[IMBAS KEMBALI]
Perlahan-lahan mata dibuka selepas seharian lena di dalam sebuah bilik yang serba putih. Mata kanan dipisat-pisat menggunakan tangan kanan sebelum dia melihat ke arah sekeliling. Kemudian, dia duduk di atas katil dan menggosok-gosok lehernya yang terasa sakit itu. Selepas hilang rasa sakit tersebut. Dilihatnya ke arah kedua-dua tapak tangan dan meramas-ramas kedua-dua tangannya.
"Aaa... Aaa..." Dia menguji suaranya sebelum dia mengalihkan selimut yang berada pada bahagian kakinya. Jari-jemari kaki digerak-gerakkan.
"Aku boleh keluar." Katanya dengan senyuman gembira.
Dia terus bangun dari katil dan menuju ke arah cermin yang berada di hadapan pintu almari pakaian. Dilihatnya wajah yang terdapat pada pantulan cermin tersebut lalu dia berkata. "Syam."
Pintu bilik yang tiba-tiba sahaja diketuk oleh seseorang telah memeranjatkannya. Dia segera melihat ke arah pintu bilik tersebut.
"Syam. Bangun. Dah subuh. Papa ajak solat berjemaah. Cepat sikit." Panggil suara milik seorang lelaki yang kedengaran tegas atau lebih tepat ialah menyampah.
Dia tidak menjawab sebaliknya dia melihat kembali wajahnya pada cermin. "Abang kau tak suka kau. Dia panggil pun tak ikhlas. Apa agaknya yang ada dalam hati dia? Kenapa dia layan kau macam tu? Kasihan kau, Syam."
Dia senyum nipis. "Jangan risau. Aku dengan kembar aku akan jaga kau. Kau tak sendirian lagi."
Sementara itu, Ash pula masuk ke dalam bilik ibu bapanya untuk solat berjemaah. Pada ketika ini ibu bapanya dan abang sulungnya sedang membaca Al-Quran sementara menunggu mereka semua berkumpul bersama-sama untuk solat Subuh berjemaah.
"Dah panggil Syam?" Soal bapa mereka, Dato' Azmi kepada Ash selepas dia menutup Al-Quran.
"Dah. Tapi dia senyap je. Tidur lagi la tu. Kita solat dululah. Hari ni Ash ada kelas tambahan pagi. Syam bukan ada kelas tambahan pun." Kata Ash kepada bapanya. Dia duduk di belakang bapanya sebagai makmum.
"Ash. Sabarlah dulu. Tunggu Syam dalam lima minit lagi. Abang pun ada kelas pagi. Lambat lagi. kelas pukul 8:00 pagi, kan? Kesian Syam tu. Dah la semalam..." Raz tiba-tiba sahaja terdiam. Pandangannya ditundukkan. Hatinya terasa sebak tatkala teringatkan kes penculikan Syam pada petang semalam.
Si ibu menghampiri anak sulungnya lalu memeluk anak sulungnya supaya bertenang. "Raz. Syam selamat. Jangan risau."
"Raz panggil Syam kejap."
Si ibu melepaskan pelukan. "Ya. Mungkin dia penat sangat semalam. Panggil dia baik-baik." Pesan si ibu sebelum Raz berdiri.
Raz segera menuju ke arah pintu bilik dan membuka pintu tersebut. Langkahnya terhenti melihat Syam melintasi bilik tersebut bersama-sama sejadah. Langkah Syam juga terhenti apabila mendengar pintu bilik yang dilaluinya tadi dibuka. Syam undur kembali ke belakang sehingga berada betul di hadapan pintu.
Raz pula melihat kejadian pelik itu. "Syam okay ke?" Fikirnya.
"Sini ke?" Soal Syam kepada Raz.
"Ha'ah. Ya. Sini solat jemaah. Macam biasalah." Jawab Raz dengan perasaan hairan melihat tingkah laku Syam sebentar tadi.
*
Syam mencapai sebuah buku agama bertajuk Tafsir Quran Al-Hakim yang berada pada rak buku di dalam bilik ibu bapa mereka. Ketika ini mereka sudah usai solat Subuh berjemaah. Raz dan Ash pula sudah masuk ke dalam bilik masing-masing. Hanya Syam sahaja yang berada di dalam bilik ibu bapa mereka selain ibu bapa mereka.
"Nak pinjam buku ni, boleh?" Soal Syam kepada ibu bapanya.
"Papa tak sangka Syam suka baca buku agama. Ambillah kalau nak baca. Jaga elok-elok." Kata Dato' Azmi.
YOU ARE READING
A.K.U : ALTER
Mystery / ThrillerSyam Syahrul Azmi merupakan host kepada 8 alter yang lain. Tiga daripada mereka sering muncul dalam dunia realiti Syam dan tiga alter lagi berada di sebalik kebenaran. Dr, Syamila juga tidak mengetahui tentang kewujudan tiga alter tersebut kerana me...