
perlahan-lahan aku mengundur ke belakang. namun tangan Baekhyun lebih pantas seperti kilat.
"hukuman untuk kau. suka?"
tangan lelaki itu mengepung pergerakanku sehingga aku buntu untuk lari ke mana.
daguku dipegangnya kemas. lalu dia mendekatkan wajahnya dengan aku sehingga menyebabkan hidung kami bersentuhan dan bibir kami hampir tersentuh.
nafas hangat baekhyun menambah kadar denyutan jantungku. dia memang suka buat hati aku tak keruan.
"t–tak. ma–maafkan jennie. ba–baekhyun.” aku mengigit bibir bawahku.
kegelisahan diri semakin menggalakkan hati pihak lawan.
"jangan buat saya geram. saya tak akan lepaskan awak lagi sekarang. just deal with it.” ujar baekhyun sebelum mengucup bibirku sekilas.
"ap-apa semua ni?" aku lontarkan soalan bodoh.
sebelah kening baekhyun terjengket sinis.
kedua telapak tangannya ditekup di kedua belah pipi jennie. anak mata gadis itu membalas pandangannya.
"syurga dunia buat awak, jennie.” ucap baekhyun sebelum menyambar bibir Jennie buat kali kedua namun kali ini lebih rakus sambil tangan baekhyun mula menanggalkan satu demi satu pakaian yang tersarung di badan Jennie.
malam itu merupakan malam paling bahagia buat pasangan byun.
benda yang tertangguh perlukan jalan penyelesaian. bibir Baekhyun tahu solusinya.
💉💊
to be continued...
YOU ARE READING
√1 | Annoying Neighbour | Byun Baekhyun
Romance[COMPLETED] Wajah tampannya langsung tidak mengusik hatiku kerana perangai gila dan jengkelnya yang mencecah level maksimum. Start : 10/04/20 End : 26/4/20