BAB 25

131 24 3
                                    

"Bray. Hei. Bray."

Bray tersentak apabila RaSIS menepuk bahu kanannya. Dia melihat ke arah RaSIS yang berada di hadapannya. Mereka duduk bersila di atas lantai ruang tamu sambil bermain xbox 360. "Ya."

"Kau termenung apa tu? Rare betul kau kalah main game lawan aku. Tengah fikir apa?" Soal RaSIS lalu meletakkan alat kawalan xbox di atas lantai.

"Tak ada apa-apa." Bray mengelak daripada menjawab soalan RaSIS. Pandangannya juga dialihkan ke arah  alat kawalan xbox yang berada pada kedua-dua tangannya.

RaSIS tidak berpuas hati mendengar jawapan tersebut. "Aku tak paksa kau kalau kau tak nak beritahu aku tapi aku rasa aku perlu tahu."

"Kenapa kau rasa kau perlu tahu?" Soal Bray pula kepada RaSIS tanpa melihat wajah rakannya itu.

"Kau rasa sebab apa aku datang sini pada hari yang aman ini?" Soal RaSIS kembali tanpa menjawab soalan Bray tadi.

Bray menggigit bibirnya sebagai tanda geram dan masih ragu-ragu untuk memberitahu hal yang sebenarnya. "Kenapa kau datang sini?"

"Kau pula kenapa datang sini tanpa mesej aku?" Soalan dibalas dengan soalan tanpa jawapan yang diterima oleh mereka berdua.

Bray meletakkan alat kawalan di atas lantai. "Aku lupa nak hantar mesej tadi. Salah ke aku nak jumpa kawan aku?"

"Rare betul kau tak mesej aku sebelum datang sini. Kau salah makan ubat ke?" RaSIS merenung ke arah Bray.

Bray pula dapat merasakan renungan mata yang tajam itu. "Aku kena elak tengok mata dia. Aku tak boleh beritahu dia pasal Arjuna. Nanti dia akan cari Arjuna dan Arjuna akan bunuh dia. Aku tak nak kehilangan kawan-kawan aku lagi. Tak guna, Arjuna!" Jerit hatinya.

"Bray. Pandang aku. Kau tak macam kau yang aku kenal. Apa dah jadi?" Hati RaSIS memiliki perasaan ingin tahu yang kuat apabila dia melihat kelakuan pelik rakannya itu. Dia juga tidak melihat senyuman daripada Bray sejak Bray datang ke rumahnya.

Bray berdiri. "Aku nak pergi tandas kejap." Dia mengelak untuk melihat ke arah RaSIS dan cuba melarikan diri.

RaSIS pantas memegang tangan kiri Bray sebelum Bray melangkah pergi dari situ. "Kau ada sembunyikan sesuatu daripada aku ke? Ada orang buli kau ke?"

"Tak ada. Aku cuma penat."

"Kalau tak ada. Kenapa kau mengalak pandang aku? Kau pun takut dengan aku juga ke?" RaSIS meninggikan suaranya dan genggaman tangannya sangat kuat. Hal ini menyebabkan pergelangan tangan Bray terasa sakit.

"Ni bukan urusan kau." Bray juga meninggikan suara kepada RaSIS.

"Bukan urusan aku? Sejak bila?" Soal RaSIS dengan baik.

"Ni hal peribadi aku. Bukan urusan kau."

"Tapi daripada cara kau tu. Aku tahu masalah kau tu ialah urusan aku." Tegasnya tanpa melepaskan tangan Bray.

Bray menarik tangan RaSIS dan merentap tangannya untuk cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Sebaliknya, RaSIS menarik tangan Bray sehingga jatuh terduduk di hadapannya.

"Jujur dengan aku." Kata RaSIS tatkala mata mereka bertentang mata.

"Aku dah tak boleh lari." Bicara hati Bray. Lidahnya kelu melihat mata milik RaSIS yang dingin itu. Terasa seperti ditelan ke dunia lain.

*

Sebuah kereta BMW berwarna hitam berhenti di hadapan bangunan rumah pangsa. Tingkap kereta diturunkan dari tempat penumpang belakang. Arjuna sedang melihat ke arah seseorang yang sedang menyidai pakaian di koridor rumah pangsa tersebut. Orang itu ialah remaja berambut perang yang dikenali sebagai Safuan Kamaruddin.

"Masanya akan tiba tak lama lagi. Apa yang kau akan buat, Bray? Bunuh atau pertahankan? Kalau kau pertahankan pun kau tak akan menang. Disebabkan kau bodoh tak nak libatkan pengawal peribadi kau. Kawan-kawan kau semuanya mati disebabkan kau. Susah sangat ke kau tinggal dengan aku?" Katanya sambil memerhati Safuan.

Si pemandu melihat Arjuna melalui cermin pandang belakang. "Aku tak faham apa yang Tuan Arjuna nak daripada pewaris AGENDA CORP tu. Dah lama aku jadi orang bawahan dia. Badri tu pandai lepaskan diri walaupun dah tangkap banyak kali. Tapi kenapa Tuan Arjuna masih nak cari dia? Aku tak faham dengan budak-budak zaman sekarang." Monolognya.

Pada masa yang sama, Safuan mengintai sebuah kereta yang terletak bertentangan dengan rumahnya dari celah di antara pakaian yang disidai olehnya tadi. "Kenapa kereta tu berhenti situ? Kenapa tak berhenti dekat parking? Musuh ke? Ada yang cari abang lagi?"

"Safuan. Abang nak keluar jumpa kawan kejap." Beritahu Afiq sambil menyarungkan kasutnya di hadapan pintu rumah.

"Abang. Ada kereta depan rumah."

"Kereta?"

Afiq melihat ke arah sebuah kereta yang dimaksudkan oleh Safuan. Cermin tingkap kereta ditutup dan kereta itu berlalu pergi dari situ. Kemudian, Afiq melihat pula ke arah Safuan.

"Pergi rumah kawan kamu sementara abang tak ada dekat rumah."

"Eh?"

"Tak ada eh eh nya. Abang tak nak kamu terlibat dalam apa-apa perlawanan. Ingat tu. Ini arahan. Jangan lawan dengan sesiapa kecuali untuk pertahankan diri. Abang risau kalau mereka datang semula masa abang tak ada dekat rumah." Afiq menepuk bahu kanan adiknya.

"Okay. Safuan pergi rumah Syam. Rumah dia jauh sini dari sini. Kalau rumah Bray dekat je dengan rumah kita." Kata Safuan dengan perasaan risau terhadap keselamatan abangnya.

*

RaSIS melihat ke arah Bray yang sudah menyorok di bawah meja. Meja tersebut terletak di ruang tamu. "Dia menyorok daripada aku lepas dia beritahu pasal Arjuna. Menyorok bawah meja... Depan aku. Pfffff..." RaSIS tahan ketawa.

"Aku tak marah la. Janganlah takut sangat. Kau dah cakap jujur. See. Kau tak korek mata kau sendiri, kan?" RaSIS menjenguk Bray di bawah meja.

"Kejamlah. Kau memang sengaja. Kalau aku tak jujur tadi macam mana?" Bray menangis kerana dia masih berasa takut terhadap kejadian yang berlaku tanpa diduga olehnya.

"Kalau kau tak jujur. Kau dah hilang mata kau." RaSIS sengaja menolak meja tersebut supaya Bray tidak menyorok di bawah meja itu lagi.

"Kawan apa kalau buat macam tu?" Soal Bray yang masih menirap seperti dia menyorok di bawah meja tadi. Matanya pula  ditutup dengan lengan supaya tidak kena pada lantai.

"Kalau kau beritahu aku awal-awal tadi. Aku tak buat macam tu la. Kau fikir aku suka nak buat macam tu dekat kawan sendiri? Perangai kau tu pelik. Aku tak suka tengok kawan aku dalam masalah. Janganlah nangis. Macam perempuan la." RaSIS mencucuk tengah kepala Bray menggunakan jari telunjuknya.

Bray mengelap air matanya dan duduk di atas lantai. Rambut pada bahagian hadapan sengaja ditarik ke bawah untuk menutupi matanya. RaSIS pula ketawa terbahak-bahak.

"Janganlah gelak." Bray mencebik.

"Okay. Okay. First time tengok kau nangis. Lawak la."

"Dah la. Aku nak balik." Bray mula merajuk dan mahu berdiri.

RaSIS memegang pergelangan tangan kanan Bray. "Opps... Aku tak habis tanya kau lagi."

"Tanya apa lagi? Aku dah jawab semua soalan kau tadi."

"Belum. Ada satu lagi soalan untuk kau."

"Soalan apa?"

"Kau nak lawan atau nak lari?" RaSIS sengaja menyelak rambut hadapan milik Bray supaya Bray melihat ke arahnya.

Bray terdiam melihat mata RaSIS sekali lagi sebelum dia pengsan akibat terkejut. Dia takut terhadap mata itu selepas kali pertama dia melihat 'serangan' pertama beberapa minit yang lalu.

"Alamak..."

A.K.U : ALTERWhere stories live. Discover now