BAB 42

166 24 1
                                    

Mata Bray terkelip-kelip melihat seorang jejaka berambut hitam yang berada di hadapannya. Jejaka itu diperkenalkan sebagai pembantu rumahnya. Namanya ialah Steve Smith dan berusia 30 tahun. Dua tahun lagi muda daripada Ramlee dan empat tahun lagi muda daripada isteri Ramlee. Steve pernah bekerja sebagai guru ganti dalam bahasa Inggeris untuk setahun ketika dia berada di Jepun lima tahun yang lalu.

Sebelum itu, dia pernah bekerja dalam syarikat keluarganya untuk menggantikan kedudukan bapanya sebagai CEO dalam masa dua tahun kerana bapanya sakit tenat akibat sakit jantung sementara menunggu abang sulungnya pulang ke tanah air daripada sambung belajar di Mesir. Steve mula merantau selepas abang sulungnya mengambil alih syarikat keluarga dan dia akan cuba pelbagai kerja di setiap negara yang dia pergi untuk mendapatkan wang walhal dia bukan anak orang miskin.

"Kenapa pembantu rumah lelaki?" Soal Bray kepada diri sendiri sambil memberi pandangan yang serius kepada Steve.

"Hai. Nama saya, Steve Smith. Mulai hari ini saya akan jadi butler dalam rumah ni." Bicaranya dalam bahasa Melayu.

Bray yang berdiri bertentangan dengan Steve pula sudah ternganga. "Eh? Macam mana orang asing boleh cakap bahasa Melayu ni? Fasih pula tu."

"Suami sepupu saya ajar masa saya zaman sekolah dulu. Tapi ini pertama kali saya cakap bahasa Melayu lepas lebih daripada 10 tahun sebab Ramlee dengan isteri dia pun selalu cakap bahasa Inggeris dengan saya. Mungkin sebab saya tak cakap bahasa Melayu kot." Jelasnya yang berada di atas sebuah kerusi sambil memotong sayur sawi untuk masak makanan petang.

"Suami sepupu pakcik Steve orang Malaysia ke?" Soalnya lalu berjalan ke arah peti sejuk untuk mengambil sekotak susu di dalam peti sejuk tersebut.

"Ya. Tapi mereka berdua dah meninggal. Saya tak sempat datang nak melawat. Saya pun tak tahu dekat mana anak-anak dia tinggal sekarang ni. Lagi pula, hubungan family kami tak rapat sangat sebab negara jauh." Katanya yang mula kelihatan sedih tatkala mengenangkan hal tersebut.

Bray berjalan ke arah meja makan dan duduk di atas sebuah kerusi bertentangan dengan Steve. Sekotak susu lembu jenama Dutch Lady bersaiz besar diletakkan di atas meja. "Kalau tahu nama penuh boleh la suruh papa cari. Tapi papa sibuk."

"Nama penuh? Nama anak-anak mereka pun saya dah tak ingat."

"Nama suami sepupu, ingat?" Penutup susu kotak dibuka sebelum diteguk oleh Bray.

"Saya ingat nama dia je. Tak ingat nama penuh dia. Nama dia, Kamaruddin."

Bray tersembur susu kotak yang diminum olehnya tadi tepat pada wajah Steve kerana terkejut mendengar nama bapa sahabatnya disebut oleh orang asing yang baru dikenalinya pada hari ini. Steve pula terdiam kerana terkejut wajahnya disembur dengan susu.

"So-sorry." Bray segera mencapai sekotak tisu dan dihulurkan kepada Steve.

Steve menerima sekotak tisu tersebut. "Kenapa kamu nampak terkejut dengar nama tu sampai tersembur susu dekat muka saya?"

"Errr... Itu... Nama tu sama dengan nama ayah kawan saya. Mak dengan ayah dia pun baru meninggal. Sekarang ni dia tinggal dengan abang dia." Jelas Bray kepada Steve.

"Kebetulan?" Kata Steve yang masih mengelap wajahnya sehingga bersih.

"Kalau dilihatkan dari genetik mereka berdua. Abang Afiq rambut hitam ikut ayah dia. Safuan pula rambut kuning ikut mak dia. Saya pun dapat info, mak dia tu bukan orang Malaysia. Rasanya England. Tapi saya tak tanya pula nama mak dia sebelum ni." Jelas Bray sambil cuba mengingati kembali tentang sahabatannya itu.

Steve pula sudah terhenti mengelap wajahnya selepas mendengar penjelasan tersebut. Steve segera meletakkan tisu yang digunanya tadi di atas meja dan mengambil sekeping gambar dari dalam poket kanan seluar jean miliknya. Gambar tersebut ditunjukkan kepada Bray dengan perasaan gembira.

A.K.U : ALTERWhere stories live. Discover now