BAB 15

172 24 2
                                    

Dunia sekolah menengah menjadi dunia baru kepada Syam. Tingkatan satu merupakan permulaan untuk alam sekolah yang baru. Syam masih lagi seperti dirinya yang dahulu. Namun, terdapat juga beberapa perubahan yang telah dia lalui sepanjang tempoh setahun lebih sebelum ini. Syam telah melibatkan dirinya dalam dunia novel dan mula mempelajari cara-cara untuk menjadi penulis novel yang profesional. Kehidupan di sekolahnya pula masih sama seperti dahulu. Sering sahaja ada orang yang mahu menjadi masalah dengan dirinya tetapi kali ini dia tidak bersendirian keran Bray dan Safuan berada dalam satu sekolah dengan dia. Mereka juga berada dalam kelas yang sama. Masing-masing berusaha untuk melindungi Syam untuk mengelak daripada kemunculan RaSIS di sekolah ini.

Syam keluar dari biliknya selepas dia selesai menukar pakaian. Langkahnya kini menuju ke arah ruang tamu untuk menonton televisyen. Pada masa yang sama, Ash baru sahaja pulang dari sekolah. Dia melihat ke arah Syam dengan perasaan marah. Langkahnya pantas menuju ke arah Syam yang sudah berada di atas sofa bertentangan dengan televisyen.

Beg sandang dihempas ke atas lantai lalu leher t-shirt milik Syam digenggam erat. "Berani kau belasah kawan-kawan aku dekat sekolah tadi. Apa nak jadi dengan kau ni, ha? Baru tingkatan satu dah nak cari pasal dengan senior  kau. Kau hidup tak reti hormat orang ke? Kau memang tak patut wujud dalam dunia ni la, Syam! Pergi mampus lagi bagus. Sejak kau lahir lagi memang aku langsung tak suka kau. Kau memang bawa malang dalam keluarga ni. Disebabkan kau juga. Satu keluarga kena berpindah. Kau asyik tukar-tukar sekolah. Aku dah rasa muak dengan kau. Kau fikir kau ada RaSIS. Aku takut dengan kau ke?" Ash menengking Syam sekuat hatinya.

Syam yang berada dalam keadaan terkejut itu mula berasa takut terhadap abangnya. Tubuhnya menggigil. Lidahnya kelu. Dia rasa mahu menangis. Kepalanya juga mula sakit terhadap terkanan yang datang secara tiba-tiba.

"Aku benci kau! Aku benci kau! Aku benci kau! Kau memang patut mampus masa kau kena culik dulu. Puas hidup aku. Mama dengan papa selalu beri perhatian lebih dekat kau.  Abang pun sama. Apa kurangnya dengan aku? Tiada sesiapa pedulikan aku. Kau fikir kau istimewa sangat?"

"Tak..." Jawab Syam sambil menangis.

"Kau bukan adik aku. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau dah malukan nama aku depan kawan-kawan aku sebab ada adik macam kau ni." Ash menampar pipi Syam.

Syam pula meraung kesakitan dan menangis sekuat hatinya. Dia terlalu takut dan pejamkan matanya. "Sakit."

"Kau fikir sakit kau je. Kau tak fikir sakit hati aku." Marahnya lagi.

"Lepaslah. Syam tak buat." Katanya sambil menangis.

"Aku masih tak puas belasah kau lagi."

*

Raz meletakkan motornya pada di tempat letak kenderaan pada sebelah kanan rumahnya. Langkahnya terus menuju ke arah pintu rumah dan dia terkejut melihat Ash sedang memukul Syam pada ketika itu. Tambahan pula, pintu rumah tidak ditutup oleh Ash selepas dia masuk ke dalam rumah tadi.

Raz segera berlari ke arah mereka dan menolak Ash sehingga jatuh terduduk di atas lantai. "Ash! Kau dah gila ke? Kenapa kau belasah Syam sampai macam ni?"

"Dia tu yang mula dulu. Dia dah belasah kawan-kawan aku dekat sekolah." Ash cuba mempertahankan dirinya.

"Kau lebih pentingkan kawan-kawan kau berbanding adik kau sendiri. Apa yang deorang dah buat dekat kau? Apa jasa deorang dekat kau sampai kau belasah adik sendiri?" Kini giliran Raz pula menengking Ash.

Ash berdiri. "Abang tak faham perasaan Ash. Abang lagi pentingkan budak tak guna tu berbanding Ash. Apa yang Ash buat semuanya salah. Benda yang budak tu buat semuanya betul. Langsung tak adil."

A.K.U : ALTERWhere stories live. Discover now