BAB 11

168 21 0
                                    

Tepat jam 10:00 malam. Mesyuarat antara Zamani dan Seven Team telah pun selesai. Mereka terus ke meja makan untuk menjamu selera sebelum pulang ke rumah masing-masing kerana Anita telah menyediakan malam malam untuk mereka. Mereka kelihatan ramah seperti sebuah keluarga yang besar dan bahagia.

Zamani melihat ke arah seseorang yang tidak menyertai rakan-rakan lain untuk makan bersama-sama. Orang itu berada di atas sofa yang terletak di ruang tamu. Dia sedang berbaring dan tidur lena.

"Afiq tak makan ke?" Soal Zamani kepada mereka setibanya dia di kawasan dapur dari biliknya tadi.

"Tak. Dia terus duduk dekat ruang tamu lepas meeting tadi."  Jawab Anita.

"Mungkin dia penat bekerja seharian." Jawab seorang lelaki yang memakai coolfever pada dahinya, Yusman, 143.

"Kamu tu kalau demam tak payah la datang sini. Boleh je beritahu saya kalau tak sihat." Zamani mengeluh. Zamani menarik sebuah kerusi dan duduk di atas kerusi tersebut.

"Saya tak nak sia-siakan harapan, bos. Dan saya nak dengar sendiri maklumat penting tu hari ni. Demam sikit je."

"Jangan lupa makan ubat, meow." Kata si kembar perempuan, Naie, 442.

"Celup tangan Blacky dalam air. Bagi Yusman minum. Mesti lega demam." Sakat si kembar lelaki, Nevy, 441. Dilihatnya ke arah Blacky yang sedang mencelupkan tangannya ke dalam cawan milik Yusman.

"Meow." Kata Blacky, 000. Dia duduk di atas meja menghadap ke arah Yusman.

Yusman terkejut. "What? Dia buat betul-betul."

Zamani ketawa. Begitu juga dengan mereka.

"Anita. Nanti bungkuskan makanan untuk Afiq sekali. Adik dia dekat rumah mesti belum makan lagi." Arah Zamani kepada isterinya.

"Ya, sayang."

"Bos, kenapa bos tak ajak Afiq tinggal dengan bos? Maksud saya, ajak sekali lagi. Yang sebelum ni dia rejek, kan?" Soal seorang lelaki yang kelihatan berusia 18 tahun. Dia duduk bertentangan dengan Zamani.

"Sebelum kalian datang tadi. Saya dah pelawa dia sekali lagi. Tapi jawapan masih sama. Dia masih nak tinggal di rumah keluarga dia sebab dia tak nak adik dia tahu pasal dia. Masalahnya saya risaukan keselamatan dia dan adik dia sebab musuh dia asyik cari dia. Haih. Saya dah beritahu En. Kamaruddin kalau apa-apa jadi boleh datang sini. En. Kamaruddin pun dah setuju sebab dia dengan isteri dia pun sibuk di luar sana." Jelas Zamani kepada lelaki tersebut, Masran, 101.

"Adik dia tu ahli GUARD, kan? Dengar cerita budak tu kelas S. Kalau dia masuk team kita lagi best." Kata seorang gadis berkaca mata dengan penuh teruja selepas meneguk segelas kopi susu, Lauren, 234.

"Ya." Zamani menyokong kata-kata Lauren.

"Tapi kepada Afiq tak nak join GUARD, meow?" Soal Naie pula.

"Sebab jiwa saya tak sesuai dengan GUARD." Jawab Afiq sendiri yang muncul di belakang Zamani sambil menguap.

Masing-masing melihat ke arah Afiq. Afiq pula mengambil tempat di sebelah kiri Zamani. "Abah pernah tawarkan kedudukan ketua pasukan kepada saya sebelum ni lepas saya lulus dalam ujian GUARD. Tapi lepas fikir banyak kali. Saya rasa saya patut tolak tawaran tu. Lagi pun, GUARD tu 90% masa pada misi. 10% masa untuk diri sendiri. Saya pula jenis yang tak boleh duduk dalam satu kerja. Sebab tu saya di sini. 50% masa untuk misi dan 50% masa untuk diri sendiri. Saya boleh bawa dua kerja dengan kebolehan yang saya ada selain kemahiran fizikal." Kata Afiq, 404.

"Agaknya kalau kau lawan dengan adik kau. Siapa akan menang?" Soal Yusman kepada Afiq.

"Seri." Jawab Afiq dengan pantas.

A.K.U : ALTERWhere stories live. Discover now