» BAB 6 «
jennie menayangkan wajah yang sengaja dimaniskan kepada Mr B. amboi, kemain misteri lagi namanya.
ingatkan lelaki hensem manalah yang bernama Mr B. rupa-rupanya lelaki yang terkenal dengan hobi korek hidung dan garu punggung ni.
"awak tak sudi ke kerja dengan saya, aww. saya ada model hensem tau. seksinya boleh buat kau rajin nak masak ramyeon percuma hari-hari untuk aku nanti. amacam?" pujuk baekhyun penuh semangat.
mustahil untuk aku menolak begitu sahaja tawaran lumayan Mr B. gaji yang ditawarkan membolehkan aku membeli sekurang-kurangnya, selipar gucci.
hati kata tidak.
namun mulutku pula gatal menyebut kata persetujuan. "ya. s-saya terima tawaran untuk bekerja sebagai setiausaha Mr B."
byun baekhyun gembira teramat sangat apabila kim jennie sudi menerima tawaran untuk bekerja dengannya.
sudah beratus setiausaha yang memberi surat berhenti kerja. semuanya gara-gara tidak tahan dengan perangai liar baekhyun.
perangai yang boleh dikategorikan agak liar kerana hobinya suka melastik tahi hidungnya ke rambut setiausahanya.
huduh benor perangainya.
namun, demi mendapatkan makanan percuma daripada jennie... baekhyun sanggup berpura-pura menjadi seorang pembersih munafake sebentar agar jennie bersetuju.
"kalau macam tu, ini dia model seksi terkenal syarikat boxer saya ni. kalau guna khidmat bro bibir, confirm laku keras. saya nak awak deal perjanjian dengan dia, boleh?" tutur baekhyun sambil menyerahkan satu gambar penuh sensasi.
gadis itu mengambil peluang untuk merenung gambar yang diperkatakan baekhyun.
YOU ARE READING
√1 | Annoying Neighbour | Byun Baekhyun
Любовные романы[COMPLETED] Wajah tampannya langsung tidak mengusik hatiku kerana perangai gila dan jengkelnya yang mencecah level maksimum. Start : 10/04/20 End : 26/4/20