BAB 12

177 18 0
                                    

Seorang lelaki bertopeng sedang menggunakan komputer ribanya di atas sebuah bumbung hotel. Jari-jemarinya pantas menaip sesuatu pada komputer riba tersebut. Skrin komputer itu memaparkan beberapa buah tetingkap peta dan CCTV yang berada di beberapa kawasan targetnya.

"Masran, ready. Musuh datang dari arah kanan kau dalam masa dua minit." Katanya kepada rakannya melalui alat penghubung pada telinga kanannya.

"Okay." Jawab Masran yang berada di sebuah lorong di antara dua buah bangunan rumah pangsa bersama-sama dengan sepucuk pistol.

"Nevy. Naie. Blacky. Sebuah kereta viva hitam akan tiba di kawasan tu dalam masa lima minit. Plat kereta CAC 1657. Pastikan kereta tu berhenti depan hotel ni." Arah Afiq kepada mereka selaku ketua kumpulan Seven Team.

"Ya." Sahut Nevy.

"Okay, meow." Kata Naie.

"Meow." Kata Blacky.

Mereka bertiga berada di lorong tepi hotel tersebut. Masing-masing sudah bersiap sedia untuk memulakan lakonan mereka sebagai seseorang yang melintas jalan dan menyebebakan kereta tersebut berhenti di lokasi tersebut.

"Blacky. Lari sepantas kilat. Nevy pastikan tak kena langgar betul-betul masa tu. Naie pula menangis betul-betul sampai deorang tolong hantar pergi hospital. Lepas tu, selesaikan mereka." Kata Afiq lagi.

"Yes. Party time." Kata kembar berdua itu serentak.

"Lauren. Yusman. Ready. Yusman. Jaga keselamatan Zay. Lauren akan ambil order dan hantar makanan. Target akan masuk ke dalam restauran. Kemungkinan, seorang atau dua orang bodyguard dia akan dihantar ke restoran sebelum bawa Naie dan Nevy pergi hospital." Jelas Afiq kepada mereka berdua.

"Baik, kapten." Kata Lauren yang berpakaian pelayan restoran untuk menjalankan misinya.

"Okay." Jawab Yusman sambil melihat ke arah Zay yang berada sangat jauh darinya tetapi dia masih mampu lihat dengan jelas. Ketika ini dia berada di dalam sebuah bilik vip bersebelahan dengan bilik Zay berada. Namun, setiap dua bilik vip hanya dihalangi dengan sekeping dinding kaca.

"Zay. Dah ready?" Soal Afiq kepada Zay.

"Ya." Jawab Zay.

"Target dah sampai. Semua dalam posisi masing-masing. Good Luck." Kata Afiq.

"Roger." Sahut mereka serentak kecuali Zay.

Masran melihat ke arah sasarannya yang telah meninggal dunia akibat ditembak pada sisi kanan kepala ketika sasaran itu sedang cuba menelefon seseorang. Sebelum sempat dia menekan nama itu, dirinya sudah ditembak terlebih dahulu.

"101. Clear." Lapor Masran kepada Afiq.

"Nice." Kata Afiq sambil membetulkan kedudukan reflie di atas bumbung tersebut. Sasarannya ialah bilik vip yang berada di dalam restoran bertentangan. Dia sendiri akan menembak target yang akan bertemu dengan Zay pada hari ini.

*

Zay terkaku melihat kepala seseorang telah ditembak dari jarak yang jauh di hadapan matanya. Begitu juga dengan Asmawi yang tidak menyangka bahawa dirinya akan meninggal di situ. Dua orang pengawal peribadi milik Asmawi bersiap siaga dan melihat ke arah tingkap. Tiada sesiapa di atas bumbung hotel bertentang dengan restoran tersebut. Manakala, seorang lagi melihat ke arah Zay.

"Apa maksud semua ni?" Soalnya sambil mengacukan pistol ke arah Zay.

Zay menggelengkan kepalanya sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke atas. "Saya tak tahu. Apa dah berlaku?" Dia hanya berlakon semata-mata.

A.K.U : ALTERWhere stories live. Discover now