BAB 2

230 25 0
                                    

Dua minggu telah berlalu selepas pertemuan RaSIS dengan Zay pada hari pertama RaSIS berpindah ke sekolah rendah tersebut. Syam juga pernah bertemu dengan Zay pada hari ketiga dia berada di sekolah itu. Namun, pada hari ini pula seseorang yang bukan diri Syam hadir ke sekolah sejak awal pagi. Hal ini berlaku kerana pada awal pagi ketika di rumah, Syam telah terjatuh dari tangga akibat terpijak hujung kaki seluar seragam pengakap. Seluar tersebut baru sahaja dibeli semalam oleh bapanya.

Seluar itu pula terlebih panjang berbanding kakinya kerana ikut saiz pinggang. Siapa sangka lipatan pada hujung kaki seluar tersebut terbuka sendiri dan menyebabkan Syam terpijak hujung kaki seluar itu. Kejadian ini menyebabkan dia pengsan kerana kepalanya terhantuk. Ketika itu pula tiada sesiapa di ruang tamu. Masing-masing berada di dapur dan di bilik.

Beberapa minit selepas Syam pengsan di hadapan tangga, ibu Syam keluar dari dapur untuk memanggil anak-anak dan suaminya bersarapan. Si ibu melihat si anak sedang duduk di atas lantai sambil menggosok-gosok kepalanya yang kesakitan itu.

"Syam. Kenapa ni?" Si ibu menerpa ke arah si anak lalu duduk di hadapan anaknya.

Syam diam seketika dan melihat ke arah ibunya. "Mama."

"Syam okay ke?" Soal si ibu yang kerisauan itu.

"Okay."

"Syam jatuh tangga ke?" Soalnya sebelum melihat ke arah hujung kaki seluar lalu mengeluh.

"Kenapa semalam tak beritahu mama seluar papa beli tu panjang? Pergi tukar t-shirt sukan. Pakai seluar sukan. Hari ni tak payah pakai uniform. Cikgu tak marah pun. Baru minggu kedua." Kata si ibu kepada si anak.

Syam angguk kepalanya sebelum berdiri.

Si ibu pula berdiri bersama-sama beg sandang Syam. "Tukar pakaian cepat. Nanti tak sempat sarapan. Beg ni mama letak atas sofa."

"Ya."

*

Zay melarikan diri sambil menarik tangan kanan Syam menuju ke arah stor sukan yang terletak tidak jauh dari makmal sains. Mereka berdua masuk ke dalam stor tersebut dan Zay menutup pintu stor tersebut. Masing-masing menarik nafas kerana kepenatan melarikan diri daripada dua orang kaki buli yang pernah membuli Zay sebelum ini.

Tangan Syam dilepaskan oleh Zay. "Syam. Kenapa kau tak lawan semula masa deorang tumbuk kau tadi? Nasib baik aku terjumpa kau masa keluar kelas tadi." Soal Zay kepada Syam atau lebih tepat lagi ialah Qashmir.

Qashmir mendiamkan diri. "Errr... Siapa?"

"Ha?"

"Siapa nama?"

"Eh? Kau dah lupa nama aku? Baru empat hari tak jumpa. Tak akan dah lupa. Nama aku, Zay." Kata Zay dengan perasaan hairan terhadap tingkah laku dan soalan seseorang yang dikenalinya sebagai Syam.

"Oh. Sorry. Saya lost memory." Senang sahaja alasan dia.

Zay berdiri di hadapan Qashmir dan merenung wajah Qashmir. Ibu jari tangan kanan diletakkan di bawah dagunya dengan lagak berfikir seperti seorang penyiasat. "Daripada pandangan aku. Dia berbeza dengan hari pertama aku jumpa dia di sekolah. Kali kedua aku jumpa dia  di sekolah pula. Dia kuat melenting dan tolak pelawaan aku masa aku nak belanja dia. Syam hari pertama aku jumpa happy je aku belanja. Siap suruh aku belanja KFC masa aku keluar dengan dia pergi gym minggu lepas. Syam kali ketiga aku jumpa di sekolah hari ni pula... Innocent. Pandangan dia kosong je. Dia tak lari masa kena belasah. Kalau sebelum ni, Syam belasah orang dan dia lari lagi laju daripada aku. Ada sesuatu yang pelik. Personaliti?"

"Kenapa pandang saya macam tu?" Soal Qashmir kepada Zay kerana berasa kurang selesa.

"Kata ganti nama diri. Aku, saya dan saya. Agresif, normal dan innocent." Zay mengabaikan soalan Qashmir. Sebaliknya dia masih berfikir tentang perasaan hairan tersebut.

A.K.U : ALTERWhere stories live. Discover now