» BAB 16 «
aku mendaratkan telapak tangan di permukaan rumah anak Byun.
rumah kami hanya bersebelahan.
pintu rumahku mulai sekarang hanya terbuka untuknya. tapi, si anak byun jual mahal pula. masuk hari ini, sudah seminggu dia tak pernah lagi terjah rumah aku.
mesej yang dikirim olehku tidak berbalas. aplikasi whatsapp menunjukkan bahawa lelaki itu sedang aktif. bibit-bibit antara kami berdua berlanjutan sudah seminggu.
takkan lelaki gila tu merajuk?
aku meniup-niup telapak tangan kananku yang sedang kemas memegang bekal tteokboki pedas.
Mr. B confirm hilang feeling merajuk setelah dirasuah oleh aku.
bijak tak aku?
bibir aku menghembus udara luar perlahan-lahan. pintu rumahnya di ketuk sebanyak dua kali. takpelah, jennie. kau kena pinta kemaafan dari baekhyun.
lagipun dia secara rasminya bergelar bos aku di pejabat.
baekhyun masih diam membisu. setiap kali dia memberi arahan kerja, matanya wajib menghantar renungan tajam kepadaku.
sukar untuk aku fokus meneruskan kerja jika hubungan antara kami tetap tegang.
baru aku ingin melakukan ketukan yang ketiga, pintu rumah sudah terbuka luas. pergelangan tangan aku di tarik kasar oleh baekhyun sehingga wajahku mendekati wajahnya.
"sayang, baekki lapar~” kata baekhyun gedik dengan kelopak mata yang dibuka separuh.
mulut lelaki ini busuk dengan bau minuman soju. aku tahu si anak byun ni dah teguk air keras tu berkali-kali. sebab tu mabuk teruk sekarang ni.
bekas tteokboki di tanganku dirampas kasar oleh baekhyun yang mabuk sakan. bibirnya mencium makanan itu. hidungnya kembang kempis menghidu aroma enak tteokboki buatan tanganku.
"jendeukie sayang Baekkiee~"
baekhyun menolak aku sehingga aku tersandar di dinding rumahnya sambil tangannya sempat meletakkan bekas makanan itu di meja kopi yang terletak disebelahku.baekhyun menghalang pergerakanku dengan kedua-dua tangannya dilekapkan ke dinding.
dia memandang anak mataku lama dan matanya beralih pada bibirku.
"nak popo dari jendeukie. kalau tak, baekki korek hidung." kata baekhyun gedik merapatkan mukanya lagi dengan aku.
baekki, baekki. aku tampar muka kau kang byuntae baekhyun.
pipi baekhyun dikembungkan dan bibirnya dimuncungkan agar aku sudi memberi popo.
aku menolak bahu sasanya menjauhi aku tapi bibirnya semakin menghampiri bibirku. gigih benar lelaki ini sewaktu mabuk. tahap manjanya memang tak boleh dibawa bincang.
tanganku sudah naik, bersedia untuk melayangkan penampar kepada lelaki itu. tiba-tiba tangan Baekhyun memegang kedua-dua belah pipiku dan mendaratkan bibirnya di bibir aku.
aku menolak bidang sasanya berkali-kali namun semakin dalam pula ciumannya.
bibir aku menjadi mangsa hari itu.
ah, second kiss gue udah dirampas !
ambik kau! Sekali mahu berbaik, kau sudah dapat popo percuma dari Mr B.
lahanatnyaa.
tersiksa batinkuuu. 😭
💉💊
to be continued...
YOU ARE READING
√1 | Annoying Neighbour | Byun Baekhyun
Romance[COMPLETED] Wajah tampannya langsung tidak mengusik hatiku kerana perangai gila dan jengkelnya yang mencecah level maksimum. Start : 10/04/20 End : 26/4/20