» BAB 14 «
b
aekhyun pantas membuka pintu. loceng pintu rumah yang ditekan dari luar mengejutkan lelaki itu ke alam realiti.
bertih-bertih jagung yang bertaburan di atas peha ditepis jauh. Disebabkan Baekhyun begitu malas, bertih tersebut ditolak olehnya masuk ke bawah sofa.
"contohi lah saya. Tuu... sapu guna kaki je. masuk terus bawah sofa. jimat tenaga, dari duit. saya tak payah beli penyapu dah. HEHEHE.”
baekhyun tersengih seperti kerang busuk ketika matanya bertemu dengan mata tajam jennie yang sedang memegang satu plastik bewarna pink di tangannya.
baekhyun menyambut huluran tersebut dengan sengihan lebar yang tidak lekang meniti di bibirnya.
baju dan seluarnya yang sudah kering semerbak haruman downy menggegarkan iman baekhyun.
"awak buatkan saya makin auumm dekat awak, jendeukieeee~" jerit baekhyun riang sambil mengucup baju bersih cucian tangan khas dari kim jennie.
"stop panggil saya dengan nama tu, Baekki." balas jennie spontan dengan wajah dingin.
"saya tak akan stop. kan comel bunyinya tu. jeneukieeee~~~ and apa nama awak panggil saya tadi? B
baekki? comel juga... saya suka saya suka.” ujar baekhyun tersenyum manis.jennie hanya mencebik.
semakin lebar senyuman baekhyun.
"comel juga awak ni en, jennie. lagi-lagi bila dengan gaya rambut tocang gitu." baekhyun mengenyitkan mata pada jennie.
"dahlah. Penat layan awak ni. saya balik dulu, bye.” kata jennie lalu berlalu meninggalkan baekhyun dan masuk ke dalam rumahnya.
baekhyun tersenyum melihat jennie yang sudah masuk ke dalam rumah.
lalu dia mengeluarkan pakaiannya yang sudah siap dibasuh oleh jennie. kemudian, dia sarungkan di badan tanpa banyak kerenah.
bibir lelaki jengkel itu tersenyum bahagia.
dia tidak sedar bahawa bibit-bibit cinta pada jennie sudah wujud dalam dirinya kerana melihat kegigihan gadis itu melayan kerenah gilanya.
"ah, saya dah mula rindu nak curi masuk dalam rumah awak, jennie walaupun baru je tadi saya pecah masuk rumah awak. tapi, kan awak halau saya? tingkap pun taknak buka. aku sedih sangat kena reject. nanti aku curang gi dating dengan cute girl lain baru kau tahu." baekhyun mengomel perlahan sendirian sambil matanya melihat pintu rumah jennie yang sudah tertutup rapat.
senyuman hampa mula terhias di bibir si anak byun.
baekhyun akui bahawa dia kesunyian selama ini.
hidupnya sebatang kara.
tapi, bila munculnya jennie dalam hidupnya, dia mula rasa bahagia. tapi ditolak mentah-mentah. baekkie hanya inginkan seorang kawan untuk menjadi tempat luahan perasaannya.
takkan dia seru bahenol bahenol?
💉💊
to be continued...
YOU ARE READING
√1 | Annoying Neighbour | Byun Baekhyun
Roman d'amour[COMPLETED] Wajah tampannya langsung tidak mengusik hatiku kerana perangai gila dan jengkelnya yang mencecah level maksimum. Start : 10/04/20 End : 26/4/20