+thirty.nine (End) 💔

96 10 0
                                    

» BAB 39 «

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

» BAB 39 «

aku mengesat titis-titis peluh yang merenik halus di sekitar permukaan dahi dan leher. hampir seluruh tubuh badanku melekit akibat pergerakan lincah ke sana dan ke sini.

nak harapkan pertolongan si kecil baeknie, memang tak mampu lah si anak comel aku ni nak angkat barang-barang berat.

aku menjeling sekilas wajah byun baeknie yang sedang ralit diulit mimpi indah.

amboi sedap tidur, eo?

pipi gebu anak perempuanku dicium lembut, penuh rasa kasih.

jari-jemariku sibuk mengurut sendi-sendi badan. fuh, hilang lenguh-lenguh di badan ketika mataku tertancap kembali ke wajah polos baeknie.

sekali pandang, aku nak tatap lebih lama. Wajahnya mengingatkan aku kepada si dia.

si dia yang sudah lama menitipkan kata-kata perpisahan sejak beberapa tahun lepas. jujur, aku amat merindui insan bernama byun baekhyun itu.

“jennie rindu baekki...” aku zahirkan perasaanku seorang diri.
mataku pula ralit memerhatikan segenap ruang rumah sewa baru tersebut.

ya.

aku nekad dengan keputusan drastik ini.

jika aku masih tetap berdegil untuk tinggal di rumah perkongsian aku bersama mendiang suamiku dahulu, aku yakin saban minggu pasti air mata rindu bakal tumpah jua.

move on, byun jennie. kau kena tetap kuat demi baekhyun. dia pasti akan sedih sekiranya dia tahu kesayangan hatinya ini masih berduka di sini, kan?

Ting Tong!

bunyi loceng rumah menyadarkan aku kembali. anak mataku merenung lama pintu utama rumah. sempat aku menjeling jam yang tergantung elok di dinding.

oh.

mungkin jiran rumah baru ingin berkenalan denganku agaknya. takpelah, lebih baik aku rajinkan diri.
at least, ada juga jiran baru jadi peneman aku di kawasan kejiranan yang serba asing ini.

“sekejap!” aku bersuara lantang.

derapan tapak kakiku melangkah laju ke muka pintu.

masa seolah-olah bergerak perlahan apabila daun pintu dikuak lembut oleh jennie dari dalam.

kelihatan seorang lelaki berkemeja biru berdiri membelakanginya.

Penampilannya agak segak. Lengkap berpakaian kemeja. malah, pakaiannya dari atas hingga bawah sedondon menggayakan busana biru.

“a-awak jiran baru saya ke?” soalan jennie berjeda sebentar.

susuk tubuh lelaki tinggi lampai itu berpaling menghadap jennie sepantas kilat.

senyuman lebar beserta gigi yang tersusun cantik membuatkan gadis itu terkedu hebat. postur tubuhnya bertukar kaku. telapak tangan kiri jennie berpaut kemas di tombol pintu.

Fizikal dan wajah lelaki itu menyegarkan semula pandangan matanya.

“awak... jiran baru saya?” soalan yang sama diulang oleh jennie.

gadis itu gagal untuk menyembunyikan rasa terkejutnya. kakinya berundur ke belakang apabila lelaki berkemeja tersebut menggengam erat pergelangan tangannya.

“iyalah. aku jiran baru kau. noona, jomlah kita mengeratkan hubungan kasih sayang. benda boleh ceroboh, buat apa minta izin. oh my god, rumah noona ni cantik, siyott~!” ujar baekhyun penuh teruja.
tubuh kecil Jennie ditolak masuk ke dalam rumah.

Lantaklah.

janji kakinya dapat melangkah ke dalam rumah noona cantik dan dapat makan free. baekhyun kasi redah bila-bila aje dia nak.

-TAMAT-

Nota penulis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nota penulis

Fuh.

Akhirnya saya berjaya tamatkan karya ini.

Terima kasih atas segala sokongan kalian. Semoga ending ini memuaskan hati ❤.

Nak epilog ?

√1 | Annoying Neighbour | Byun BaekhyunWhere stories live. Discover now