BAB 13

173 24 3
                                    

Dua bulan telah berlalu selepas pemergian arwah Adiel. Adiel meninggal dunia sehari sebelum misi memburu Asmawi kerana racun tersebut. Misi itu dijalankan dua hari selepas mesyuarat pada malam itu. Afiq yang memiliki kepakaran mencari maklumat telah berkerja keras untuk mendapat segala maklumat tentang Asmawi dan markas yang menjual senjata api tanpa lesen itu. Kegiatan haram tersebut telah berjaya diberkas dan segala senjata juga telah dirampas oleh pihak berkuasa hasil kerjasama Seven Team dengan pihak polis. Begitu juga dengan beberapa buah lagi cawangan milik Asmawi di luar negara. Kepakaran Afiq sangat berguna dan menjadi tulang belakang kepada kejayaan setiap misi yang Seven Team terima. Begitu juga dengan strategi yang dia susun selama ini.

Zay pula telah tinggal bersama-sama dengan keluarga Zamani sehari selepas kenduri arwah. Nash pula masih tinggal di rumah keluarga angkatnya itu atas alasan untuk menjaga rumah tersebut. Dia lebih mementingkan keselamatan Zay berbanding dirinya. Hal sekolah pula, Zay tidak lagi bersekolah di sekolah lamanya. Dia telah berpindah sekolah di sekolah yang lebih dekat dengan rumah Zamani.

Dalam masa dua bulan ini juga, Zay lebih banyak memberi fokus kepada latihan fizikal selain bersiap sedia untuk menghadapi ujian peperiksaaan UPSR. Tujuan dia melatih dirinya ialah untuk menjadi lebih kuat dan layak untuk menyertai Seven Team. Dia tidak mahu lagi hidup dalam keadaan mengelak untuk berlawan. Dia akan mengubah cara hidupnya dan tak akan berdiam diri apabila dirinya dibuli di sekolah. Malah, dia sendiri yang memberi kerjasama kepada guru disiplin untuk memberi nama-nama pembuli di dalam sekolah tersebut.

*

Zay sedang berhadapan dengan seorang pelajar lelaki di tepi blok B. Pelajar lelaki tersebut baru sahaja selesai membelasah tiga orang pelajar darjah enam. Bersama-samanya terdapat seorang pelajar perempuan darjah tiga yang terduduk di atas tanah dalam keadaan ketakutan.

Pelajar lelaki tersebut memberi pandangan maut kepada Zay kerana dia menyangka bahawa Zay salah seorang daripada mereka. "Kau pun nak buat benda tak senonoh kat dalam sekolah ni ke? Kalau kau nak budak perempuan ni. Lawan aku."

"Tak. Aku cuma nak tahu apa yang dah jadi sebenarnya." Kata Zay dengan beraninya.

"Deorang buli budak perempuan darjah tiga. Aku kebetulan lalu sini sebab nak buang sampah. Tak akan aku nak duduk diam je." Jelasnya kepada Zay.

"Okay. Aku faham. Adik tu okay ke?"

Pelajar lelaki itu melihat ke arah pelajar perempuan tersebut lalu mengulurkan tangan kanan kepada pelajar perempuan itu. Pelajar perempuan tersebut menyambut tangan pelajar lelaki itu dan berdiri.

"Saya okay. Terima kasih, Abang Safuan."

"Pergi masuk kelas terus. Awak belum makan lagi, kan? Nanti saya belikan makanan." Kata Safuan kepada pelajar perempuan itu.

"Okay." Katanya sebelum berlalu pergi.

Safuan melihat ke arah musuh-musuhnya yang telah pengsan itu. "Bad luck untuk korang sebab dah ganggu client aku. Tugas aku ialah untuk jaga anak orang kaya tu. Hidup atau mati korang aku tak nak tahu." Monolognya.

"Aku akan lapor kes ni dekat cikgu disiplin. Kau pun kena hati-hati. Mana tahu kalau deorang bawa geng pula nanti." Pesan Zay kepada Safuan.

"Ya. Terima kasih. Aku harap aku tak tengok muka deorang lagi dalam sekolah ni." Katanya sebelum berjalan menuju ke arah kantin sekolah.

Zay hanya memerhati langkah Safuan berlalu pergi dari situ. "Pengawas sekolah." Katanya ketika melihat seragam berwarna kuning dengan seluar slet berwarna hitam.

*

"Oh, kamu terserempak dengan Safuan rupanya. Nasib baik dia ada selamatkan budak tu." Kata guru disiplin, Cikgu Zamzuri. Ketika ini dia berada di dalam bilik guru disiplin selepas mereka selesai menghantar tiga orang kaki buli tersebut ke bilik rawatan.

A.K.U : ALTERWhere stories live. Discover now